Nama rasmi | Jambatan Pulau Pinang |
Nama Inggeris | Penang Bridge |
Tempat | Jambatan Pulau Pinang |
Membawa | Kenderaan bermotor |
Menyeberangi | Selat Selatan, Malaysia |
Bidang terpanjang | 225 m |
Panjang jambatan | 13.5 km |
Lebar jambatan | -- |
Tarikh dibuka | 1985 |
Diselenggara oleh | PLUS Expressway Berhad Penang Bridge Sdn Bhd |
Reka bentuk | Jambatan kabel penahan Jambatan galang kotak |
Pereka/pelanggan | Kerajaan Malaysia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) United Engineers Malaysia Berhad (UEM) |
Kontraktor/pembinaan | Hyundai Engineering and Construction Company (Korea) Ltd United Engineers Malaysia Berhad (UEM) |
Lebuhraya E36 | |
---|---|
Jambatan Pulau Pinang | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) | |
Panjang | 13.5 km (8.4 mi) |
Wujud | 1982–kini |
Sejarah | Disiapkan pada 14 September 1985 |
Simpang utama | |
Hujung timur | Perai |
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara LP 3112 Jalan Perusahan Perai LP 3113 Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu | |
Hujung barat | Gelugor |
Lokasi | |
Destinasi utama | Gelugor, Bayan Lepas, Bayan Baru, Jelutong, George Town, Perai, Butterworth, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Sungai Dua, Bukit Tengah |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jambatan Pulau Pinang Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang KEDUA terpanjang di Malaysia dan KELIMA terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Gelugor, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
Larian Jambatan Pulau Pinang pun diadakan di sini setiap tahun. Jambatan Pulau Pinang juga ialah lambang negara Malaysia.
Spesifikasi jambatan[1]
- Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
- Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
- Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
- Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
- Laluan: 6 Laluan
- Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
- Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
- Gantungan utama: 225 Meter
- Gantungan hujung: 107.5 Meter
- Gantungan lain: 40 Meter
- Had laju: 80 km/j
Kadar Tol
Bermula 1993 berikutan penswastaan jambatan tersebut, satu perjanjian konsesi selama 25 tahun bermula pada tahun 1993 sehingga 2018 dengan kadar kutipan tol seperti berikut:[2]
- Kelas 1 - RM1.40 (motosikal)
- Kelas 2 - RM7.00 (kereta)
- Kelas 3 - RM12.00 (lori,van, bas 4 tayar 2 gandar (axles)
- Kelas 4 - RM25.00 (lori,van dan bas, 6 tayar 2 gandar)
- Kelas 5 - RM45.00 (kenderaan 3 gandar
- Kelas 6 - RM60.00 (kenderaan 4 gandar)
- Kelas 7 - RM75.00 (kenderaan 5 gandar atau lebih)
Kerajaan Malaysia telah memberikan diskaun sebanyak 18% berkuatkuasa pada 1 Februari 2020 bagi Jambatan Pulau Pinang dengan kadar baru di antara RM5.74 sehingga RM75.00.[3]
Insiden di Jambatan Pulau Pinang
Berikut adalah kronologi insiden yang berlaku di jambatan ini.[4]
- 20 September 2010: Sepasang suami isteri muda maut selepas kenderaan MPV yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang dalam satu kemalangan kira-kira 1.30 pagi.
- 1 November 2012: Seorang kerani akaun maut apabila kenderaan dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke laut di Km7.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown dalam kejadian 3.30 pagi.
- 30 Oktober 2015: Seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Kilometer 1.4 Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian 9.30 pagi. Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam dalam lumpur di bawah jambatan itu.
- 12 November 2015: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkannya tercampak jatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang di Km0.6 menghala ke Perai dalam kejadian 5.49 pagi.[5]
- 20 Januari 2019, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih telah tercampak ke dalam laut selepas kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang di Georgetown kira-kira jam 2.54 pagi waktu tempatan UTC.[6][7] Insiden ini merupakan insiden kelima berlaku di jambatan berkenaan dalam tempoh 2010.
Galeri
-
Trafik di jambatan
Lihat juga
- Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Pulau Pinang
- Lebuhraya Utara-Selatan
- Lebuhraya Jelutong
- Touch 'n Go
- Smart TAG
- Sistem Lebuh Raya Malaysia
- Sistem Jalan Negeri Malaysia
- Sistem Jalan Persekutuan Malaysia
Rujukan
- ^ "bridge details". Penang Bridge Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-18. Dicapai pada 2007-12-21.
- ^ "Kadar Tol Jambatan Pulau Pinang". adun.penang.gov.my. Dicapai pada 2023-12-17.
- ^ Natrah (2020-02-01). "Diskaun 18% Tol Plus bermula tengah malam ini". Kementerian Kewangan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-17.
- ^ Insiden Jambatan Pulau Pinang: Kejadian kelima sejak 2010. Berita Harian. Diterbitkan pada 21 Januari 2019. Dicapai pada 23 Januari 2019.
- ^ APMM, Bomba Selamat Dua Nyawa Di Jambatan Pulau Pinang. mSTAR. Diterbitkan pada 12 November 2015. Dicapai pada 23 Januari 2019.
- ^ Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]. Harian Metro. Diterbitkan pada 20 Januari 2019. Dicapai pada 23 Januari 2019.
- ^ SUV terhumban ke laut berjaya dinaikkan, mayat turut kelihatan.mSTAR. Diterbitkan pada 22 Januari 2019. Dicapai pada 23 Januari 2019.
Pautan luar
- PLUS Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine
- Penang Bridge Sdn Bhd
- Lembaga Lebuhraya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine
- Imej satelit Jambatan Pulau Pinang di Google Maps
- Blog Jambatan Pulau Pinang - diselia oleh Penang Bridge Sdn Bhd, operator jambatan
- Jambatan Pulau Pinang - Mercu tanda Pulau Pinang
- Penang Bridge di Structurae