Zuhrah bin Kilab bin Murrah[1] merupakan saudara (adik) kepada Qusai bin Kilab yang menurunkan Bani Zuhrah.
Bani Zuhrah merupakan sebahagian dari kaum kerabat Nabi Muhammad ﷺ dari jalur ibu baginda iaitu Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah, jadi kaitan nasab kedua orang tua Nabi Muhammad ﷺ sebenarnya bertemu pada Kilab bin Murrah.
Tokoh-tokoh Bani Zuhrah pada zaman Nabi Muhammad yang terkenal antara lain iaitu Al-Akhnas bin Syuraiq Ats-Tsaqafi Az-Zuhry, Abdurrahman bin Auf Az-Zuhry, Sa'ad bin Abi Waqqas Az-Zuhry.