Pontian ڤونتين | |
|---|---|
Bandar di Malaysia | |
| Transkripsi lain | |
| • Cina | 小笨珍 Xiǎobènzhēn (Pinyin) |
| • Tamil | பொந்தியான் கிச்சில் Pontiyāṉ Kiccil (Transliterasi) |
Bandar Pontian Kechil | |
| Koordinat: 1°29′28″N 103°23′14″E / 1.4910198552255876°N 103.38712264154174°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Johor Darul Takzim |
| Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Pontian |
| Pusat | Pontian Kechil |
| Pentadbiran | |
| • Pegawai Daerah | Mohammad Rafi bin Abdullah[1] |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 355.2 batu persegi (919.9 km2) |
| Penduduk (2020)[2] | |
| • Jumlah | 173,318 |
| • Kepadatan | 490/batu persegi (190/km2) |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| • Musim panas (DST) | — |
| Poskod | 82××× |
Pontian Kecil merupakan sebuah bandar di Daerah Pontian, Johor, Malaysia. Nama ini diambil dari nama Sungai Pontian yang merentasi pekan ini dan bandar Pontian yang terletak di kuala sungai. Jadi kuala Sungai Pontian menjadi menjadi laluan bot nelayan pantai keluar dan masuk setiap pagi dan malam. Ramai penduduknya bekerja sebagai tauke, tekong dan awak-awak. Biasanya mereka adalah nelayan pantai di Selat Melaka dan mendaratkan ikan di kuala Pontian Kecil.
Unit pelancongan kerajaan negeri Johor telah memajukan pekan ini dengan perancangan bandar yang lebih berkesan. Pantai paya bakau yang menghadap Selat Melaka telah dibina benteng daripada ketulan-ketulan batu memanjang. Oleh itu hakisan ombak dapat disekat dan bangunan perniagaan serta rekreasi telah dibina. Sebuah replika buah nanas telah dibina kerana Pontian juga terkenal dengan buah nanas.
- ^ Mohammad Ali, Khairul (27 Januari 2021). "Johor lantik wanita kedua jadi Pegawai Daerah". Utusan (dalam bahasa (Melayu)). Iskandar Puteri. Dicapai pada 22 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:02








