Zul Helmy | |
|---|---|
| Kelahiran | Mohamad Zul Helmi bin Abdullah 8 Jun 1994 |
| Nama lain | Zul Helmy |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2016–kini |
Mohamad Zul Helmi Abdullah (lahir 8 Jun 1994) ialah seorang pelakon dan model Malaysia, berasal dari Kulim, Kedah.[1]
Kerjayanya bermula di bawah produksi Osman Ali. Seterusnya, mengorak langkah sebagai pelakon dibawah arahan Michael Ang. Beliau merupakan anak sulung dari 4 adik beradik dimana semuanya lelaki.
Bermula daripada watak kecil, beliau kini lebih dikenali melalui watak sebagai Hairuddin dalam drama arahan Michael, Setelah Terlafaznya Akad dan Abang Chaq dalam drama arahan Osman, Isteri Bukan Untuk Disewa yang keduanya merupakan drama adaptasi novel. Beliau berketinggian 178 cm ini merupakan graduan Diploma Kejuruteraan Perisian ( Sofware Engineering ) dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. Farid Kamil, Zul Huzaimy dan Zamarul Hisham ialah inspirasi beliau untuk menceburi bidang lakonan.
Filemografi
Filem
- Pinjamkan Hatiku (2017)
- The Last Nyonya Santorini (2018)
Drama
- Kerna Syurga Bukan Percuma (2017)
- Bila Aidil Ada Fitri (2018)
- Isteri Bukan Untuk Disewa (2018)
- Setelah Terlafaznya Akad (2019)
- Setelah Ku Dimiliki (2019)
- Jalan Sesat Ke Syurga (2020)
- Man Tranform (2021)
- Sepi Tanpa Cinta (2022)
Telefilem
- Bidadari (2016)
- Sirat Al Mustaqeem (2017)
- Kuntom (2017)
- Teksi Love (2017)
- Cincin Belah Rotan (2019
- Puyah & Putat (2020)
- Sinar Yang Dinanti (2020)
- Hidayah Bukan Milik Kita (2021)
Anugerah
| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Lelaki Popular | Tercalon |








