
Sebahagian daripada siri |
Mitologi Timur Dekat purba |
---|
Di rantau Arab sebelum Islam, amalan agama yang paling berpengaruh ialah politeisme Arab, yang memuja pelbagai dewa dan semangat, seperti dewa Hubal dan dewi al-Lāt, al-‘Uzzā, dan Manāt. Pusat penyembahan berada di kuil-kuil dan keramat tempatan, yang paling terkenalnya termasuk Kaabah di Mekah. Dewa-dewi dipuja dan disebut atau dipuja dalam upacara ziarah, ramalan nasib, dan penyembelihan korban, antara tradisi lain. Pelbagai teori telah dicadangkan mengenai peranan "Allah" (perkataan dalam bahasa Arab yang kini khususnya digunakan untuk Tuhan dalam Islam) dalam agama Mekah. Banyak gambaran fizikal tentang dewa-dewi pra-Islam datang daripada patung berhala, terutamanya berhampiran Kaabah, yang dikatakan menempatkan sehingga 360 dewa.
Agama-agama lain—iaitu Kristian, Yahudi, dan Majusi—juga wujud di rantau ini. Pengaruh Empayar Rom dan Kerajaan Aksum membolehkan komuniti-komuniti Kristian di barat laut, timur laut, dan selatan Arab berkembang. Di kawasan lain Semenanjung Arab, agama Kristian tidak begitu berpengaruh namun ia mempunyai sejumlah penganut, dan kecuali Nestorianisme di timur laut dan sekitar Teluk Parsi, mazhab Kristian yang paling berpengaruh ialah Miafisitisme. Sejak permulaan era Rom, penghijrahan orang Yahudi ke Arab bertambah kerap, mengasaskan komuniti diaspora Yahudi yang cukup besar, yang turut mendapat pemeluk tempatan. Lama-kelamaan, agama Yahudi berkembang di seluruh selatan Arab dan barat laut Hijaz. Selain itu, pengaruh Empayar Sasan membantu pertumbuhan populasi Majusi di timur dan selatan Arab, dan terdapat bukti sama ada Manichaeisme atau Mazdakisme diamalkan di Mekah juga. Dipercayai bahawa agama Majusi mungkin diamalkan oleh sejumlah penduduk Kerajaan Himyar, yang menjadi pusat masyarakat Arab-Parsi yang dipanggil al-Abnāʾ dalam bahasa Arab.
Latar belakang dan sumber
Sehingga sekitar abad ke-4, hampir semua penduduk Arab mengamalkan agama politeistik sehingga monoteisme dalam kalangan orang Arab pra-Islam mula tersebar.[1] Dari abad ke-4 hingga ke-6, populasi Yahudi, Kristian, dan monoteistik lain berkembang. Hingga beberapa dekad yang lalu, politeisme dipercayai merupakan sistem kepercayaan yang paling dominan di Arab pra-Islam[2] tetapi trend terkini mencadangkan bahawa henoteisme atau monoteisme paling berpengaruh dari abad ke-4.[3][4][5]
Sumber-sumber maklumat kontemporari mengenai agama dan dewa-dewi Arab pra-Islam termasuk inskripsi-inskripsi Arab pra-Islam yang semakin banyak ditemui, ditulis dalam tulisan seperti abjad Safa, Saba, dan Paleo-Arab,[6] syair Arab pra-Islam, sumber-sumber luar seperti catatan Yahudi dan Yunani, serta riwayat-riwayat Muslim, seperti al-Quran dan teks-teks Islam. Namun begitu, maklumat yang tersedia adalah terhad.[6]
Salah satu pengesahan awal politeisme Arab ialah dalam Babad Esarhaddon, menyebut Atarsamain, Nukhay, Ruldaiu, dan Atarquruma.[7] Herodotus, dalam Sejarah melaporkan bahawa masyarakat Arab menyembah Orotalt (disetarakan dengan Dionysus) dan Alilat (disetarakan dengan Aphrodite).[8][9] Strabo menyatakan masyarakat Arab menyembah Dionysus dan Zeus. Origen menyatakan mereka menyembah Dionysus dan Urania.[9]
Sumber-sumber Muslim mengenai politeisme Arab termasuk Kitāb al-ʾAṣnām atau Kitab Berhala-Berhala dari abad ke-8 oleh Hisyam bin al-Kalbi, yang F.E. Peters berhujah ialah catatan yang paling terperinci mengenai amalan agama Arab sebelum kedatangan Islam,[10] serta tulisan-tulisan ahli sejarah Yaman al-Hasan al-Hamdani mengenai kepercayaan agama Arab Selatan.[11]
Menurut Kitab Berhala-Berhala, keturunan anak Nabi Ibrahim (Ismail) yang menetap di Mekah berhijrah ke negeri lain membawa batu-batu suci dari Kaabah bersama mereka, mendirikannya, dan mengelilinginya seperti Kaabah.[12] Ini, menurut al-Kalbi, membawa kepada kebangkitan penyembahan berhala.[12] Berdasarkan ini, orang Arab pada asalnya mungkin memuja batu, kemudian mengamalkan penyembahan berhala kerana pengaruh-pengaruh asing.[12] Hubungan antara satu dewa dan batu sebagai gambarannya dapat dilihat dalam karya bahasa Suryani dari abad ketiga yang dipanggil Khutbah Pseudo-Meliton yang mana beliau menerangkan kepercayaan-kepercayaan jahiliah penutur Suryani di utara Mesopotamia, yang kebanyakan pengikutnya merupakan orang Arab.[12] Walau bagaimanapun, mitologi dan naratif yang menjelaskan sejarah dewa-dewi ini, serta maksud gelaran mereka, tetap tidak informatif.[13][14]
Makhluk ghaib
Dewa-dewi
Agama-agama Arab sebelum Islam bersifat politeistik, dengan banyak nama dewanya diketahui.[1] Dewa-dewi rasmi lebih ketara di peringkat kerajaan, dengan berlainan saiz, dari negara kota sederhana hingga kelompok-kelompok suku.[15] Suku, bandar, puak, keturunan dan keluarga juga mempunyai kultus sendiri.[15] Christian Julien Robin mencadangkan bahawa kepercayaan-kepercayaan agama begini mencerminkan struktur masyarakat pada zaman itu.[15] Kafilah perdagangan juga membawa pengaruh agama dan budaya asing.[16] Sebilangan besar dewa tidak mempunyai nama sebenar dan dirujuk dengan gelaran yang merujuk kepada sifat, hubungan kekeluargaan, atau lokasi geografi yang didahului dengan "dia yang" (ذُو, zu untuk dewa, atau ذَات zat untuk dewi).[15]
Kepercayaan dan amalan agama Badwi yang berpindah-randah berbeza daripada suku-suku yang menetap di bandar-bandar seperti Mekah.[17] Sistem kepercayaan agama nomad dipercayai termasuk fetisyisme, totemisme dan pemujaan orang mati tetapi berkait rapat dengan isu dan masalah terdekat dan tidak mempersoalkan isu-isu falsafah yang lebih luas seperti hidup selepas mati.[17] Orang Arab bandar yang menetap, sebaliknya, dipercayai mempercayai himpunan dewa yang lebih kompleks.[17] Sementara penduduk Mekah dan Hijaz yang lain menyembah dewa-dewa mereka di keramat-keramat tetap di bandar dan oasis, orang Badwi mengamalkan agama mereka sambil bergerak dari satu tempat ke satu tempat.[18]
Semangat-semangat kecil
Di Arab Selatan, mndh’t ialah semangat-semangat penjaga tanpa nama sesuatu masyarakat dan semangat nenek moyang keluarga.[19] Mereka dikenali sebagai 'matahari (syams) nenek moyang mereka'.[19]
Di Arab Utara, ginnaye dicatat dalam inskripsi-inskripsi di Palmyra sebagai "dewa-dewa yang baik dan mendatangkan kepuasan" dan mungkin berkaitan dengan jin di barat dan tengah Arab.[20] Berbeza dengan jin seperti yang difahami dalam kepercayaan moden, ginnaye tidak boleh menyakiti atau merasuk manusia dan lebih mirip dengan genius Rom.[21] Menurut kepercayaan Arab biasa, tukang tilik, ahli falsafah pra-Islam, dan penyair mendapat ilham daripada jin.[22] Walau bagaimanapun, jin juga ditakuti dan dipercayai punca pelbagai penyakit dan masalah mental.[23]
Makhluk jahat
Selain dewa dan semangat yang baik, terdapat makhluk jahat.[20] Makhluk jenis ini tidak disahkan dalam catatan prasasti tetapi ada dibayangkan dalam syair Arab pra-Islam, dan legenda-legenda mereka dikumpulkan oleh penulis Muslim kemudian.[20]
Yang biasa disebut ialah ghul.[20] Dari segi etimologi, perkataan Inggeris "ghoul" berasal daripada bahasa Arab ghul, daripada ghala, "rampas",[24] berkaitan dengan Sumeria galla.[25] Mereka dikatakan mempunyai rupa yang mengerikan, dengan kaki seperti keldai.[20] Orang Arab dikatakan mengucapkan rangkap berikut jika mereka bertemu satu: "Wahai yang berkaki keldai, melenguhlah sahaja, kami tidak akan meninggalkan padang pasir ini ataupun sesat."[20]
Christian Julien Robin menyatakan bahawa semua dewa Arab Selatan yang diketahui ada peranan positif atau pelindung, dan kuasa jahat hanya dirujuk tetapi tidak pernah dipersonifikasikan.[26]
Peranan dewa
Sebahagian daripada siri mitos mengenai Agama-agama Timur Dekat purba |
Dewa-dewa Arab Pra-Islam |
---|
Dewa-dewa Arab yang berasal dari Semitik lain |
Peranan Allah
Sesetengah sarjana mengandaikan bahawa di Arab sebelum Islam, termasuk di Mekah,[27] Allah dianggap sebagai satu dewa,[27] mungkin Tuhan pencipta atau Tuhan tertinggi dalam himpunan para dewa.[28][29] Perkataan Allah (daripada bahasa Arab al-ilah bermaksud "tuhan")[30] mungkin digunakan sebagai gelaran dan bukan nama.[31][32][33] Konsep Allah ketika itu mungkin tidak jelas dalam agama Mekah.[34] Menurut sumber Islam, penduduk Mekah dan jiran-jiran mereka percaya bahawa dewi al-Lāt, al-‘Uzzá, dan Manāt ialah anak-anak perempuan Allah.[2][29][31][32][35]
Pelbagai varian bagi perkataan Allah muncul dalam inskripsi-inskripsi jahiliah dan Kristian dari zaman pra-Islam.[36][37] Rujukan kepada Allah terdapat dalam syair penyair Arab pra-Islam Zuhair bin Abi Sulma, yang hidup satu generasi sebelum Nabi Muhammad, serta nama-nama diri pra-Islam.[38] Nama bapa Nabi Muhammad ialah ʿAbd-Allāh, bermaksud "hamba Allah".[34]
Charles Russell Coulter dan Patricia Turner memperhatikan bahawa nama Allah mungkin berasal daripada satu dewa pra-Islam bernama Ailiah dan serupa dengan El, Il, Ilah, dan Yehovah. Mereka juga memperhatikan bahawa beberapa cirinya seolah-olah berdasarkan dewa-dewa bulan seperti Almaqah, Kahl, Syaker, Wadd dan Warakh.[39] Alfred Guillaume menyatakan bahawa hubungan antara Ilah yang kemudian membentuk Allah dengan Il di Babylonia purba atau El di Israel purba tidak jelas. Wellhausen menyatakan bahawa Allah diketahui daripada sumber-sumber Yahudi dan Kristian serta diketahui oleh orang Arab jahiliah sebagai Tuhan yang tertinggi.[40] Winfried Corduan meragui teori Allah dalam Islam dikaitkan dengan dewa bulan, menyatakan bahawa kata nama "Allah" berfungsi sebagai satu perkataan generik, seperti El-Elyon digunakan sebagai gelaran untuk dewa Sin.[41]
Inskripsi-inskripsi Arab Selatan dari abad ke-4 Masihi merujuk kepada satu dewa bernama Rahman ("Yang Maha Penyayang") yang mempunyai penganut monoteistik dan digelarkan "Tuhan langit dan bumi".[29] Aaron W. Hughes menyatakan bahawa para sarjana tidak pasti sama ada ia berkembang daripada sistem politeistik terdahulu atau timbul kerana pengaruh masyarakat Kristian dan Yahudi yang semakin kuat. Selain itu, sukar untuk dipastikan sama ada Allah pernah dikaitkan dengan Rahman.[29] Maxime Rodinson, bagaimanapun, menganggap salah satu nama Allah, "al-Rahman", telah digunakan dalam bentuk Rahmanan awal dahulu.[42]
Al-Lat, al-Uzza dan Manat
Al-Lāt, al-‘Uzzá dan Manāt ialah nama biasa yang digunakan untuk pelbagai dewi di seluruh rantau Arab.[31][43][44][45][46] G. R. Hawting menyatakan bahawa sarjana moden sering mengaitkan nama dewi Arab al-Lāt, al-‘Uzzá dan Manat dengan penyembahan jasad-jasad cakerawala, terutamanya Zuhrah, berdasarkan bukti dari luar riwayat-riwayat Muslim serta dapatan dari Syria, Mesopotamia dan Semenanjung Sinai.[47]
Allāt (Arab: اللات) atau al-Lāt disembah di seluruh Timur Dekat purba dengan pelbagai jenis penyekutuan.[39] Herodotus pada abad ke-5 SM memadankan Alilat (Yunani: Ἀλιλάτ) sebagai nama Arab untuk Aphrodite (dan, dalam petikan lain, untuk Urania),[8] iaitu bukti kuat bahawa Allāt dipuja di rantau Arab pada tarikh awal itu.[48] Al-‘Uzzá (Arab: العزى) ialah dewi kesuburan[49] atau mungkin dewi cinta.[50] Manāt (Arab: مناة) ialah dewi takdir.[51]
Pemujaan al-Lāt tersebar di Syria dan utara Arab. Daripada inskripsi Safa dan Hisma, kemungkinan dia disembah sebagai Lat (lt). F. V. Winnet melihat al-Lat sebagai dewa bulan kerana bulan sabit dikaitkan dengannya di 'Ain esy-Syallāleh dan inskripsi Lihyan yang menyebut nama Wadd, dewa bulan Mina, di atas gelaran fkl lt. René Dussaud dan Gonzague Ryckmans mengaitkan al-Lāt dengan Zuhrah sementara yang lain menganggapnya sebagai dewi matahari. John F. Healey menganggap al-Uzza mungkin sebenarnya gelaran al-Lāt sebelum menjadi satu dewa tersendiri dalam para dewa Mekah.[52] Paola Corrente, menulis dalam Redefining Dionysus, menganggap dia mungkin dewi tumbuh-tumbuhan, dewi fenomena atmosfera, atau dewi langit.[53]
Amalan

Patung sembahan dan berhala
Penyembahan batu suci merupakan salah satu amalan terpenting orang berbahasa Semitik, termasuk orang Arab.[54] Patung dewa selalunya bongkah batu mentah.[55] Nama paling lazim untuk bongkah-bongkah batu ini berasal daripada akar Semitik nsb ("ditegakkan") yang bererti 'ditegakkan' merujuk kepada batu yang ditegakkan sebagai lambang ketuhanan, seperti Nabatea masgida ("tempat sujud") dan bahasa Arab duwar ("benda tawafan", perkataan ini sering muncul dalam syair Arab pra-Islam).[56] Dewa-dewa batu ini biasanya papak yang berdiri bebas tetapi dewa-dewa batu Nabatea biasanya diukirkan terus pada permukaan batu.[56] Ciri-ciri wajah boleh diukirkan pada batu tersebut (terutama di Nabatea), atau simbol-simbol bintang (terutama di Arab Selatan).[56] Di bawah pengaruh Yunani-Rom, patung antropomorfik mungkin menggantikannya.[55]
Kitab Berhala-Berhala menghuraikan tentang dua jenis patung: berhala (صنم, ṣanam) dan imej atau citra (وثن, wathan).[57] Jika patung dibuat daripada kayu, emas atau perak, dalam bentuk manusia, ia berhala tetapi jika patung itu dibuat daripada batu, ia imej.[57]
Gambaran dewa dalam bentuk binatang adalah biasa di Arab Selatan, seperti dewa Sayin dari Hadramaut, yang digambarkan sebagai seekor helang melawan ular ataupun seekor lembu jantan.[58]

Tempat suci
Tempat-tempat suci dikenali sebagai hima, haram atau mahram, dan di dalam kawasan ini, semua makhluk hidup dianggap suci dan keganasan dilarang.[59] Di kebanyakan wilayah Arab, tempat-tempat ini berbentuk kawasan suci terbuka yang menampilkan ciri-ciri semula jadi seperti mata air dan hutan.[59] Di kawasan bandar, tempat suci biasanya mempunyai kuil, dipagari dengan dinding, dan dihiasi dengan struktur-struktur yang indah.[60]
Golongan pendeta dan jawatan suci
Tempat-tempat suci sering mempunyai penjaga atau pelaksana upacara pemujaan.[61] Pegawai-pegawai ini dipercayai bertanggungjawab menjaga kawasan tersebut, menerima persembahan, dan melakukan ramalan.[61] Mereka dikenali dengan pelbagai nama, bergantung kepada budaya dan bahasa setempat: afkal digunakan di Hijaz, kâhin digunakan di rantau Sinai-Negev-Hisma, dan kumrâ digunakan di kawasan-kawasan yang dipengaruhi bahasa Aram.[61] Di Arab Selatan, rs2w dan 'fkl merujuk kepada pendeta; perkataan lain termasuk qyn ("pentadbir") dan mrtd ("ditakhliskan untuk dewa tertentu").[62] Kakitangan yang lebih pakar dipercayai dahulu wujud di tempat-tempat suci yang besar.[61]
Ziarah
Arab pra-Islam ialah rantau dengan banyak ibadat ziarah selain Haji.[63] Banyak perkataan Arab digunakan untuk perbuatan ziarah, termasuk Semitik ḥgg.[64] Ibadat ziarah yang paling penting di Arab Selatan adalah ke Kuil Awwam, dikhaskan untuk dewa Almaqah, yang mempunyai sebuah ḥaram atau maḥram.[65][66] Beberapa dewa Arab Selatan lain juga mempunyai tempat-tempat suci dan ziarah khas, antaranya Zusamawi, Qainan, Siyan, dan beberapa lagi.[67]
Ziarah ke tempat suci dilakukan pada masa-masa tertentu dalam setahun.[68] Pesta ziarah di Arab Tengah dan Utara diadakan pada bulan-bulan tertentu yang diharamkan keganasan,[68] membolehkan beberapa jenis aktiviti dapat berkembang, seperti perdagangan, namun di sesetengah tempat hanya pertukaran dibenarkan.[69]
Ziarah di Arab Selatan
Ziarah paling penting di Saba mungkin ziarah kepada Almaqah di Marib, dilakukan pada bulan Zuabhi (lebih kurang pada bulan Julai).[62] Dua rujukan mengesahkan ziarah Almaqah Zuhirran di 'Amran. Ziarah Ta'lab Riyam berlaku di Gunung Tur'at dan kuil Zabian di Hadaqan, manakala ziarah Zusamawi, dewa suku Amir, berlaku di Yathill.[62] Selain ziarah orang Saba, ziarah Sayin berlaku di Syabwah.[62][68]
Ziarah di Mekah
Ziarah Mekah melibatkan berhenti di Gunung Arafah, Muzdalifah, Mina dan Mekah tengah yang termasuk Safa dan Marwah serta Kaabah. Jemaah di dua perhentian pertama melakukan wuquf atau berdiri sambil beribadat. Di Mina, binatang dikorbankan. Perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah, dan dari Mina ke Mekah, dalam laluan yang telah ditetapkan ke arah patung-patung atau berhala, dipanggil ijāza dan ifāḍah, dengan ifāḍah berlaku sebelum matahari terbenam. Di Jabal Quzah, api dinyalakan semasa bulan suci.[70]
Berhampiran Kaabah terletak batu suci yang kemudian dipanggil Maqam Ibrahim; tempat yang dipanggil al-Ḥigr, yang menurut tulisan Aziz al-Azmeh, diperuntukkan bagi binatang yang ditujukan untuk ibadah, berdasarkan hujahnya pada inskripsi Saba yang menyebut satu tempat yang dipanggil mḥgr yang dikhaskan untuk binatang; dan Perigi Zamzam. Kedua-dua Safa dan Marwah bersebelahan dengan dua bukit korban, satu dipanggil Muṭ'im al-Ṭair dan satu lagi Mujāwir al-Riḥ, yang merupakan laluan ke Abu Qubais dari mana Hajarulaswad diriwayatkan berasal.[71]
Kumpulan-kumpulan penyembah
Ibadat ziarah Mekah berbeza mengikut amalan kumpulan penyembah yang berbeza, yang mana individu dan kumpulan menyertainya untuk tujuan keagamaan. Persatuan Ḥilla menunaikan haji pada musim luruh manakala Ṭuls dan Ḥums melakukan umrah pada musim bunga.[72]
Kaum Ḥums terdiri daripada Quraisy, Bani Kinanah, Bani Khuzaah dan Bani Amir. Mereka tidak melakukan ziarah di luar kawasan tanah haram Mekah, lalu meninggalkan wukuf di Gunung Arafah. Mereka juga menetapkan pantang-larang pemakanan dan budaya tertentu yang tidak diamalkan oleh puak lain.[73] Menurut Kitab al-Muhabbar, kumpulan Ḥilla merangkumi majoriti Bani Tamim, Qais, Rabī‘ah, Qūḍa'ah, Ansar, Khath'am, Bajīlah, Bani Bakar bin Abdu Manat, Huzail, Asad, Tai dan Bariq. Sementara itu, puak Ṭuls terdiri daripada kabilah-kabilah Yaman dan Hadramaut, 'Akk, Ujaib dan Īyād. Kumpulan Basl pula mengiktiraf sekurang-kurangnya lapan bulan dalam setahun sebagai bulan-bulan suci. Terdapat juga kumpulan lain yang tidak mengiktiraf kesucian Tanah Haram Mekah atau bulan-bulan suci tersebut, tidak seperti empat kelompok utama tadi.[74]
Astrologi dan ramalan
Orang Arab purba yang mendiami Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam secara meluas mempercayai bahawa segala perkara sudah ditakdirkan (fatalisme atau qadar), serta mereka meneliti langit dan bintang dengan penuh rasa takut, kerana dipercayai bahawa bintang-bintang benar-benar bertanggungjawab atas segala yang berlaku di Bumi dan atas takdir manusia.[75] Sehubungan itu, mereka membentuk seluruh hidup mereka mengikut tafsiran susun atur dan fenomena bintang.[75]
Di Arab Selatan, takahun dianggap sebagai mas'al, atau "tempat bertanya", dan dewa-dewa berinteraksi dengan hr’yhw ("membuat mereka nampak") dalam bentuk bayangan, mimpi, atau bahkan melalui interaksi langsung.[76] Jika tidak, dewa dipercayai berinteraksi secara tidak langsung melalui perantara.[77]
Terdapat tiga kaedah berasaskan peluang yang diketahui wujud di Arab pra-Islam. Dua daripadanya, membuat tanda di pasir atau pada batu, dan membaling batu kecil, kurang didokumentasikan keberadaannya.[78] Satu lagi kaedah, iaitu memilih anak panah secara rawak yang mengandungi arahan, telah disahkan wujud secara meluas dan merupakan amalan lazim di seluruh Semenanjung Arab.[78] Bentuk ringkas amalan ini dilaporkan dilakukan di hadapan imej Zulkhalasah oleh seorang lelaki tertentu, kadang-kadang dikatakan seorang penyair Kindah Imru al-Qais menurut al-Kalbi.[79][80] Upacara serupa yang lebih rumit dilakukan di hadapan imej Hubal.[81] Bentuk ramalan seperti ini juga disahkan di Palmyra, dibuktikan oleh inskripsi pujian di kuil al-Lat.[81]
Persembahan dan upacara korban

Persembahan yang paling lazim ialah binatang, tanaman, makanan, cecair, plak logam bertulis atau papan batu, bahan aromatik, bangunan, dan objek buatan.[83] Orang Arab penggembala unta akan memperuntukkan sebahagian daripada ternakan mereka untuk dewa tertentu. Binatang tersebut akan ditandakan dengan membelah telinganya dan kemudian dibiarkan meragut tanpa penggembala, sehingga mati secara semula jadi.[83]
Orang Arab pra-Islam, terutamanya suku penternak, mengorbankan binatang sebagai persembahan kepada dewa.[82] Persembahan jenis ini adalah biasa dan melibatkan binatang ternak seperti unta, biri-biri dan lembu, manakala binatang buruan dan unggas jarang atau tidak pernah disebut. Upacara korban tidak terikat pada lokasi tertentu namun ia biasanya diamalkan di tempat suci.[82] Upacara korban boleh dilakukan oleh penganut, namun menurut Hoyland, wanita mungkin dilarang melaksanakannya.[84] Darah binatang korban, menurut syair Arab pra-Islam dan beberapa inskripsi Arab Selatan, juga dicurahkan pada batu mazbah, membentuk ikatan antara manusia dan dewa itu.[84] Menurut sumber Muslim, kebanyakan korban ditamatkan dengan kenduri beramai-ramai.[84]
Di Arab Selatan, dari zaman Kristian atau mungkin sedikit sebelum itu, patung-patung kecil dipersembahkan kepada dewa, dikenali sebagai slm (lelaki) atau slmt (perempuan).[62] Korban manusia juga kadang-kadang dilakukan di Semenanjung Arab, walaupun jarang. Korban biasanya tawanan perang, yang dijadikan habuan dewa itu dalam rampasan perang, namun korban jenis lain juga mungkin wujud.[82]
Korban darah memang diamalkan di Arab Selatan tetapi tidak banyak sumber yang menyebut amalan ini secara langsung yang diketahui, selain beberapa inskripsi Ma'in.[62]
Monoteisme
Arab pra-Islam mengamalkan pelbagai bentuk agama politeistik sehingga abad ke-4, apabila monoteisme diperkenalkan ke rantau ini dan menjadi sangat lazim menjelang abad ke-6. Ini dibuktikan dalam teks-teks seperti inskripsi dari Jabal Dabub, Ri al-Zallalah, dan inskripsi Abdusyams.[85]
Kitab-kitab suci
Dengan kebangkitan agama Kristian dan Yahudi, kitab-kitab suci mula digunakan di Semenanjung Arab pra-Islam, namun bukti yang ada adalah terhad. Walau bagaimanapun, dengan bilangan Kristian dan Yahudi dalam tempoh ini, ada kemungkinan bahawa kitab suci mereka dihormati sehingga takat tertentu.[86] Kehadiran kitab suci di kalangan masyarakat Kristian dan Yahudi yang sedia ada, dipanggil Injil dan Taurat, diterangkan oleh al-Quran.[87] Pada awal abad ke-6, enam inskripsi bahasa Habsyi digubah semasa zaman Kaleb dari Axum. Inskripsi-inskripsi ini beberapa petikan daripada kitab suci, antaranya daripada Kitab Yesaya, Mazmur, Injil Matius, dan dengan kurang pasti sedikit, Kitab Kejadian. Ada juga yang menyebut tokoh-tokoh alkitab seperti Isa, Maryam dan Daud.[88] Contoh lain yang eksplisit ialah inskripsi DJE 23, ditemui 15 km tenggara dari bandar Sanaa. Inskripsi ini dalam bahasa Ibrani dan dihasilkan semasa Yahudi memerintah Arab Selatan. Ia mishmarot, iaitu senarai pembahagian imam berdasarkan Kitab 1 Tawarikh 24. Pembahagian imam ialah cara imam dibahagikan untuk melaksanakan ibadat mereka dalam Bait Suci di Baitulmuqaddis.[89] Ahmad al-Jallad telah berhujah bahawa inskripsi Jabal Dabub, terkenal kerana varian Basmalah dari sebelum Islam, mempunyai pengaruh daripada Mazmur, terutamanya Mazmur 90 dan Mazmur 123.[90]
Imej sebuah bekas Taurat telah ditemui dalam salah satu meterai peribadi (dan mungkin inskripsi) raja Himyar Dhu Nuwas.[91] Kitab Himyar mencatatkan pelbagai kegunaan kitab suci, antaranya semasa masyarakat Kristian Najran memetiknya dan dalam surat-surat Simeon dari Beth Arsham. Teks itu juga melaporkan tentang beberapa orang syahid yang di bawah Dhu Nuwas dahulu memetik kitab suci, seperti seorang yang memetik 1 Yohanes 2:4 kepadanya dengan menuduhnya sebagai pendusta, dan seorang lagi mengisytiharkan mereka sedang ke Kristus sewaktu mereka di ambang maut menggunakan 2 Korintus 3:8. Dalam satu peristiwa, Dhu Nuwas turut dilaporkan bersumpah atas nama Taurat.[86] Yaakub dari Serugh, seorang penyair dan pengkhutbah Suryani abad ke-6, menulis Surat kepada Orang-Orang Himyar kepada masyarakat Kristian Arab Selatan semasa penganiayaan ini, teks yang membincangkan dengan terperinci tentang Kristologi dan penggunaan kitab suci.[92]
Amalan-amalan lain
Di Hijaz, wanita yang haid tidak dibenarkan berada berhampiran imej sembahan.[58] Kawasan di mana patung Isaf dan Na'ila berdiri dianggap tempat larangan untuk wanita yang sedang haid.[58] Hal yang sama juga dilaporkan bagi Manaf.[93] Menurut Kitab Berhala-Berhala, peraturan ini terpakai untuk semua "berhala".[58] Demikian juga di Arab Selatan, seperti yang dibuktikan dalam satu inskripsi Arab Selatan dari al-Jauf.[58]
Persetubuhan di kuil adalah dilarang, seperti yang disahkan dalam dua inskripsi Arab Selatan.[58] Satu legenda mengenai Isaf dan Na'ila, apabila dua kekasih melakukan hubungan di Kaabah dan disumpah menjadi batu, lalu menjadi seperti berhala-berhala di Kaabah, menggema larangan ini.[58]
Mengikut geografi
Arab Timur


Tamadun Dilmun, yang dahulu berada di pantai Teluk Parsi dan Bahrain sebelum abad ke-6 SM, menyembah sepasang dewa, Inzak dan Meskilak.[94] Tidak diketahui jika ini sahaja dewa-dewa mereka atau ada yang lain.[95] Penemuan perigi-perigi di tapak kuil Dilmun dan sebuah keramat mencadangkan bahawa air tawar memainkan peranan penting dalam amalan keagamaan.[94]
Dalam tempoh Yunani-Rom berikutnya, terdapat bukti bahawa penyembahan dewa asing dibawa ke rantau ini oleh pedagang dan pengunjung.[95] Ini termasuk Bel, dewa popular di bandar Syria Palmyra, dewa Mesopotamia Nabu dan Shamash, dewa Yunani Poseidon dan Artemis dan dewa Arab barat Kahl dan Manat.[95]
Arab Selatan

Sumber-sumber utama bagi maklumat agama di Arab Selatan pra-Islam ialah inskripsi, yang berjumlah ribuan, serta al-Quran, ditambah dengan bukti arkeologi.
Tamadun-tamadun Arab Selatan dianggap mempunyai himpunan dewa yang paling matang di semenanjung Arab.[14] Di Arab Selatan, dewa paling utama ialah 'Athtar, yang dianggap jauh. Dewa penaung (shym) dianggap lebih penting daripada 'Athtar. Setiap kerajaan mempunyai dewa penaung sendiri: kerajaan Saba mempunyai Almaqah, kerajaan Ma'in mempunyai Wadd, kerajaan Qataban mempunyai 'Amm, dan kerajaan Hadramaut mempunyai Sayin. Setiap orang dipanggil "anak-anak" dewa penaung mereka masing-masing. Dewa-dewa penaung memainkan peranan penting dari segi sosiopolitik, dan pemujaan mereka penting dalam menyatukan orang ramai dan mewujudkan kesetiaan.
Bukti daripada inskripsi-inskripsi yang masih terpelihara mencadangkan bahawa setiap kerajaan selatan mempunyai para dewa sendiri dengan tiga ke lima dewa atau dewi, dengan dewa utamanya sentiasa lelaki.[96] Sebagai contoh, para dewa kerajaan Saba terdiri daripada Almaqah, dewa utama, bersama-sama dengan 'Athtar, Haubas, Zat-Himyam, dan Zat-Badan.[96] Dewa utama di Ma'in dan Himyar ialah 'Athtar, di Qataban pula Amm, dan di Hadramaut pula Sayin.[96] 'Amm ialah dewa bulan dan dikaitkan dengan cuaca, terutamanya kilat.[97] Salah satu gelaran paling biasa untuk bagi dewa Almaqah ialah "Tuhan Awwam".[98]
Anbay ialah dewa ramalan Qataban dan juga jurucakap bagi Amm.[99] Namanya diseru dalam pengawalan bekalan air oleh kerajaan.[100] Nama Anbay berkaitan dengan dewa dari Babylon, Nabu. Hawkam diseru bersama-sama Anbay sebagai dewa "perintah dan keputusan" dan namanya berasal daripada perkataan akar "bijaksana".[7]

Di setiap kerajaan, terdapat kuil besar tempat orang menyembah dewa utama. Ia juga menjadi destinasi ziarah tahunan, dan terdapat juga kuil-kuil yang lebih kecil yang dikhaskan untuk manifestasi tempatan bagi dewa utama itu.[96] Makhluk-makhluk lain yang disembah termasuk dewa-dewa tempatan atau dewa-dewa untuk fungsi tertentu serta nenek moyang yang didewakan.[96]
Pengaruh suku-suku Arab
Pencerobohan suku-suku Arab utara ke Arab Selatan juga memperkenalkan dewa-dewa Arab utara ke rantau ini.[26] Ketiga-tiga dewi al-Lat, al-Uzza dan Manat dikenali sebagai Lat/Latan, Uzzayan dan Manawt.[26] Kultus Uzzayan khususnya tersebar luas di Arab Selatan, dan di Qataban dia diseru sebagai penjaga istana diraja terakhir.[26] Lat/Latan tidak begitu penting di Arab Selatan tetapi popular dengan suku-suku Arab yang bersempadan dengan Yaman.[26] Dewa-dewa Arab lain termasuk Zusamawi, dewa yang pada asalnya disembah oleh suku Amir, dan Kahilan, mungkin berkaitan dengan Kahl dari Qaryat al-Faw.[26]
Bersempadan dengan Yaman, suku Sârat Azad di wilayah Asir dikatakan menyembah Zusyara, Zulkafain, Zulkhalasah dan A'im.[101] Menurut Kitab Berhala-Berhala, Zulkafain berasal dari Bani Daus.[102] Selain disembah di kalangan Azad, Zusyara juga dilaporkan mempunyai keramat di kalangan Daus.[102] Zulkhalasah ialah dewa ramalan dan juga disembah oleh suku Bajila dan Khatham.[80]
Pengaruh pada Aksum
Sebelum memeluk Kristian, orang Aksum menganut agama politeistik yang serupa dengan Arab Selatan. Dewa bulan Hawbas disembah di Arab Selatan dan Aksum.[103] Dewa Astar, dewa langit berkaitan dengan 'Attar, juga disembah di Aksum.[104] Dewa Almaqah disembah di Hawulti-Melazo.[105] Dewa Arab Selatan di Aksum termasuk Zat-Himyam dan Zatbaadan.[106] Sebuah batu yang kemudian digunakan semula untuk gereja Enda-Cerqos di Melazo menyebut dewa-dewa ini. Hawbas juga disebut pada mazbah dan sfinks di Dibdib. Nama Nrw yang disebut dalam inskripsi-inskripsi Aksum berkaitan dengan dewa bintang Arab Selatan, Nawraw.[107]
Peralihan kepada agama Yahudi
Raja-raja Himyar menentang keras politeisme dan memihak kepada agama Yahudi, bermula rasminya pada 380.[108] Kesan-kesan terakhir politeisme di Arab Selatan, sebuah inskripsi memperingati projek pembinaan yang menyeru-nyeru ramai dewa, dan satu lagi, menyebut kuil Ta’lab, semuanya dari selepas tahun 380 (inskripsi pertama dari pemerintahan raja Dhara’amar Ayman, dan yang kedua dari tahun 401–402).[108] Penolakan politeisme dari ruang awam tidak bermaksud ia pupus sama sekali, kerana politeisme mungkin diteruskan di ruang persendirian.[108]
Arab Tengah
Dewa utama suku Kindah ialah Kahl. Ibu kota mereka Qaryat Dhat Kahl (Qaryat al-Faw moden) dinamakan sempenanya.[109][110] Namanya muncul dalam banyak inskripsi dan ukiran batu di lereng Tuwaiq, di dinding-dinding pasar kampung, di rumah kediaman dan pada tempat bakar kemenyan.[110] Satu inskripsi di Qaryat Dhat Kahl menyeru dewa Kahl, Athtar al-Syariq dan Lah.[111]
Hijaz
Menurut sumber Islam, terdapat tiga keramat penting di rantau Hijaz untuk al-Lat, al-’Uzza dan Manat. Keramat dan berhala al-Lat, menurut Kitab Berhala-Berhala, pernah berdiri di Taif, dan kebanyakannya disembah oleh suku Bani Thaqif.[112] Keramat utama al-’Uzza ialah di Nakhla dan dia dewi utama suku Quraisy.[113][114] Berhala Manāt, dikatakan yang tertua antara ketiga-tiganya, didirikan di tepi pantai di antara Madinah dan Mekah, dan dimuliakan oleh suku Aws dan Khazraj.[115] Penduduk dari beberapa kawasan memuliakan Manāt, membuat korban untuk berhalanya, dan sesetengah ziarah mereka tidak dianggap selesai tanpa melawat Manāt dan mencukur kepala mereka.[116]
Di kawasan Muzdalifah berhampiran Mekah, dewa Quzah, dewa hujan dan ribut, disembah. Sebelum Islam, jemaah biasanya berhenti di "bukit Quzah" sebelum matahari terbit.[117] Qusai bin Kilab diriwayatkan adalah yang memperkenalkan penyembahan api dengan Quzah di Muzdalifah.[117]
Pelbagai dewa lain dipuja di kawasan itu oleh suku-suku tertentu, seperti dewa Suwa' oleh suku Huzail dan dewa Nuhm oleh suku Muzainah.[118]
Historiografi
Kebanyakan maklumat yang masih ada tentang Mekah semasa kebangkitan Islam dan zaman sebelumnya berasal daripada al-Quran dan sumber-sumber Muslim terkemudian, seperti sirah nabi yang berkaitan dengan kehidupan Nabi Muhammad dan Kitab Berhala-Berhala.[119] Sumber-sumber lain adalah terhad dan kecil skopnya sehingga mustahil untuk menulis sejarah yang meyakinkan tentang tempoh ini berdasarkan semua ini sahaja.[120] Beberapa sarjana berpendapat bahawa teks-teks sirah bukannya ditulis sebagai catatan yang bebas daripada al-Quran, tetapi telah direka-reka untuk menjelaskan ayat-ayat al-Quran.[121] Terdapat bukti yang menyokong dakwaan bahawa beberapa periwayatan dalam karya-karya sirah mempunyai kesahihan yang meragukan, terdapat juga bukti yang menyokong dakwaan bahawa naratif sirah berasal secara bebas dan tidak bergantung kepada al-Quran.[121] Masalah ini menjadi lebih rumit kerana karya-karya sejarah Islam terawal yang masih wujud, termasuk karya-karya sirah, hanya disusun dalam bentuk muktamadnya lebih daripada satu abad selepas permulaan era Islam.[122] Sebahagian daripada karya-karya ini adalah berdasarkan teks-teks awal yang kemudiannya hilang, yang pada asalnya merekodkan tradisi lisan yang bersifat berubah-ubah.[120] Para sarjana tidak sepakat tentang waktu sebenar tradisi lisan seperti itu mula dikumpulkan dan ditulis secara sistematik,[123] dan mereka sangat berbeza pendapat dalam menilai tahap kebolehpercayaan sejarah bagi teks-teks yang ada.[121][124][125]
Peranan Mekah dan Kaabah
Kaabah, yang kawasan sekitarnya dianggap suci (haram), menjadi tempat suci negara di bawah penjagaan Quraisy, suku utama Mekah, menjadikan Hijaz sebagai kawasan agama yang paling penting di utara Arab.[126] Peranannya dikukuhkan lagi oleh konfrontasi dengan raja Kristian Abrahah, yang mengawal sebahagian besar Semenanjung Arab dari pusat kuasa di Yaman pada pertengahan abad ke-6.[127] Abrahah ketika itu baru sahaja membina sebuah gereja yang indah di Sanaa, dan baginda ingin menjadikan bandar itu sebagai pusat ziarah utama tetapi Kaabah Mekah mencabar rancangannya.[127] Abrahah menemui alasan untuk menyerang Mekah, yang dikatakan oleh sumber-sumber yang berbeza sama ada kerana gereja itu dicemari oleh seorang suku yang bersekutu dengan penduduk Mekah, atau cucu Abrahah diserang di Najran oleh pihak Mekah.[127] Kekalahan baginda untuk menakluk Mekah diceritakan secara terperinci dalam riwayat Islam dan juga dirujuk dalam al-Quran dan syair Arab pra-Islam.[127] Selepas pertempuran ini, yang mungkin berlaku sekitar tahun 565, Quraisy menjadi kuasa yang paling berpengaruh di barat Arab, menerima gelaran "umat Allah" (ahl Allah) menurut sumber Islam, dan membentuk persatuan penyembah yang dipanggil ḥums, yang mengikat ahli banyak suku di barat Semenanjung Arab ke Kaabah.[127]
Kaabah, Allah, dan Hubal
Menurut riwayat, Kaabah ialah sebuah binaan berbentuk seperti kubus tanpa bumbung yang menempatkan sebuah batu hitam yang dihormati, menyerupai kaabah-kaabah Arab lain yang diceritakan dalam riwayat-riwayat, seperti Kaabah Najran.[128] Tempat suci itu dikhaskan untuk Hubal (Arab: هبل), yang, menurut beberapa sumber, disembah sebagai dewa yang paling utama antara 360 berhala yang terkandung di dalam Kaabah, yang mungkin mewakili jumlah hari dalam tahun.[129] Ibnu Ishaq dan Ibnu al-Kalbi kedua-duanya melaporkan bahawa berhala berbentuk manusia Hubal yang diperbuat daripada batu permata (akik, menurut Kitab Berhala-Berhala) menjadi milik Quraisy dengan tangan kanannya patah. Quraisy kemudian membuatkan tangan emas untuk menggantikannya.[130] Seorang tukang tilik melakukan ramalan di tanah suci dengan menarik-narik anak panah,[126] dan nazar serta korban dibuat untuk mendapat kejayaan.[131] Marshall Hodgson berhujah bahawa orang di Mekah percaya mereka boleh berkomunikasi dengan dewa melalui tawar-menawar, membuat persembahan untuk berkat.[131] Jika dewa atau takahun tidak memberikan respons yang diingini, kadangkala ia akan disambut dengan kemarahan.[131]
Pelbagai teori telah dicadangkan mengenai peranan Allah dalam agama Mekah. Menurut satu hipotesis, daripada Julius Wellhausen, Allah (Tuhan tertinggi bagi persekutuan kabilah di sekitar Quraisy) ialah gelaran yang mengesahkan keunggulan Hubal (dewa utama Quraisy) berbanding dewa-dewa lain.[36] Namun, terdapat juga bukti bahawa Allah dan Hubal ialah dua dewa yang berbeza.[36] Menurut hipotesis itu, Kaabah asalnya dikhaskan untuk Tuhan tertinggi bernama Allah sebelum menjadi tempat berbagai-bagai dewa Quraisy selepas mereka menguasai Mekah, sekitar seratus tahun sebelum zaman Nabi Muhammad.[36] Beberapa inskripsi nampaknya menunjukkan Allah digunakan sebagai nama dewa politeistik berabad-abad sebelumnya tetapi kita tidak tahu apa-apa yang tepat tentang penggunaan ini.[36] Sesetengah sarjana telah mencadangkan bahawa Allah mungkin dewa pencipta yang nan jauh tetapi kemudiannya digantikan denga dewa-dewa tempatan yang lebih spesifik.[33] Terdapat perbezaan pendapat jika Allah memainkan peranan besar dalam agama Mekah.[2][30] Tidak ada gambaran atau patung Allah yang diketahui wujud.[30][132]
Dewa-dewi lain
Tiga dewi utama agama Mekah ialah al-Lat, al-‘Uzzá, dan Manāt, yang dipanggil anak-anak perempuan Allah.[2][31][32][35] Egerton Sykes pula menyatakan bahawa al-Lāt ialah pasangan perempuan Allah manakala Uzza ialah nama yang diberikan oleh Bani Ghatafan kepada planet Zuhrah.[133]
Dewa-dewi Quraisy lain di Mekah termasuk Manaf, Isaf dan Na’ila. Walaupun ahli sejarah Arab awal al-Tabari memanggil Manaf (Arab: مناف) "salah satu dewa terbesar Mekah", sangat sedikit maklumat yang tersedia tentangnya. Wanita menyentuh berhalanya sebagai tanda berkat, dan menjauhinya semasa haid. Gonzague Ryckmans menggambarkan ini sebagai amalan khusus kepada Manaf tetapi menurut Encyclopedia of Islam, riwayat daripada Ibnu al-Kalbi menunjukkan bahawa ini amalan biasa untuk semua berhala.[134] Nama buyut Nabi Muhammad ialah Abdul Manaf yang bermaksud "hamba Manaf".[135] Beberapa sarjana memikirkan Manaf ialah sejenis dewa matahari.[136] Berhala Isāf dan Nā'ila terletak berhampiran Hajarulaswad dengan talbiah dilakukan kepada Isāf semasa korban. Pelbagai legenda wujud tentang berhala, termasuk satu bahawa mereka menjadi batu setelah berzina di Kaabah.[71]
Dewata Quraisy tidak sama dengan suku-suku yang memasuki pelbagai persatuan penyembah dan perdagangan dengan mereka, terutamanya suku hums.[137][138] Christian Julien Robin berhujah bahawa yang dewa-dewa utama Quraisy adalah berhala-berhala di tempat suci Mekah, seperti Hubal dan Manaf, manakala dewa-dewa suku lain ditambah di atas, dengan dewa ketua ialah tiga dewi yang tidak mempunyai berhala atau keramat di Mekah.[137]
Perkembangan politik dan agama
Lewat abad keenam merupakan suatu tempoh kekacauan politik di Semenanjung Arab, dan laluan komunikasi tidak lagi terjamin.[139] Perpecahan agama merupakan salah satu punca utama krisis tersebut.[140] Agama Yahudi menjadi agama paling berpengaruh di Yaman manakala Kristian mula bertapak di kawasan Teluk Parsi.[140] Selari dengan arus perubahan dunia purba secara amnya, masyarakat Arab mula mendambakan bentuk agama yang lebih rohani dan mula mempercayai kehidupan selepas mati. Pemilihan agama juga semakin menjadi satu pilihan peribadi dan bukan lagi sesuatu yang ditentukan secara berkomuniti.[140]
Walaupun ramai yang enggan memeluk agama asing, agama-agama tersebut tetap menjadi rujukan dari segi intelektual dan rohani. Kosa kata jahiliah Arab lama mula digantikan dengan kata pinjaman Yahudi dan Kristian daripada bahasa Aramia, termasuk di Mekah.[140] Taburan kuil-kuil jahiliah menyokong hujah Gerald Hawting bahawa agama politeisme Arab telah menjadi semakin terpinggir di rantau tersebut dan sedang mengalami kemerosotan di Mekah menjelang kedatangan Islam.[140] Amalan penyembah politeistik semakin terhad kepada kawasan padang rumput dan gurun, dan di Yathrib (kemudian dikenali sebagai Madinah), yang mengandungi dua kabilah majoriti penyembah berhala, ketiadaan kuil awam berhala di dalam kota atau di sekitarnya menunjukkan bahawa politeisme telah terbatas kepada ruang peribadi sahaja.[140]
Melalui pemerhatian terhadap teks al-Quran itu sendiri, Hawting juga berpendapat bahawa kritikan terhadap penyembah berhala dan musyrikin yang terkandung dalam al-Quran sebenarnya merupakan rujukan hiperbolik terhadap golongan monoteis lain, khususnya orang Yahudi Arab dan Kristian Arab, yang kepercayaan agama mereka dianggap tidak sempurna.[121][141]
Menurut beberapa riwayat, Kaabah tidak mengandungi patung tetapi bahagian dalamnya dihiasi dengan imej Maryam dan Isa, para nabi, malaikat, dan pokok-pokok.[36]
Untuk mengatasi kesan anarki, institusi bulan-bulan suci dikembalikan, iaitu bulan-bulan apabial sebarang bentuk keganasan diharamkan.[142] Pada bulan-bulan ini, orang ramai boleh menyertai ibadat ziarah dan pasar-pasar tahunan tanpa sebarang bahaya.[142] Kaum Quraisy menegakkan prinsip dua gencatan senjata tahunan, satu selama satu bulan dan kedua selama tiga bulan, yang memberikan sifat suci kepada Tanah Haram Mekah.[142]
Persatuan penyembah hums, yang disertai oleh individu dan kelompok dengan melaksanakan manasik yang sama, merupakan institusi keagamaan pada dasarnya, namun ia juga membawa kesan ekonomi yang besar.[142] Walaupun, seperti yang ditunjukkan oleh Patricia Crone, Mekah tidak dapat menandingi pusat-pusat besar perdagangan kafilah menjelang kedatangan Islam, ia mungkin salah satu bandar yang paling makmur dan selamat di Semenanjung, kerana tidak seperti banyak kota lain, ia tidak mempunyai tembok di sekelilingnya.[142] Ziarah ke Mekah merupakan adat amalan yang popular.[143] Beberapa ibadat Islam, termasuk tawaf mengelilingi Kaabah dan berjalan antara bukit al-Safa dan Marwah, serta laungan "kami di sini, wahai Allah, kami di sini" yang diulang ketika menghampiri Kaabah dipercayai telah wujud sebelum kedatangan Islam.[143]
Air mata air telah dianggap suci di Semenanjung Arab sejak awal lagi, dan sumber-sumber Islam menyatakan bahawa perigi Zamzam telah pun dianggap suci jauh sebelum zaman Islam.[144]
Kedatangan Islam

Menurut Ibnu Saad, penentangan di Mekah bermula apabila nabi Islam, Muhammad, menyampaikan ayat-ayat yang "menghina berhala-berhala yang mereka (kaum Mekah) sembah selain daripada-Nya (Allah) dan menyebut tentang kebinasaan nenek moyang mereka yang mati dalam kekufuran".[145] Menurut William Montgomery Watt, semakin bilangan pengikut Nabi Muhammad bertambah, baginda mula dilihat sebagai ancaman kepada kabilah-kabilah tempatan dan para pembesar kota tersebut, yang kekayaan mereka bergantung kepada Kaabah, pusat kehidupan agama masyarakat Mekah, yang ingin diubah oleh Muhammad.[146] Kecaman Muhammad terhadap agama tradisional Mekah amat mengguris hati kabilahnya sendiri, iaitu Quraisy, kerana merekalah penjaga Kaabah.[146]
Pembukaan kota Mekah sekitar 629–630 Masihi membawa kepada pemusnahan berhala-berhala di sekitar Kaabah, termasuk Hubal.[147] Berikutan pembukaan tersebut, keramat dan kuil yang dikhaskan untuk dewa-dewi turut dimusnahkan, seperti keramat al-Lāt di Ṭā’if, kuil al-‘Uzzā di Nakhla, dan kuil Manāt di al-Qudaid.[148][149]
Arab Utara
Masyarakat yang kurang kompleks di luar Arab Selatan sering mempunyai dewata yang lebih kecil, dengan dewa penaung memegang peranan yang sangat menonjol. Dewa-dewa yang direkodkan dalam inskripsi Arab utara termasuk Ruda, Nuha, Allah, Dathan, dan Kahl.[150] Inskripsi dalam dialek Arab Utara di rantau Najd yang merujuk kepada Nuha menggambarkan emosi sebagai anugerah daripadanya. Selain itu, inskripsi-inskripsi tersebut juga menyebut bahawa Ruda bertanggungjawab atas semua perkara baik dan buruk.[150]
Kabilah-kabilah Safa khususnya menyembah dewi al-Lat sebagai pembawa kemakmuran.[150] Dewa Syria Baalshamin juga disembah oleh suku Safa dan disebut dalam inskripsi-inskripsi Safa.[151]
Ibadah agama dalam kalangan orang Qedar, iaitu satu persekutuan suku kuno yang barangkali telah diserap ke dalam Nabatea sekitar abad ke-2 TM, berpusat pada sistem politeistik yang mana kaum wanita memainkan peranan penting. Patung-patung dewa dan dewi yang disembah oleh orang Arab Qedar, seperti yang dicatat dalam inskripsi Assyria, termasuk gambaran Atarsamain, Nuha, Ruda, Dai, Abirillu dan Atarquruma. Penjaga wanita bagi berhala-berhala ini, lazimnya ratu yang memerintah, berperanan sebagai pendeta perempuan (apkallatu, menurut teks Assyria) yang berkomunikasi dengan alam ghaib.[152] Terdapat juga bukti bahawa Qedar menyembah al-Lat sebagaimana dibuktikan oleh satu inskripsi pada mangkuk perak yang didedikasikan oleh seorang raja Qedar kepada dewi tersebut.[45] Dalam Talmud Babylon, yang diwariskan secara lisan selama berabad-abad sebelum dibukukan sekitar 500 TM, dalam traktat Taanis (folio 5b), dikatakan bahawa kebanyakan orang Qedar menyembah dewa-dewa jahiliah.[153]

Inskripsi stele Aram yang ditemui oleh Charles Hubert pada tahun 1880 di Taima menyebut tentang dewa baru bernama Salm dari hgm diperkenalkan ke dalam para dewa bandar tersebut yang dibenarkan oleh tiga dewa tempatan – Salm dari Mahram iaitu dewa utama, Shingala, dan Ashira. Nama Salm bermaksud "imej" atau "berhala".[154]
Orang Madyan, orang yang dirujuk dalam Kitab Kejadian dan terletak di barat laut Arab, mungkin menyembah Yahweh. Kuil Mesir Hathor terus digunakan semasa tempat itu diduduki oleh orang Madyan, namun imej Hathor dicacatkan, menunjukkan orang Madyan tidak menyetujuinya.[155] Mereka mengubahnya menjadi sebuah keramat khemah gurun yang didirikan dengan patung ular tembaga.[155]
Orang Lihyan menyembah dewa Zughabat dan jarang menyeru dewa lain untuk bantuan.[100] Nama Zughabat bermaksud "dia yang dari belukar", berdasarkan etimologi gabah, bermaksud hutan atau belukar.[156] Dewa al-Kutba', dewa penulisan mungkin berkaitan dengan seorang dewa Babylon dan mungkin dibawa ke rantau ini oleh raja Babylon Nabonidus,[100] disebut dalam inskripsi Lihyan juga.[157] Penyembahan dewa-dewa dari Hermon, Leucothea dan Theandrios, tersebar dari Phoenicia ke Semenanjung Arab.[158]
Menurut Kitab Berhala-Berhala, suku Tai menyembah al-Fals, yang berhalanya berdiri di Jabal Aja,[159] manakala suku Kalb menyembah Wadd, yang mempunyai berhala di Dumat al-Jandal.[160][161]
Nabatea
Orang Nabatea kebanyakannya menyembah dewa-dewa Arab utara. Dengan pengaruh asing, mereka juga menggabungkan dewa-dewa dan unsur asing ke dalam kepercayaan mereka.
Dewa utama Nabatea ialah Zusyara (ذو الشرى). Di Petra, satu-satunya dewi utama ialah al-‘Uzzá, dengan sifat-sifat Isis, Tyche dan Aphrodite. Tidak diketahui jika penyembahan dan identitinya ada kaitan dengan kultusnya di Nakhla dan tempat-tempat lain. Inskripsi-inskripsi Nabatea menyatakan Allāt dan al-Uzza sebagai "pengantin Zusyara". Al-Uzza mungkin gelaran Allāt dalam agama Nabatea menurut John F. Healey.[162]
Di luar Petra, dewa-dewa lain juga disembah; contohnya, Hubal dan Manat dipuja di Hijaz, dan al-Lat dipuja di Hauran dan gurun Syria. Raja Nabatea Obodas I, yang mengasaskan Obodat, didewakan dan disembah sebagai dewa.[163] Mereka juga menyembah Syai al-Qaum,[164] al-Kutba',[157] dan pelbagai dewa Yunani-Rom seperti Nike dan Tyche.[165] Maxime Rodinson mencadangkan bahawa Hubal, yang popular di Mekah, berasal usul dari Nabatea.[166]

Penyembahan Pakidas, dewa Nabatea, disahkan di Gerasa bersama-sama Hera dalam satu inskripsi dari abad pertama TM manakala satu dewa Arab juga disahkan oleh tiga inskripsi dari abad kedua.[167]
Nabatea terkenal dengan makam-makam mereka yang berhias tetapi ia bukan sahaja cantik; tujuannya adalah untuk menjadi tempat yang selesa untuk si mati.[168] Petra mempunyai banyak "tempat tinggi suci" yang ada mazbah yang biasanya disangkakan tempat untuk korban manusia. Namun, sejak tahun 1960-an, teori alternatif bahawa ia "platform pendedahan" untuk meletakkan mayat si mati untuk adat pengebumian telah dikemukakan. Walau bagaimanapun, sebenarnya, terdapat sedikit sahaja bukti untuk kedua-dua cadangan ini.[169]
Kepercayaan agama orang Arab di luar Semenanjung Arab
Palmyra ialah masyarakat kosmopolitan, dengan penduduk yang terdiri daripada orang Aram dan Arab. Orang Arab Palmyra menyembah al-Lat, Rahim dan Shamash. Kuil al-Lat diasaskan oleh suku Bene Ma'zin, yang mungkin satu suku Arab.[170] Orang nomad di kawasan desa menyembah sekumpulan dewa, dengan nama-nama dan sifat-sifat Arab.[171] Yang paling penting ialah Abgal[172] tetapi ia tidak disebutkan secara khusus di Palmyra.[173] Ma'n, dewa Arab, disembah bersama-sama Abgal di dalam kuil khas pada tahun 195 TM di Khirbet Semrin di rantau Palmyra manakala satu inskripsi bertarikh 194 TM di Ras esh-Shaar memanggilnya "dewa yang baik dan murah hati". Stele di Ras esh-Shaar menggambarkan dia menunggang kuda dengan lembing manakala dewa Saad menunggang unta. Abgal, Ma'n dan Sa'd dikenali sebagai genii.[174]
Dewa Ashar digambarkan pada stele di Dura-Europos bersama-sama dewa Sa'd. Ashar digambarkan menunggang kuda dengan pakaian Arab manakala Sa'd ditunjukkan berdiri di atas tanah. Kedua-duanya mempunyai gaya rambut Parthia, janggut dan misai yang besar serta pakaian yang serupa. Nama Ashar didapati telah digunakan secara teoforik di kawasan majoriti Arab di rantau bahasa-bahasa Semitik Barat Laut, seperti Hatra, di mana nama seperti "Tempat Perlindungan Ashar", "Hamba Ashar" dan "Ashar telah menganugerahkan" direkodkan pada inskripsi.[175]
Di Edessa, dewa matahari ialah dewa utama sekitar masa Maharaja Rom Julian dan ini mungkin telah dibawa oleh pendatang dari Arab. Ucapan Julian yang disampaikan kepada penduduk bandar tersebut menyebut bahawa mereka menyembah Matahari yang dikelilingi oleh Azizos dan Monimos yang Iamblichus samakan dengan Ares dan Hermes. Monimos berasal daripada perkataan Mu'nim atau "yang baik hati", dan merupakan nama lain Ruda atau Ruldaiu, jelas berdasarkan ejaan namanya dalam Babad Sennacherib.[176]
Berhala dewa al-Uqaisir, menurut Kitab Berhala-Berhala, terletak di Syria, dan disembah oleh suku Quda'a, Lakhm, Judham, Amela, dan Ghatafan.[177] Para penganut akan pergi menziarahi berhalanya dan mencukur kepala mereka, kemudian mencampurkan rambut mereka dengan gandum, "untuk setiap helai rambut segenggam gandum".[177]
Keramat untuk Zusyara telah ditemui di pelabuhan Puteoli purba di Itali. Bandar ini pusat perdagangan yang penting untuk ke Timur Dekat, dan orang Nabatea diketahui sudah hadir semasa pertengahan abad pertama SM.[178] Sebuah mazbah orang Ma'in yang dikhaskan untuk Wadd jelas pernah wujud di Delos, dengan dua inskripsi dalam bahasa Ma'in dan Yunani.[179]
Kepercayaan Badwi
Orang Badwi dahulu diperkenalkan kepada amalan keagamaan Mekah apabila mereka mengunjungi bandar-bandar di Hijaz semasa empat bulan "gencatan senjata suci", tiga bulan pertama dikhaskan untuk beribadat, manakala yang keempat dikhaskan untuk berdagang.[126] Alan Jones membuat kesimpulan daripada syair-syair Badwi bahawa Takdir lebih penting daripada para dewa, bahkan Allah.[180] Mereka kelihatan kurang percaya kepada ibadat dan ziarah untuk memujuk Takdir, sebaliknya menggunakan ramalan dan tukang tilik (kahin).[180] Orang Badwi menganggap sesetengah pokok, perigi, gua dan batu sebagai objek suci, sama ada sebagai fetisy atau sebagai cara untuk berhubung dengan dewa.[181] Mereka membina tempat-tempat suci di mana orang boleh menyembah objek-objek tersebut.[182]
Orang Badwi mempunyai semacam tatakehormatan yang Fazlur Rahman Malik nyatakan boleh dianggap sebagai etika agama mereka. Tata ini merangkumi cara melayan wanita, keberanian, keramahtamahan, mengotakan janji dan pakatan, dan balas dendam. Mereka percaya bahawa hantu seseorang yang dibunuh akan menangis dari kubur sehingga dahaga untuk darah mereka dipuaskan. Amalan seperti membunuh bayi perempuan sering dianggap dibenarkan oleh agama.[182] Penyebutan jin dalam al-Quran yang banyak dan kesaksian daripada kesusasteraan pra-Islam dan Islam menunjukkan bahawa kepercayaan pada semangat-semangat adalah ketara dalam agama Badwi pra-Islam.[183]
Walau bagaimanapun, terdapat bukti bahawa perkataan jin berasal daripada bahasa Aram, ginnaye, yang banyak digunakan dalam inskripsi-inskripsi Palmyra. Perkataan Aram ini digunakan oleh orang Kristian untuk dewa-dewa jahiliah yang mereka rendahkan sebagai syaitan, dan hanya diperkenalkan ke dalam cerita rakyat Arab lewat dalam era pra-Islam.[183] Julius Wellhausen memerhatikan bahawa semangat-semangat sedemikian dipercayai tinggal di tempat-tempat yang sunyi, kotor dan gelap dan mereka ditakuti oleh manusia.[183] Manusia perlu melindungi diri daripada jin tetapi jin bukan objek sembahan yang sebenar.[183]
Sistem agama Badwi juga termasuk menyembah roh nenek moyang, yang nampaknya bukan datang daripada pengaruh asing.[183] Orang mati tidak dianggap mempunyai kuasa. Sebaliknya, mereka perlukan perlindungan dan kemurahan hati si hidup, yang menjadi satu kewajipan masyarakat yang dilanjutkan untuk penghuni kubur.[183] Hanya nenek moyang tertentu, terutamanya wira yang namanya menjadi nama suku mereka, yang akan benar-benar dipuja.[183]
Agama lain
Agama samawi
Yahudi

Sebelum Islam, terdapat banyak masyarakat Yahudi yang tinggal di Arab. Masyarakat-masyarakat ini termasuk kumpulan yang menetap dan juga nomad. Orang Yahudi telah berhijrah ke Semenanjung Arab sejak zaman Rom.[184] Orang Yahudi Arab bertutur Arab serta Ibrani dan Aram dan mempunyai hubungan dengan pusat-pusat agama Yahudi di Babylon dan Palestin.[184] Orang Himyar Yaman memeluk agama Yahudi pada abad ke-4, dan sebahagian daripada kaum Kindah juga memeluk agama ini pada abad ke-4/5.[185] Suku-suku Yahudi wujud di semua bandar Arab utama semasa zaman Nabi Muhammad termasuk di Taima dan Khaibar serta Madinah dengan dua puluh suku yang tinggal di Semenanjung Arab. Daripada tulisan batu nisan, orang Yahudi dilihat juga tinggal di Mada'in Saleh dan al-'Ula.[186]
Terdapat bukti bahawa orang Yahudi yang memeluk agama di Hijaz dianggap sebagai Yahudi oleh orang-orang Yahudi lain, serta oleh bukan Yahudi, dan meminta nasihat daripada rabai-rabai Babylon mengenai pakaian dan makanan kosher.[184] Dalam sekurang-kurangnya satu kes, satu suku Arab diketahui bersetuju untuk memeluk Yahudi sebagai syarat untuk menetap di sebuah bandar yang majoritinya Yahudi.[184] Sesetengah wanita Arab di Yathrib/Madinah dikatakan pernah bernazar untuk menjadikan anak mereka Yahudi jika anak itu hidup, kerana mereka menganggap orang Yahudi kaum yang "berilmu dan kitab" (ʿilmin wa-kitābin).[184] Philip Hitti menyimpulkan daripada kata-kata nama khas dan kosa kata pertanian bahawa suku-suku Yahudi Yathrib kebanyakannya ialah puak-puak Arab dan Aram yang masuk Yahudi.[126]
Orang Yahudi memaikan peranan utama dalam perdagangan dan pasaran di Hijaz bermakna hari pasar dalam seminggu ialah hari sebelum Sabat Yahudi.[184] Hari ini, yang dipanggil arubah (عَرُوبَة) dalam bahasa Arab, juga hari untuk prosiding undang-undang dan hiburan, yang kemudian mungkin telah mempengaruhi pilihan Jumaat sebagai hari solat berjemaah Muslim.[184] Akhir abad keenam, masyarakat Yahudi di Hijaz merosot dalam ekonomi dan politik tetapi mereka terus berkembang dari segi budaya di dalam dan di luar rantau ini.[184] Mereka mempunyai kepercayaan dan amalan tersendiri, memfokuskan tasawuf dan eskatalogi.[184] Dalam tradisi Islam, berdasarkan satu frasa dalam al-Quran, orang Yahudi Arab percaya Uzair anak Allah, namun ketepatan sejarah dakwaan ini telah dipertikaikan.[31]
Petani-petani Yahudi tinggal di rantau Arab Timur.[187][188] Menurut Robert Bertram Serjeant, orang Baharna mungkin keturunan yang diarabkan daripada "orang yang memeluk agama Kristian (orang Aram), Yahudi dan Parsi purba (Majusi) yang mendiami pulau itu dan wilayah-wilayah pesisir yang bercucuk tanam di Arab Timur pada masa penaklukan Arab".[189] Daripada sumber-sumber Islam, agama Yahudi kelihatannya agama yang paling banyak diikuti di Yaman. Ya'qubi mendakwa semua orang Yaman ialah Yahudi; Ibnu Hazm walau bagaimanapun menyatakan hanya orang Himyar dan sesetengah orang Kindah ialah Yahudi.[190]
Kristian

Kawasan-kawasan utama yang menjadi pengaruh agama Kristian di Semenanjung Arab berada di sempadan timur laut dan barat laut dan di selatan, kini Yaman.[191] Barat laut berada di bawah pengaruh aktiviti mubaligh-mubaligh Kristian dari Empayar Rom di mana Kerajaan Ghasan, kerajaan naungan Rom, ditukarkan menjadi Kristian.[192] Di selatan, terutamanya di Najran, sebuah pusat Kristian berkembang hasil pengaruh kerajaan Kristian, Kerajaan Axum, yang berpusat di seberang Laut Merah di Ethiopia.[191] Sesetengah anggota Bani Harith memeluk agama Kristian. Satu keluarga daripada suku ini membina sebuah gereja besar di Najran yang dipanggil Deir Najran, juga dikenali sebagai "Kaabah Najran". Kedua-dua Kerajaan Ghasan dan orang Kristian di selatan mengikut mazhab Monofisitisme.[191]
Kawasan ketiga pengaruh Kristian adalah di sempadan timur laut di mana Kerajaan Lakham, suku naungan Empayar Sasan, memeluk mazhab Nestorianisme, menjadi mazhab Kristian yang paling berpengaruh dalam Empayar Sasan.[191] Semakin rantau Teluk Parsi Arab berada di bawah pengaruh Sasan dari awal abad ketiga, ramai penduduk terdedah kepada agama Kristian berikutan penyebaran agamanya ke timur oleh orang Kristian Mesopotamia.[193] Walau bagaimanapun, ia tidak sehingga abad keempat agama Kristian benar-benar menjadi popular di rantau ini, dengan pembinaan biara dan menyusun gereja-gereja menjadi keuskupan.[194]
Pada zaman sebelum Islam, orang-orang Arab Timur terdiri daripada orang Arab yang telah dikristiankan (antaranya Abd al-Qais) dan orang Kristian Aram, antara agama-agama lain.[195] Bahasa Suryani berfungsi sebagai bahasa sembahyang dan agama.[187][196] Serjeant menyatakan bahawa orang Baharna mungkin merupakan keturunan yang telah diarabkan daripada penduduk asal penganut agama Kristian (Aram), dalam kalangan penganut agama-agama lain pada zaman penaklukan Arab.[188] Beth Qatraye, yang diterjemahkan menjadi "wilayah orang Qatar" dalam bahasa Suryani, ialah nama Kristian untuk rantau timur laut Semenanjung Arab.[197][198] Ia termasuk Bahrain, Pulau Tarout, al-Khatt, al-Hasa, dan Qatar.[199] Oman dan apa yang kini Emiriah Arab Bersatu dahulunya keuskupan yang dipanggil Beth Mazunaye. Nama itu berasal daripada 'Mazun', nama Parsi untuk Oman dan Emiriah Arab Bersatu. Sohar ialah ibu bandar keuskupan tersebut.[197][199]
Di Najd, di tengah semenanjung, terdapat bukti ahli-ahli daripada dua suku, Kindah dan Taghlib, memeluk Kristian pada abad ke-6. Walau bagaimanapun, di Hijaz di barat, meskipun terdapat bukti kehadiran agama Kristian, ia tidak dianggap besar di kalangan penduduk asli kawasan itu.[191]
Nama Kristian yang diarabkan agak biasa di kalangan orang Arab pra-Islam, yang dikaitkan dengan pengaruh orang Arab yang disyriakan yang beragama Kristian terhadap orang Badwi semenanjung selama beberapa abad sebelum kebangkitan Islam.[200]
Neal Robinson, berdasarkan ayat-ayat al-Quran, percaya bahawa sesetengah orang Kristian Arab mungkin memegang kepercayaan tidak ortodoks seperti menyembah tritunggal yang ada Tuhan bapa, Yesus Anak dan Maryam Ibu.[201] Selain itu, terdapat bukti bahawa golongan-golongan tidak ortodoks seperti Koliridianisme, yang penganutnya menyembah Maryam, hadir di rantau Arab, dan telah dicadangkan bahawa al-Quran merujuk kepada kepercayaan mereka.[202] Walau bagaimanapun, sarjana lain, terutamanya Mircea Eliade, William Montgomery Watt, G. R. Hawting dan Sidney H. Griffith, meragui kesahihan atau kebolehpercayaan rujukan-rujukan sedemikian dalam al-Quran. Pandangan mereka adalah seperti berikut:
- Mircea Eliade berhujah bahawa pengetahuan Nabi Muhammad tentang Kristian "agak lebih kurang"[203] dan bahawa rujukan kepada tiga serangkai Tuhan, Yesus dan Maryam mungkin mencerminkan kemungkinan bahawa maklumat Nabi Muhammad tentang agama Kristian datang dari orang yang mempunyai pengetahuan tentang Gereja Monofisit Habsyah, yang terkenal dengan pemujaan Maryam yang melampau.[203]
- William Montgomery Watt menyatakan bahawa kita tidak tahu sejauh mana Nabi Muhammad mengenali dengan kepercayaan Kristian sebelum Pembukaan kota Mekah dan bahawa tarikh beberapa petikan yang mengkritik agama Kristian tidak dapat dipastikan.[204] Beliau berpendapat bahawa Nabi Muhammad dan umat Islam awal mungkin tidak mengetahui beberapa doktrin Kristian ortodoks, termasuk sifat tritunggal, kerana pemberi maklumat Kristian Nabi Muhammad mempunyai pemahaman yang terhad tentang isu-isu doktrin.[205]
- Watt juga berhujah bahawa ayat-ayat yang mengkritik doktrin Kristian dalam al-Quran menyerang ajaran sesat Kristian seperti triteisme dan "anak fizikal" dan bukannya agama Kristian ortodoks.[204][206]
- G. R. Hawting, Sidney H. Griffith dan Gabriel Reynolds berhujah bahawa ayat-ayat yang mengulas tentang kepercayaan Kristian yang kelihatan tidak ortodoks harus dibaca sebagai satu karikatur yang dimaklumi dan bermotif polemik terhadap doktrin Kristian arus perdana, dengan tujuan untuk menyerlahkan betapa salahnya sebahagian ajaran tersebut dari perspektif Islam.[206]
Agama Iran
Walaupun tidak mempunyai bukti fizikal yang masih terpelihara,[207] agama-agama Iran mungkin wujud di Arab sebelum Islam atas sebab kehadiran tentera Sasan di sepanjang Teluk Parsi dan Arab Selatan serta laluan perdagangan yang wujud antara Hijaz dan Iraq. Menurut sumber-sumber era Islam, orang Arab di timur laut semenanjung memeluk agama Majusi dan beberapa kuil Majusi dibina di Najd. Terdapat juga bukti kewujudan Manichaeisme di Semenanjung Arab kerana beberapa sumber awal menunjukkan adanya orang "zandaqah" di Mekah, namun istilah itu juga boleh difahamkan merujuk kepada Mazdakisme. Walau bagaimanapun, menurut penyelidikan terkini oleh Tardieu, kelaziman Manichaeisme di Mekah pada abad ke-6 dan ke-7, ketika Islam muncul, tidak dapat dibuktikan.[208][209][210]
Keraguan yang sama mengenai kemunculan Manichaeisme dan Mazdakisme di Mekah pra-Islam ditawarkan oleh Trompf & Mikkelsen et al. dalam karya terbaru mereka (2018).[211][212] Terdapat bukti untuk peredaran idea-idea agama Iran dalam bentuk kata-kata pinjaman Parsi dalam al-Quran seperti firdaus (syurga).[213][214]
Agama Majusi juga hadir di Arab Timur[215][216][217] dan penganut Majusi berbahasa Parsi tinggal di rantau ini.[195] Agama ini diperkenalkan di rantau ini, termasuk di Bahrain zaman moden, semasa pemerintahan empayar Parsi di rantau ini bermula dari 250 SM. Ia diamalkan terutamanya di Bahrain oleh peneroka-peneroka Parsi. Agama Majusi juga diamalkan di kawasan yang diperintah Parsi di Oman moden. Agama ini juga wujud di kawasan yang diperintah Parsi di Yaman moden. Keturunan Abna, penakluk Parsi Yaman, ialah penganut Majusi.[218][190]
Orang Majusi Yaman yang dikenakan jizyah selepas ditakluki oleh Nabi Muhammad disebut oleh ahli sejarah Islam al-Baladhuri.[190] Menurut Serjeant, orang Baharna mungkin keturunan pemeluk agama ini yang diarabkan daripada penduduk asal Parsi purba (majus) serta agama lain..[189]
Buddha
Terdapat beberapa dokumen Islam yang, apabila menerangkan suasana agama di Arab pra-Islam, turut menyenaraikan kehadiran agama Buddha. Satu kisahnya ialah masyarakat penganut Buddha dapat menyimpan beberapa berhala mereka di Kaabah. Rasyid al-Din Hamadani (m. 1318), dalam Jāmiʾ al-Tawārīkh, mengatakan bahawa berhala-berhala penganut Buddha dapat dilihat di Kaabah dan sesetengah orang Arab dan Parsi di Semenanjung Arab menganggap diri mereka sebagai pelajar Buddha. Satu miniatur Islam dari abad ketiga belas menggambarkan Nabi Muhammad memusnahkan berhala Hindu dan Buddha di Kaabah. Al-Masudi mengatakan bahawa penganut Buddha melihat Kaabah sebagai salah satu kuil mereka. Al-Masudi juga menerangkan tentang satu suku Quraisy Mekah mempunyai patung-patung rusa bersepuh emas, yang dilihat sebagai simbol-simbol dalam agama Buddha. Mostafa Vaziri berspekulasi bahawa keterangan ini mungkin ada benarnya, mencadangkan bahawa agama Buddha sampai ke Semenanjung Arab melalui pedagang-pedagang India dan laluan perdagangan. Vaziri juga membuat spekulasi bahawa reka bentuk Kaabah mempunyai pengaruh seni bina Buddha, seperti dari Nawbahār dan stupa Buddha lain.[219]
Lihat juga
Rujukan
Petikan
- ^ a b Hoyland 2002, m/s. 139.
- ^ a b c d Berkey 2003, m/s. 42.
- ^ Gajda, Iwona (2017). "Remarks on Monotheism in Ancient South Arabia". Dalam Bakhos, Carol; Cook, Michael (penyunting). Islam and its past: Jahiliyya, Late Antiquity, and the Qur'an. Oxford studies in the abrahamic religions. Oxford: Oxford university press. m/s. 247–256. ISBN 978-0-19-874849-6.
- ^ Kjær, Sigrid K. (2022). "'Rahman' before Muhammad: A pre-history of the First Peace (Sulh) in Islam". Modern Asian Studies (dalam bahasa Inggeris). 56 (3): 776–795. doi:10.1017/S0026749X21000305. ISSN 0026-749X.
- ^ Lindstedt 2023.
- ^ a b Nicolle 2012, m/s. 19.
- ^ a b Doniger 1999, m/s. 70.
- ^ a b Mouton & Schmid 2014, m/s. 338.
- ^ a b Teixidor 2015, m/s. 70.
- ^ Peters 1994a, m/s. 6.
- ^ Robin 2006, m/s. 92.
- ^ a b c d Teixidor 2015, m/s. 73-74.
- ^ Peters 2003, m/s. 45.
- ^ a b Hoyland 2002, m/s. 140.
- ^ a b c d Robin 2006, m/s. 87.
- ^ Meyer-Hubbert 2016, m/s. 72.
- ^ a b c Aslan 2008, m/s. 6.
- ^ Peters 1994b, m/s. 105.
- ^ a b Hoyland 2002, m/s. 144.
- ^ a b c d e f Hoyland 2002, m/s. 145.
- ^ Teixidor 1979, m/s. 77.
- ^ El-Zein 2009, m/s. 34.
- ^ El-Zein 2009, m/s. 122.
- ^ Lebling 2010, m/s. 96.
- ^ Cramer 1979, m/s. 104.
- ^ a b c d e f Robin 2006, m/s. 88.
- ^ a b Waardenburg 2003, m/s. 89.
- ^ Campo 2009, m/s. 34.
- ^ a b c d Hughes 2013, m/s. 25.
- ^ a b c Peters 1994b, m/s. 107.
- ^ a b c d e Robinson 2013, m/s. 75.
- ^ a b c Peters 1994b, m/s. 110.
- ^ a b Peterson 2007, m/s. 21.
- ^ a b Böwering, Gerhard, "God and his Attributes", in McAuliffe 2006
- ^ a b Peterson 2007, m/s. 46.
- ^ a b c d e f Robin, Christian Julien, "Arabia and Ethiopia", in Johnson 2012, halaman 304–305
- ^ Hitti 1970, m/s. 100-101.
- ^ Phipps 1999, m/s. 21.
- ^ a b Coulter & Turner 2013, m/s. 37.
- ^ Guillaume 1963, m/s. 7.
- ^ Corduan 2013, m/s. 112, 113.
- ^ Rodinson 2002, m/s. 119.
- ^ Taylor 2001, m/s. 130, 131, 162.
- ^ Healey 2001, m/s. 110, 153.
- ^ a b Hoyland 2002, m/s. 63.
- ^ Frank & Montgomery 2007, m/s. 89.
- ^ Hawting 1999, m/s. 142.
- ^ Zeitlin 2007, m/s. 44.
- ^ Gilbert 2010, m/s. 8.
- ^ Leeming 2004, m/s. 122.
- ^ Coulter & Turner 2013, m/s. 317.
- ^ Healey 2001, m/s. 112, 114.
- ^ Corrente, Paola, "Dushara and Allāt alias Dionysos and Aphrodite in Herodotus 3.8", in Bernabé et al. 2013, halaman 265, 266
- ^ Hirsch, Emil G.; Benzinger, Immanuel (1906). "Stone and Stone-Worship: Semitic Stone-Worship". Jewish Encyclopedia. Kopelman Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2012. Dicapai pada 21 November 2020.
Penyembahan batu suci merupakan salah satu bentuk agama yang paling umum dan purba; namun, tiada kaum lain yang memberi kepentingan sebesar ini kepada penyembahan tersebut seperti kaum Semitik. Agama nomad Syria dan Arab disimpulkan oleh Clement dari Alexandria dalam satu kenyataan, "Orang Arab menyembah batu," dan semua data yang diberikan oleh penulis Arab mengenai kepercayaan pra-Islam mengesahkan kata-katanya. Batu suci ("nuṣb"; jamak, "anṣab") ialah ciri khas dan unsur yang tidak boleh dipisahkan dalam tempat ibadah ibadat Arab purba. [...] Apabila orang Arab melakukan korban berdarah, darahnya disapukan pada batu suci, dan dalam kes persembahan minyak, batu itu diurapi (rujuk Kejadian xxviii. 18, xxxi. 13). Kenyataan yang sama berlaku untuk pemujaan Yunani-Rom, walaupun batu hitam Mekah, sebaliknya, dibelai dan dicium oleh para penyembah. Namun begitu dengan masa, mazbah dan batu suci dibezakan, dan batu-batu jenis ini didirikan di sekeliling mazbah. Dalam kalangan orang Kanaan dan Bani Israel maẓẓebah dipisahkan daripada meja korban, yang kemudiannya menjadi tempat pembakaran korban tempat darahnya dicurahkan. Bahawa mazbah ialah berkembang daripada batu suci terbukti jelas melalui hakikat bahawa, mengikut adat purba, batu yang dipahat tidak boleh digunakan dalam pembinaannya.
- ^ a b Hoyland 2002, m/s. 183.
- ^ a b c Hoyland 2002, m/s. 185.
- ^ a b al-Kalbi 2015, m/s. 12–13.
- ^ a b c d e f g Robin 2006, m/s. 90.
- ^ a b Hoyland 2002, m/s. 157.
- ^ Hoyland 2002, m/s. 158.
- ^ a b c d Hoyland 2002, m/s. 159.
- ^ a b c d e f Robin 2006, m/s. 89.
- ^ Munt 2015.
- ^ Maraqten 2021, m/s. 433–435.
- ^ Maraqten 2015.
- ^ Robin 2018.
- ^ Maraqten 2021, m/s. 435–436.
- ^ a b c Hoyland 2002, m/s. 161.
- ^ Hoyland 2002, m/s. 162.
- ^ al-Azmeh 2017, m/s. 198.
- ^ a b al-Azmeh 2017, m/s. 199.
- ^ al-Azmeh 2017, m/s. 201.
- ^ Peters 1994b, m/s. 96.
- ^ Wheatley 2001, m/s. 366.
- ^ a b al-Abbasi, Abeer Abdullah (August 2020). "The Arabsʾ Visions of the Upper Realm". Marburg Journal of Religion. University of Marburg. 22 (2): 1–28. doi:10.17192/mjr.2020.22.8301. ISSN 1612-2941. Dicapai pada 23 May 2022.
- ^ Hoyland 2002, m/s. 153.
- ^ Hoyland 2002, m/s. 154.
- ^ a b Hoyland 2002, m/s. 155.
- ^ Hoyland 2002, m/s. 155-156.
- ^ a b al-Kalbi 2015, m/s. 30.
- ^ a b Hoyland 2002, m/s. 156.
- ^ a b c d Hoyland 2002, m/s. 165.
- ^ a b Hoyland 2002, m/s. 163.
- ^ a b c Hoyland 2002, m/s. 166.
- ^ Al‐Jallad, Ahmad; Sidky, Hythem (2022). "A Paleo‐Arabic inscription on a route north of Ṭāʾif". Arabian Archaeology and Epigraphy (dalam bahasa Inggeris). 33 (1): 202–215. doi:10.1111/aae.12203. ISSN 0905-7196.
- ^ a b Weimar, Jason (2022). "Monotheistic Pre-Islamic South Arabia". The Database of Religious History.
- ^ Sinai, Nicolai (2023). Key Terms of the Quran. Oxford University Press. m/s. 103–107, 166–168.
- ^ Hatke, Georg (2022). "Religious Ideology in the Gəʿəz Epigraphic Corpus from Yemen". Rocznik Orientalistyczny (dalam bahasa English). 75 (2): 76–78. ISSN 0080-3545.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Gorea, Maria. "Les classes sacerdotales (mišmārôt) de l'inscription juive de Bayt Ḥādir (Yémen)". Dalam Robin, Christian Julien (penyunting). Le judaïsme de l’Arabie antique. m/s. 297–329.
- ^ Al-Jallad, Ahmad (2022). "A pre-Islamic basmala: reflections on its first epigraphic attestation and its original significance". Jerusalem Studies in Arabic and Islam. 52: 1–28.
- ^ Robin, Christian Julien (2015). "Quel Judaïsme en Arabie?". Le judaïsme de l’Arabie antique: Actes du Colloque de Jérusalem (février 2006). Brepolis. m/s. 273.
- ^ Forness, Michael (2019). Preaching Christology in the Roman Near East: A Study of Jacob of Serugh. Oxford University Press, pp. 115–131.
- ^ al-Kalbi 2015, m/s. 27.
- ^ a b Crawford 1998, m/s. 79.
- ^ a b c Hoyland 2002, m/s. 142-144.
- ^ a b c d e Robin, Christian Julien, "Before Himyar: Epigraphic evidence", in Fisher 2015, halaman 97–98
- ^ Lurker 2015, m/s. 20.
- ^ Korotayev 1996, m/s. 82.
- ^ Lurker 2015, m/s. 26.
- ^ a b c Hoyland 2002, m/s. 141.
- ^ The Encyclopaedia of Islam, Volume 1. Brill. m/s. 812.
- ^ a b Hawting 1999, m/s. 125.
- ^ Ancient Civilizations of Africa. Univ of California Press. 1981. m/s. 395. ISBN 9780435948054.
- ^ Lurker 2015, m/s. 41.
- ^ Ancient Civilizations of Africa. Univ of California Press. 1981. m/s. 397. ISBN 9780435948054.
- ^ Finneran, Niall (2007-11-08). The Archaeology of Ethiopia. Routledge. m/s. 180. ISBN 978-1136755521.
- ^ Ancient Civilizations of Africa. Univ of California Press. 1981. m/s. 352–353. ISBN 9780435948054.
- ^ a b c Robin, Christian Julien, "Arabia and Ethiopia", in Johnson 2012, halaman 270
- ^ Hoyland 2002, m/s. 50.
- ^ a b al-Sa'ud 2011, m/s. 84.
- ^ Hoyland 2002, m/s. 201.
- ^ al-Kalbi 2015, m/s. 14.
- ^ al-Kalbi 2015, m/s. 16.
- ^ Healey & Porter 2003, m/s. 107.
- ^ al-Kalbi 2015, m/s. 12.
- ^ al-Kalbi 2015, m/s. 12-13.
- ^ a b Peters 2017, m/s. 207.
- ^ Healey & Porter 2003, m/s. 93.
- ^ Peters 1994a, m/s. 5-7.
- ^ a b Humphreys 1991, m/s. 69–71.
- ^ a b c d Donner, Fred M., "The historical context", in McAuliffe 2006, halaman 33–34
- ^ Humphreys 1991, m/s. 69-71.
- ^ Humphreys 1991, m/s. 86–87.
- ^ Humphreys 1991, m/s. 86-87.
- ^ Lindsay 2005, m/s. 7.
- ^ a b c d Zeitlin 2007, m/s. 33–34.
- ^ a b c d e Robin, Christian Julien, "Arabia and Ethiopia", in Johnson 2012, halaman 286–287
- ^ Zeitlin 2007, m/s. 33-34.
- ^ Armstrong 2000, m/s. 11.
- ^ Peters 1994b, m/s. 108–109.
- ^ a b c Zeitlin 2007, m/s. 30.
- ^ Zeitlin 2007, m/s. 33.
- ^ Sykes 2014, m/s. 7.
- ^ Fahd 2012.
- ^ al-Kalbi 2015, m/s. 27-28.
- ^ Coulter & Turner 2013, m/s. 305.
- ^ a b Robin, Christian Julien, "Arabia and Ethiopia", in Johnson 2012, halaman 303–304
- ^ Peters 1994b, m/s. 106.
- ^ Robin, Christian Julien, "Arabia and Ethiopia", in Johnson 2012, halaman 297–299
- ^ a b c d e f Robin, Christian Julien, "Arabia and Ethiopia", in {{Harvnb|Johnson|2012|pp=302}
- ^ Hawting 1999, m/s. 1.
- ^ a b c d e Robin, Christian Julien, "Arabia and Ethiopia", in {{Harvnb|Johnson|2012|pp=301}
- ^ a b Zeitlin 2007, m/s. 49.
- ^ Zeitlin 2007, m/s. 31.
- ^ Peters 1994b, m/s. 169.
- ^ a b Watt, Montgomery, "Muhammad", in {{Harvnb|Lambton|Lewis|1977|pp=36}
- ^ Armstrong 2000, m/s. 23.
- ^ al-Tabari 1990, m/s. 46.
- ^ al-Kalbi 2015, m/s. 13-14, 25-26.
- ^ a b c Hoyland 2002, m/s. 207.
- ^ Healey 2001, m/s. 126.
- ^ Hoyland 2002, m/s. 132–136.
- ^ Neusner 2006, m/s. 295.
- ^ Teixidor 2015, m/s. 72.
- ^ a b McLaughlin 2012, m/s. 124–125.
- ^ Healey 2001, m/s. 89.
- ^ a b Drijvers 1980, m/s. 154.
- ^ Kaizer 2008, m/s. 87.
- ^ al-Kalbi 2015, m/s. 51.
- ^ al-Kalbi 2015, m/s. 9.
- ^ Hawting 1999, m/s. 92.
- ^ Paola Corrente (2013-06-26). Alberto Bernabé; Miguel Herrero de Jáuregui; Ana Isabel Jiménez San Cristóbal; Raquel Martín Hernández (penyunting). Redefining Dionysos. Walter de Gruyter. m/s. 263, 264. ISBN 9783110301328.
- ^ Sartre 2005, m/s. 18.
- ^ Taylor 2001, m/s. 126.
- ^ Taylor 2001, m/s. 145.
- ^ Rodinson 2002, m/s. 39.
- ^ Chancey 2002, m/s. 136.
- ^ Healey 2001, m/s. 169–175.
- ^ Ball 2002, m/s. 67–68.
- ^ Teixidor 1979, m/s. 36.
- ^ Drijvers 1976, m/s. 4.
- ^ Drijvers 1976, m/s. 21.
- ^ Teixidor 1979, m/s. 81.
- ^ Teixidor 1979, m/s. 82.
- ^ Teixidor 1979, m/s. 84.
- ^ Teixidor 1979, m/s. 68-69.
- ^ a b al-Kalbi 2015, m/s. 42.
- ^ AA.VV. Museo archeologico dei Campi Flegrei – Catalogo generale (vol. 2) – Pozzuoli, Electa Napoli 2008, pp. 60–63
- ^ Robin, Christian Julien, "Before Himyar: Epigraphic evidence", in {{Harvnb|Fisher|2015|pp=118}
- ^ a b Zeitlin 2007, m/s. 29.
- ^ Zeitlin 2007, m/s. 37.
- ^ a b Carmody & Carmody 2015, m/s. 135.
- ^ a b c d e f g Zeitlin 2007, m/s. 59–60.
- ^ a b c d e f g h i Zeitlin 2007, m/s. 87–93.
- ^ Shahîd 1995, m/s. 265.
- ^ Gilbert 2010, m/s. 2, 9.
- ^ a b Smart 2013, m/s. 305.
- ^ a b Holes 2001, m/s. XXIV–XXVI.
- ^ a b Holes 2001, m/s. XXIV-XXVI.
- ^ a b c Lecker 1998, m/s. 20.
- ^ a b c d e Goddard 2000, m/s. 15–17.
- ^ Berkey 2003, m/s. 44–46.
- ^ Gilman & Klimkeit 2013, m/s. 87.
- ^ Kozah & Abu-Husayn 2014, m/s. 55.
- ^ a b Houtsma 1993, m/s. 98.
- ^ Cameron 2002, m/s. 185.
- ^ a b "Nestorian Christianity in the Pre-Islamic UAE and Southeastern Arabia", Peter Hellyer, Journal of Social Affairs, volume 18, number 72, winter 2011, p. 88
- ^ "AUB academics awarded $850,000 grant for project on the Syriac writers of Qatar in the 7th century AD". American University of Beirut. 31 May 2011. Archived on 28 April 2015. Retrieved 12 May 2015.
- ^ a b Kozah & Abu-Husayn 2014, m/s. 24.
- ^ Zeitlin 2007, m/s. 35.
- ^ Robinson 2013, m/s. 76.
- ^ Sirry 2014, m/s. 46.
- ^ a b Eliade 2013, m/s. 77.
- ^ a b Watt 1956, m/s. 318.
- ^ Watt 1956, m/s. 320.
- ^ a b Sirry 2014, m/s. 47.
- ^ Lindstedt 2023, m/s. 6, n. 9.
- ^ Tardieu, Michel (2008). Manichaeism, translated by DeBevoise.
- ^ Tardieu, Michel. Les manichéens en Egypte. Bulletin de la Société Française d’Egyptologie.
- ^ "Manichaeism Activity in Arabia".
Bahawa ajaran Manikeisme telah tersebar lebih jauh ke Semenanjung Arab, hingga ke Hijaz dan Mekah, di mana ia mungkin telah menyumbang kepada pembentukan doktrin Islam, tidak dapat dibuktikan.
- ^ Garry W. Strompf & Gunner Mikkelsen (2018). The Gnostic World. Routledge. ISBN 978-1138673939.
Mungkin tuduhan zandaqa dalam laporan ini berfungsi sebagai karikatur retorik yang lewat tanpa asas sejarah, sepertimana penggunaan istilah seerti seperti 'Manikean' dan 'Gnostik' dalam kosa kata heresiografi Kristian. Jika begitu halnya, para sejarawan tidak lagi boleh merujuk kepada keterangan al-Kalbī sebagai bukti yang tidak dapat disangkal bagi penyebaran doktrin Manikean di Mekah sebelum Islam.
- ^ Ibid Strompf & Mikkelsen et al.
Tradisi ini terus bergema dalam kalangan perawi kemudian ... yang nilai mereka sebagai saksi bebas terhadap kegiatan Manikean di Mekah pada awal abad ke-7 turut diragui.
- ^ Hughes 2013, m/s. 31, 32.
- ^ Berkey 2003, m/s. 47, 48.
- ^ Crone 2005, m/s. 371.
- ^ Gelder 2005, m/s. 110.
- ^ Stefon 2009, m/s. 36.
- ^ Esposito 1999, m/s. 4.
- ^ Vaziri 2012, m/s. 91–95.
Sumber
- Armstrong, Karen (2000), Islam: A Short History, Modern Library, ISBN 978-0-8129-6618-3
- Aslan, Reza (2008), No God but God: The Origins, Evolution, and Future of Islam, Random House, ISBN 978-1-4070-0928-5
- al-Azmeh, Aziz (2017), The Emergence of Islam in Late Antiquity: Allah and His People, Cambridge University Press, ISBN 978-1-316-64155-2
- Ball, Warwick (2002), Rome in the East: The Transformation of an Empire, Routledge, ISBN 978-1-134-82387-1
- Berkey, Jonathan Porter (2003), The Formation of Islam: Religion and Society in the Near East, 600-1800, Cambridge University Press, ISBN 978-0-521-58813-3
- Bernabé, Alberto; Jáuregui, Miguel Herrero de; Cristóbal, Ana Isabel Jiménez San; Hernández, Raquel Martín, penyunting (2013), Redefining Dionysos, Walter de Gruyter, ISBN 978-3-11-030132-8
- Bukharin, Mikhail D. (2009). "Mecca On The Caravan Routes In Pre-Islamic Antiquity". Dalam Marx, Michael; Neuwirth, Angelika; Sinai, Nicolai (penyunting). The Qurʾān in Context: Historical and Literary Investigations into the Qurʾānic Milieu. Texts and Studies on the Qurʾān. 6. Leiden and Boston: Brill Publishers. m/s. 115–134. doi:10.1163/ej.9789004176881.i-864.25. ISBN 978-90-04-17688-1. ISSN 1567-2808. S2CID 127529256.
- Cameron, Averil (2002), The Mediterranean World in Late Antiquity, Routledge, ISBN 978-1-134-98081-9
- Campo, Juan E. (2009), Encyclopedia of Islam, Infobase Publishing, ISBN 978-0-8160-5454-1
- Carmody, Denise Lardner; Carmody, John Tully (2015), In the Path of the Masters: Understanding the Spirituality of Buddha, Confucius, Jesus, and Muhammad: Understanding the Spirituality of Buddha, Confucius, Jesus, and Muhammad, Routledge, ISBN 978-1-317-46820-2
- Chancey, Mark A. (2002), The Myth of a Gentile Galilee, Cambridge University Press, ISBN 978-1-139-43465-2
- Corduan, Winfried (2013), Neighboring Faiths: A Christian Introduction to World Religions, InterVarsity Press, ISBN 978-0-8308-7197-1
- Coulter, Charles Russell; Turner, Patricia (2013), Encyclopedia of Ancient Deities, Routledge, ISBN 978-1-135-96390-3
- Cramer, Marc (1979), The Devil Within, University of Michigan, ISBN 978-0-491-02366-5
- Crawford, Harriet E. W. (1998), Dilmun and Its Gulf Neighbours, Cambridge University Press, ISBN 978-0-521-58679-5
- Crone, Patricia (2005), Medieval Islamic Political Thought, Edinburgh University Press, ISBN 978-0-7486-2194-1
- El-Zein, Amira (2009), Islam, Arabs, and Intelligent World of the Jinn, Syracuse University Press, ISBN 978-0-8156-3200-9
- Doniger, Wendy, penyunting (1999), Merriam-Webster's Encyclopedia of World Religions, Merriam-Webster, ISBN 978-0-87779-044-0
- Drijvers, H. J. W (1976). van Baaren, Theodoor Pieter; Leertouwer, Lammert; Leemhuis, Fred; Buning, H. (penyunting). The Religion of Palmyra. Brill. ISBN 978-0-585-36013-3.
- Drijvers, H. J. W. (1980), Cults and Beliefs at Edessa, Brill Archive, ISBN 978-90-04-06050-0
- Eliade, Mircea (2013), History of Religious Ideas, Volume 3: From Muhammad to the Age of Reforms, University of Chicago Press, ISBN 978-0-226-14772-7
- Esposito, John (1999), The Oxford History of Islam, Oxford University Press, ISBN 978-0-19-510799-9
- Fahd, T. (2012). "Manāf". Dalam Bearman, P. J.; Bianquis, Th.; Bosworth, C. E.; van Donzel, E. J.; Heinrichs, W. P. (penyunting). Encyclopaedia of Islam (ed. 2nd). Brill. doi:10.1163/1573-3912_islam_SIM_4901. ISBN 978-90-04-16121-4.
- Fisher, Greg (2015), Arabs and Empires before Islam, OUP Oxford, ISBN 978-0-19-105699-4
- Finster, Barbara (2009). "Arabia In Late Antiquity: An Outline of The Cultural Situation In The Peninsula At The Time of Muhammad". Dalam Marx, Michael; Neuwirth, Angelika; Sinai, Nicolai (penyunting). The Qurʾān in Context: Historical and Literary Investigations into the Qurʾānic Milieu. Texts and Studies on the Qurʾān. 6. Leiden and Boston: Brill Publishers. m/s. 61–114. doi:10.1163/ej.9789004176881.i-864.21. ISBN 978-90-04-17688-1. ISSN 1567-2808. S2CID 160525414.
- Frank, Richard M.; Montgomery, James Edward (2007), Arabic Theology, Arabic Philosophy: From the Many to the One, Peeters Publishers, ISBN 978-90-429-1778-1
- Gelder, G. J. H. van (2005), Close Relationships: Incest and Inbreeding in Classical Arabic Literature, I. B. Tauris, ISBN 978-1-85043-855-7
- Gilbert, Martin (2010), In Ishmael's House: A History of Jews in Muslim Lands, McClelland & Stewart, ISBN 978-1-55199-342-3
- Gilman, Ian; Klimkeit, Hans-Joachim (2013) [1999], Christians in Asia before 1500, Routledge, ISBN 978-1-136-10978-2
- Goddard, Hugh (2000), A History of Christian-Muslim Relations, Rowman & Littlefield, ISBN 978-1-56663-340-6
- Guillaume, Alfred (1963), Islam, Cassell
- Hawting, G. R. (1999), The Idea of Idolatry and the Emergence of Islam: From Polemic to History, Cambridge University Press, ISBN 978-1-139-42635-0
- Healey, John F. (2001), The Religion of the Nabataeans: A Conspectus, Brill, ISBN 978-90-04-10754-0
- Healey, John F.; Porter, Venetia (2003), Studies on Arabia in Honour of G. Felix, Oxford University Press, ISBN 978-0-19-851064-2
- Hitti, Philip K. (1970), History of the Arabs, Macmillan, ISBN 0-333-09871-4
- Holes, Clive (2001), Dialect, Culture, and Society in Eastern Arabia: Glossary, Brill, ISBN 978-90-04-10763-2
- Houtsma, Martijn Theodoor, penyunting (1993), E.J. Brill's First Encyclopaedia of Islam, 1913-1936, Volume 5, Brill, ISBN 978-90-04-09791-9
- Hoyland, Robert G. (2002), Arabia and the Arabs: From the Bronze Age to the Coming of Islam, Routledge, ISBN 978-1-134-64634-0
- Hughes, Aaron W. (2013), "Setting the Stage: Pre-Islamic Arabia", Muslim Identities: An Introduction to Islam, Columbia University Press, m/s. 17–40, ISBN 978-0-231-53192-4
- Humphreys, R. Stephen (1991), Islamic History: A Framework for Inquiry, Princeton University Press, ISBN 978-1-85043-360-6
- Johnson, Scott Fitzgerald (2012), The Oxford Handbook of Late Antiquity, OUP USA, ISBN 978-0-19-533693-1
- Kaizer, Ted (2008), The Variety of Local Religious Life in the Near East: In the Hellenistic and Roman Periods, Brill, ISBN 978-90-04-16735-3
- al-Kalbi, Hisyam bin (2015), Book of Idols, diterjemahkan oleh Faris, Nabih Amin, Princeton University Press, ISBN 978-1-4008-7679-2
- Korotayev, A. V. (1996), Pre-Islamic Yemen: Socio-political Organization of the Sabaean Cultural Area in the 2nd and 3rd Centuries AD, Otto Harrassowitz Verlag, ISBN 978-3-447-03679-5
- Kozah, Mario; Abu-Husayn, Abdulrahim (2014), The Syriac Writers of Qatar in the Seventh Century, Gorgias Press, LLC, ISBN 978-1-4632-0355-9
- Lambton, Ann K. S.; Lewis, Bernard (1977), The Cambridge History of Islam: Volume 1A, Cambridge University Press, ISBN 978-0-521-29135-4
- Lebling, Robert (2010), Legends of the Fire Spirits: Jinn and Genies from Arabia to Zanzibar, I.B. Tauris, ISBN 978-0-857-73063-3
- Lindsay, James E. (2005), Daily Life in the Medieval Islamic World, Greenwood Publishing Group, ISBN 978-0-313-32270-9
- Lurker, Manfred (2015), A Dictionary of Gods and Goddesses, Devils and Demons, Routledge, ISBN 978-1-136-10628-6
- Lecker, Michael (1998), Jews and Arabs in Pre- and Early Islamic Arabia, Ashgate, ISBN 978-0-86078-784-6
- Leeming, David Adams (2004), Jealous Gods and Chosen People: The Mythology of the Middle East, Oxford University Press, ISBN 978-0-19-534899-6
- Lindstedt, Ilkka (2023), Muḥammad and His Followers in Context The Religious Map of Late Antique Arabia
- Maraqten, Mohammed (2015). "The Pilgrimage to the Awām Temple/Maḥram Bilqīs, Ma'rib, Yemen". Dalam Arbach, Mounir; Schiettecatte, Jérémie (penyunting). Pre-Islamic South Arabia and its Neighbours: New Developments of Research. Archaeopress. m/s. 107–133.
- Maraqten, Mohammed (2021). "The Pilgrimage to the Awām Temple/Maḥram Bilqīs, Ma'rib, Yemen". Dalam Hatke, George; Ruzicka, Ronald (penyunting). South Arabian Long-Distance Trade in Antiquity. Cambridge Scholars Publishing. m/s. 430–462.
- McAuliffe, Jane Dammen (2006), The Cambridge Companion to the Qur'an, Cambridge University Press, ISBN 978-0-521-53934-0
- McLaughlin, John L. (2012), The Ancient Near East, Abingdon Press, ISBN 9789004687127
- Meyer-Hubbert, Katarzyna Aleksandra (2016), Un(Rein) zum Gebet? Zu den islamischen Religionsnormierungen des Ortes, der Kleidung und der Intention in ihrem interkulturellen Entstehungsraum, Hochschule des Bundes für öffentliche Verwaltung
- Mir, Mustansir (2006). "Polytheism and Atheism". Dalam McAuliffe, Jane Dammen (penyunting). Encyclopaedia of the Qurʾān. IV. Leiden and Boston: Brill Publishers. doi:10.1163/1875-3922_q3_EQCOM_00151. ISBN 978-90-04-14743-0.
- Mouton, Michel; Schmid, Stephan G. (2014), Men on the Rocks: The Formation of Nabatea Petra, Logos Verlag Berlin GmbH, ISBN 978-3-8325-3313-7
- Munt, Harry (2015). "Pilgrimage in Pre-Islamic Arabia and Late Antiquity". Dalam Tagliacozzo, Eric; Toorawa, Shawkat (penyunting). The Hajj: Pilgrimage in Islam. Cambridge University Press. m/s. 13–30.
- Neusner, Jacob (2006), Jeremiah in Talmud and Midrash: A Source Book, University Press of America, ISBN 978-0-7618-3487-8
- Nicolle, David (2012), The Great Islamic Conquests AD 632-750, Osprey Publishing, ISBN 978-1-78096-998-5
- Peters, Francis Edward (1994a), Mecca: A Literary History of the Muslim Holy Land, Princeton University Press, ISBN 978-0-691-03267-2
- Peters, Francis Edward (1994b), Muhammad and the Origins of Islam, SUNY Press, ISBN 978-0-7914-1875-8
- Peters, Francis Edward (2003), Islam, a Guide for Jews and Christians, Princeton University Press, ISBN 978-0-691-11553-5
- Peters, Francis E. (2017), The Arabs and Arabia on the Eve of Islam, Routledge, ISBN 9781351894791
- Peterson, Daniel C. (2007), Muhammad, Prophet of God, Wm. B. Eerdmans Publishing, ISBN 978-0-8028-0754-0
- Phipps, William E. (1999), Muhammad and Jesus: A Comparison of the Prophets and Their Teachings, A&C Black, ISBN 978-0-8264-1207-2
- Robin, Christian Julien (2006). "South Arabia, Religions in Pre-Islamic". Dalam McAuliffe, Jane Dammen (penyunting). Encyclopaedia of the Qurʾān. V. Leiden: Brill Publishers. doi:10.1163/1875-3922_q3_EQCOM_00189. ISBN 90-04-14743-8.
- Robin, Christian Julien (2018). "Marib et Makka : deux pèlerinages de l'Arabie préislamique qui se tenaient à la veille de l'équinoxe de printemps". Graeco-Arabica, 12, 2017 (= 13th Internat. Congress on Graeco-Oriental and African Studies, Proceedings). Herodotus. m/s. 661–673.
- Robinson, Neal (1991). Christ in Islam and Christianity: The Representation of Jesus in the Qur'an and the Classical Muslim Commentaries. Albany, New York: SUNY Press. ISBN 978-0-7914-0558-1. S2CID 169122179.
- Robinson, Neal (2013), Islam: A Concise Introduction, Routledge, ISBN 978-1-136-81773-1
- Rodinson, Maxime (2002), Muhammad: Prophet of Islam, Tauris Parke Paperbacks, ISBN 978-1-86064-827-4
- al-Sa'ud, 'Abd Allah Sa'ud (2011), Central Arabia During the Early Hellenistic Period, King Fahd National Library, ISBN 978-9-960-00097-8
- Sartre, Maurice (2005), The Middle East Under Rome, Harvard University Press, ISBN 978-0-674-01683-5
- Seidensticker, Tilman (2009). "Sources For The History of Pre-Islamic Religion". Dalam Marx, Michael; Neuwirth, Angelika; Sinai, Nicolai (penyunting). The Qurʾān in Context: Historical and Literary Investigations into the Qurʾānic Milieu. Texts and Studies on the Qurʾān. 6. Leiden and Boston: Brill Publishers. m/s. 293–322. doi:10.1163/ej.9789004176881.i-864.66. ISBN 978-90-04-17688-1. ISSN 1567-2808. S2CID 161557309.
- Shahîd, Irfan (1995), Byzantium and the Arabs in the Sixth Century, Dumbarton Oaks, ISBN 978-0-88402-284-8
- Sirry, Mun'im (2014), Scriptural Polemics: The Qur'an and Other Religions, Oxford University Press, ISBN 978-0-19-935937-0
- Smart, J. R. (2013) [1996], Tradition and Modernity in Arabic Language and Literature, Psychology Press, ISBN 978-0-7007-0411-8
- Stefon, Matt (2009), Islamic Beliefs and Practices, The Rosen Publishing Group, Inc., ISBN 978-1-61530-017-4
- Stein, Peter (2009). "Literacy In Pre-Islamic Arabia: An Analysis of The Epigraphic Evidence". Dalam Marx, Michael; Neuwirth, Angelika; Sinai, Nicolai (penyunting). The Qurʾān in Context: Historical and Literary Investigations into the Qurʾānic Milieu. Texts and Studies on the Qurʾān. 6. Leiden and Boston: Brill Publishers. m/s. 255–280. doi:10.1163/ej.9789004176881.i-864.58. ISBN 978-90-04-17688-1. ISSN 1567-2808. S2CID 68889318.
- Sykes, Egerton (2014), Who's Who in Non-Classical Mythology, Routledge, ISBN 978-1-136-41437-4
- al-Tabari, Muhammad bin Jarir (1990), The Last Years of the Prophet, diterjemahkan oleh Husayn, Isma'il Qurban, State University of New York Press, ISBN 978-0-88706-691-7
- Taylor, Jane (2001), Petra and the Lost Kingdom of the Nabataeans, I. B. Tauris, ISBN 978-1-86064-508-2
- Teixidor, Javier (1979), The Pantheon of Palmyra, Brill Archive, ISBN 978-90-04-05987-0
- Teixidor, Javier (2015), The Pagan God: Popular Religion in the Greco-Roman Near East, Princeton University Press, ISBN 978-1-4008-7139-1
- Vaziri, Mostafa (2012). Buddhism in Iran: An Anthropological Approach to Traces and Influences. Palgrave Macmillan.
- Waardenburg, Jean Jacques (2003), "The Earliest Relations of Islam with Other Religions: The Meccan Polytheists", Muslims and Others: Relations in Context, Religion and Reason, 41, Berlin: De Gruyter, m/s. 89–91, doi:10.1515/9783110200959, ISBN 978-3-11-017627-8
- Watt, W. Montgomery (1956), Muhammad At Medina, Oxford At The Clarendon Press, m/s. 318
- Wheatley, Paul (2001), The Places Where Men Pray Together: Cities in Islamic Lands, Seventh Through the Tenth Centuries, University of Chicago Press, ISBN 978-0-226-89428-7
- Zeitlin, Irving M. (2007), The Historical Muhammad, Polity, ISBN 978-0-7456-3999-4