Batu Ferringhi
Batu Ferringhi (Inggeris) 峇都丁宜 / 峇都丁宜 (Cina / Cina Tradisional) | |
---|---|
Suburb of George Town | |
![]() | |
![]() | |
Koordinat: 5°28′5.88″N 100°14′31.2″E / 5.4683000°N 100.242000°E | |
Country | ![]() |
State | ![]() |
City | ![]() |
District | Northeast |
Keluasan | |
• Jumlah | 2.3 km2 (0.9 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 9,046 |
• Kepadatan | 3,900/km2 (10,000/batu persegi) |
Demographics | |
• Ethnic groups |
|
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Not observed |
Postal code | 11100 |
Batu Feringghi (Bahasa Inggeris: Foreigner’s Rock[2]) ialah sebuah kawasan peranginan utama sekali di negeri Pulau Pinang, Malaysia bersama dengan hotel-hotelnya, kedai pelancongan, tempat peranginan, restoran dan pejabat penyewaan kereta dan motosikal. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandaraya George Town ( 5 km dari Tanjung Bungah ).
Batu Ferringhi ialah sebuah kawasan pinggir bandar George Town di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di sepanjang pantai utara Pulau Pinang dan kira-kira 11 km (6.8 bt) ke barat laut pusat bandar, Batu Ferringhi merupakan destinasi pantai utama di Pulau Pinang dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Bagi memenuhi keperluan pengunjung, beberapa hotel bertingkat tinggi telah dibina di sepanjang jajaran pantai sepanjang 4 km (2.5 bt) ini.
Resort-resort di sepanjang pantai Batu Ferringhi turut menawarkan pelbagai aktiviti sukan air seperti parasailing. Pada hari yang cerah, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah Laut Andaman dan Gunung Jerai, yang terletak dalam negeri jiran Kedah. Selain itu, Batu Ferringhi turut terkenal dengan pasar malamnya yang menawarkan pelbagai barangan serta makanan jalanan.
Aktiviti manusia di kawasan Batu Ferringhi telah direkodkan seawal tahun 1592, apabila seorang warga Inggeris, Sir James Lancaster, tiba dan mula menyerang kapal-kapal lain di sekitar Pulau Pinang.[3][4] Namun, sepanjang kebanyakan sejarah moden, Batu Ferringhi hanyalah sebuah kampung nelayan yang tenang, sehinggalah proses perbandaran bermula pada tahun 1970-an.
Etimologi


Perkataan ferringhi atau feringgi merupakan ejaan moden bagi perkataan Melayu Klasik peringgi, yang pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada penakluk Portugis sebelum digunakan secara umum kepada semua orang berketurunan Eropah. Ia berkaitan dengan perkataan Thai farang dan Khmer barang. Kesemua istilah ini berasal daripada perkataan India firangī (फ़िरंगी) yang dipercayai berpunca daripada bahasa Arab ferringi atau Parsi farangi. Di Timur Tengah dan Afrika, istilah tersebut asalnya merujuk kepada kaum Franks tetapi kemudian mencakupi keseluruhan orang Eropah.
Oleh itu, nama Batu Ferringhi membawa maksud "tempat orang Barat mendarat", dengan perkataan batu merujuk kepada garis pantai berbatu di kawasan ini dalam bahasa Melayu.
Dalam kalangan masyarakat Tamil, kawasan ini dikenali sebagai Paringgi Malai yang bermaksud "bukit orang asing".
Sejarah
James Lancaster, seorang pelaut Inggeris, telah mendarat di kawasan ini pada tahun 1592.[3][4] Peristiwa ini menjadikan Lancaster sebagai orang Eropah pertama yang tiba di Pulau Pinang. Beliau tiba menaiki kapal Edward Bonaventure, dan bersama anak kapalnya, telah merompak setiap kapal yang mereka temui selama empat bulan berikutnya.
Proses perbandaran Batu Ferringhi hanya bermula pada tahun 1970-an. Ia melibatkan pembinaan beberapa buah hotel di sepanjang kawasan pantai, yang mula menarik minat penduduk tempatan dan pelancong. Tidak lama selepas itu, pembinaan kondominium turut menyusul, menawarkan pemandangan laut yang indah menghadap ke arah Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pembangunan pesat ini turut membawa masalah, antaranya kualiti air laut yang semakin merosot sehingga menyebabkan kewujudan obor-obor di sekitar perairan Batu Ferringhi.[5]
Batu Ferringhi merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas semasa tsunami Lautan Hindi 2004, yang telah meragut sejumlah 52 nyawa di Pulau Pinang.[6]
Geografi
Klik pautan di penjuru kanan atas untuk zum masuk.
Demografi
Setakat 2020[kemas kini], Batu Ferringhi mempunyai jumlah penduduk seramai 9,046 orang.[1] Kaum Cina membentuk lebih 45% daripada penduduk kawasan ini, manakala Melayu merangkumi hampir dua perlima. Hampir 16% penduduk kawasan ini terdiri daripada ekspatriat, diikuti rapat oleh kaum India.
Pengangkutan
Laluan utama di Batu Ferringhi ialah Jalan Batu Ferringhi yang terletak di sepanjang pesisir pantai dan merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan 6. Jalan ini menyambung dari Jalan Tanjong Bungah, merentasi kawasan utama Batu Ferringhi, dan kemudian menjadi Jalan Teluk Bahang di bahagian barat kawasan ini. Beberapa jalan dalam kawasan ini, termasuk Jalan Batu Ferringhi, sering mengalami kesesakan lalu lintas kerana popularitinya sebagai destinasi pelancongan.[7]
Bas Rapid Penang nombor 101 dan 102 beroperasi di kawasan ini, menghubungkan Batu Ferringhi dengan beberapa destinasi lain dalam bandar, termasuk Tanjong Bungah, Tanjong Tokong, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Queensbay Mall.[8][9]
Pendidikan

Batu Ferringhi dilengkapi dengan sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah antarabangsa.
Sekolah rendah
- SJK (C) Pai Chai[10]
Sekolah antarabangsa
Runcit
Meskipun Batu Ferringhi tidak mempunyai pusat beli-belah, kawasan ini terkenal dengan pasar malamnya. Cenderamata, DVD, hasil seni, jersi, pakaian dan aksesori lain boleh didapati pada harga berpatutan di pasar malam ini, yang turut dipenuhi gerai makanan yang menjual makanan jalanan Pulau Pinang dan pelbagai kudapan.[11][12][13]
Tarikan pelancong

- Pantai Miami
- Pantai Moonlight
- Pantai Shamrock
- Pulau Kekasih
- Pasar Malam Batu Ferringhi[11][12]
- Hotel Hard Rock
Rujukan
- ^ a b c d "MyCensus 2020: Mukim/Town/Pekan". Department of Statistics Malaysia. Putrajaya: 174–175. February 2024. ISBN 9789672537069.
- ^ (Inggeris) Staggeringly beautiful beaches and scenery[pautan mati kekal]
- ^ a b "The island". www.footprinttravelguides.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-02. Dicapai pada 2016-11-11.
- ^ a b Staff, ExpatGo (2014-06-24). "Sailing Around Penang with Three Expats in a Small Boat". ExpatGo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-11-11.
- ^ Yee, Kow Kwan. "Sea change for Batu Ferringhi – Community | The Star Online". Dicapai pada 2016-11-11.
- ^ "Boxing Day tsunami, 10 years on: 'The water came – my family is gone'". Telegraph.co.uk. Dicapai pada 2016-11-11.
- ^ "Alleviating traffic congestion in Penang – Features | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-05-21.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-02. Dicapai pada 2017-05-21.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-30. Dicapai pada 2017-05-21.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "SJK (C) Pai Chai, Batu Feringgi - Malaysia Education Directory". www.apac.com.my. Dicapai pada 2024-11-22.
- ^ a b "Batu Ferringhi Night Market". Time Out Penang (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-05-21.
- ^ a b Planet, Lonely. "Batu Ferringhi Night Market in Batu Ferringhi, Malaysia". Lonely Planet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-05-21.
- ^ "How to spend 24 hours in Penang". Dicapai pada 2017-05-21.
Pautan luar
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Batu Ferringhi.