Konsep zon kehidupan (atau zon hidup) dibangkitkan oleh C. Hart Merriam pada 1889 di mana ia membawa maksud menerangkan kawasan yang mempunyai komuniti haiwan dan tumbuhan yang serupa. Merriam memerhatikan bahawa perubahan dalam komuniti ini dengan peningkatan dalam garis lintang pada ketinggian yang tetap adalah serupa dengan perubahan dilihat dengan peningkatan dalam ketinggian pada garis lintang yang berterusan.[1]
Zon kehidupan yang dikenal pasti oleh Merriam kebanyakannya terpakai untuk bahagian barat benua Amerika Utara, yang dirujuk kepada Banjaran San Francisco, Arizona dan Banjaran Cascade di barat laut Amerika Syarikat. Beliau cuba membangunkan sistem yang boleh dipakai untuk keseluruhan benua Amerika Utara tetapi sistem itu jarang disebut.
Sistem Merriam
Zon kehidupan yang telah dikenal pasti oleh Merriam dengan ciri-ciri tumbuhan adalah seperti yang berikut:
- Sonora Hilir (gurun rendah, panas): semak kreosot (Larrea tridentata), pokok Joshua/pokok yucca (Yucca brevifolia)
- Sonora Hulu (padang rumput gurun atau caparal): tumbuhan sagebrush, oak belukar (Quercus turbinella), pinyon Colorado (Pinus edulis), juniper Utah (Juniperus osteosperma)
- Peralihan (hutan kayu terbuka): pain ponderosa (Pinus ponderosa)
- Kanada (hutan fir): fir Douglas Pergunungan Rocky (Pseudotsuga menziesii var. glauca), aspen
- Hudson (hutan spruce): spruce Engelmann (Picea engelmannii), pain bristlecone Pergunungan Rocky (Pinus aristata)
- Artik-Alp (lepan alp atau tundra): liken, rumput
Zon kehidupan Kanada dan Hudson biasanya digabungkan kepada zon kehidupan Boreal.
Lihat juga
Rujukan
- ^ McColl, R.W. (2005). Encyclopedia of World Geography. 1. Infobase Publishing. m/s. 961. ISBN 9780816072293.