- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1660. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1660 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
1660 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
- 1 Januari - Kolonel George Monck dengan rejimennya melintasi desa Coldstream dari Scotland ke England, dan bergerak ke London untuk menyokong Pengembalian Inggeris. Samuel Pepys memulakan buku hariannya.
- 2 Februari – George Monck dan rejimennya tiba di London.
- 23 Februari - Charles XI menjadi raja Sweden.
- 27 Februari – John Thurloe dikembalikan jawatan sebagai Menteri England buat satu tempoh yang singkat.
- 16 Mac - Parlimen Panjang dibubarkan.
- 8 Mei - Parlimen England mengisytiharkan Putera Charles Stuart sebagai Raja Charles II dari England.
- 15 Mei - John Thurloe ditangkap kerana penderhakaan selepas Pengembalian Inggeris.
- 23 Mei - Raja Charles II dari England tiba di pantai Kemaharajaannya.
- 25 Mei – Charles II dari England dimahkotai.
- 29 Mei - Raja Charles II dari England tiba di London untuk naik takhta dan dengan itu, menandakan permulaan Pengembalian Inggeris.
- 29 Jun - John Thurloe dibebaskan.
- 17 Oktober - Sepuluh orang Pembunuh Raja yang menandatangani waran kematian Charles I dibelah empat, suatu proses yang melibatkan pengeluaran isi perut dan pembakarannya di hadapan mata mereka.
- 28 November - Di Kolej Gresham, 12 orang lelaki, termasuk Christopher Wren, Robert Boyle, John Wilkins, dan Sir Robert Moray, bertemu selepas syarahan Wren dan memutuskan untuk mengasaskan "sebuah Kolej untuk Mempromosikan Pembelajaran Uji Kaji Fizik-Matematik" (kemudian dikenali sebagai Persatuan Diraja).
Tarikh tidak diketahui
- Teater-teater dibuka semula di England – Margaret Hughes muncul buat pertama kali sebagai seniwati pertama untuk peranan Desdemona dalam Othello.
- Surat-surat Provinsi Blaise Pascal, pertahanan untuk pengikut Jansenisme, Antoine Arnauld, dititahkan dinyiat-nyiat dan dibakar oleh Raja Louis XIV dari Perancis.
- Sweden mendapat kembali provinsi-provinsi selatannya daripada Denmark.
- Pengusiran orang asli Carib dari Martinique oleh angkatan tentera pendudukan Perancis.
- Sekolah Hopkins diasaskan.
Kelahiran
- Januari - Pierre Helyot, ahli sejarah Perancis (maut 1716)
- 19 Februari - Friedrich Hoffmann, pakar perubatan dan ahli kimia Jerman (maut 1742)
- 15 Mac - Olof Rudbeck si Lebih Muda, ahli sains dan penjelajah Sweden (maut 1740.)
- 16 April - Hans Sloane, pakar perubatan British (maut 1753)
- 2 Mei - Alessandro Scarlatti, penggubah Itali (maut 1725)
- 20 Mei - Andreas Schlüter, pengarca Jerman (maut 1714)
- 28 Mei - Raja George I dari Great Britain (maut 1727)
- 29 Mei - Sarah Churchill, Duchess Marlborough, kawan Inggeris Ratu Anne dari England (maut 1744)
- 24 Julai - Charles Talbot, Duke Pertama Shrewsbury, ahli politik Inggeris (maut 1718)
- September - Daniel Defoe, penulis Inggeris (maut 1731)
- 20 Oktober - Robert Bertie, Duke Pertama Ancaster dan Kesteven, negarawan Inggeris (maut 1723)
- 21 Oktober - Georg Ernst Stahl, pakar perubatan dan ahli kimia Jerman (maut 1734)
- 15 November - Hermann von der Hardt, ahli sejarah Jerman (maut 1746)
- 20 November - Daniel Ernst Jablonski, ahli teologi Jerman (maut 1741)
- 4 Disember - André Campra, penggubah Perancis (maut 1744)
Kematian
- Philip Skippon, askar Inggeris
- 2 Februari - Govert Flinck, pelukis Belanda (lahir 1615)
- 2 Februari - Gaston, Duke of Orléans, ahli politik Perancis (lahir 1608)
- 13 Februari - Raja Charles X dari Sweden (lahir 1622)
- 25 April - Henry Hammond, paderi Inggeris (lahir 1605)
- 30 April - Petrus Scriverius, penulis Belanda (lahir 1576)
- 29 Mei - Frans van Schooten, ahli matematik Belanda (lahir 1615)
- 1 Jun - Mary Dyer, Quaker Inggeris (digantung) (lahir k.k. 1611)
- 30 Jun - William Oughtred, ahli matematik Inggeris (lahir 1575)
- 6 Ogos - Diego Velásquez, pelukis Sepanyol (lahir 1599)
- 12 September - Jacob Cats, pemuisi, pakar undang-undang, dan ahli politik Belanda (lahir 1577)
- 27 September - Vincent de Paul, santo Perancis (lahir 1580)
- 4 Oktober - Francesco Albani, pelukis Itali (lahir 1578)
- 6 Oktober - Paul Scarron, penulis Perancis (lahir 1610)
- 14 Oktober - Thomas Harrison, askar Britishr (lahir 1606)
- 17 Oktober - Adrian Scrope, pembunuh raja Inggeris (lahir 1601)
- 5 November - Lucy Hay, Countess of Carlisle, sosialit Inggeris (lahir 1599)
- 5 November - Alexandre de Rhodes, mubaligh Jesuit Perancis (lahir 1591)
- 1 Disember - Pierre d'Hozier, ahli sejarah Perancis (lahir 1592)
- 22 Disember - André Tacquet, ahli matematik Belgium (lahir 1612)