
Zee Zainal merupakan seorang pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia yang lebih dikenali rapat melalui Karnival Hom Heboh anjuran Media Prima.
Zee Zainal | |
|---|---|
| Kelahiran | Mohamad Zaharudin bin Zainal Abidin 1 Ogos 1991 |
| Warganegara | |
| Pekerjaan | pelakon, pelawak, pengacara |
| Tahun aktif | 2014 – kini |
| Pasangan | Noor |
| Anak-anak | 2 |
Kini, beliau bergiat aktif di belakang tabir sebagai seorang pengarah juga seorang lembaga pengarah syarikat produksi Film Cartel Empire Sdn. Bhd.
Kehidupan awal
Zee Zainal anak kelahiran Temerloh, Pahang dilahirkan ada bulan Ogos 1991 dan menamatkan pelajarannya dalam bidang perfileman di UiTM Puncak Perdana pada tahun 2014.
Mula berkecimpung dalam bidang seni lakonan selepas tamatnya Bintang Mencari Bintang 2. Bakat Zee Zainal dicungkil sebagai pelawak melalui program realiti Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 di TV3 sebagai kumpulan Tokan pada tahun 2014.
Kerjaya
Lakonan
Lakonan pertama Zee Zainal dapat dilihat dalam Inikah Cinta yang telah disiarkan di Slot Dahlia, TV3 pada 31 Januari 2016 bersama Niezam Zaidi, Farah Nabila & Aweera di bawah produksi Uniutama Management Holding. Seterusnya, Zee Zainal diberi kepercayaan melakonkan watak utama dalam Abang Sado Boleh Beres di slot Iris, TV3 di bawah produksi A.Aida Production bersama para pelakon seperti Julia Ziegler, Acap Jamaludin, Sabhi Saddi & Ezzaty Abdullah.
Menerusi bakat yang ada, Zee Zainal muncul lagi dalam sebuah drama bersiri seram komedi, Misteri Wan Peah bersama Acap Jamaludin, Faiz Tapaw, Arif Aziz & Sherry Al Hadad. Drama Misteri Wan Peah merupakan pembuka drama bagi slot terbaharu TV3 yang dipanggil slot Seramedi. Drama Seramedi ini berjumlah 20 episod ini mula ditayangkan pada 13 Februari 2017 berada di bawah produksi JS Pictures turut dibintangi Normah Damanhuri, Sweet Qismina, Usop Wilcha & Delimawati. Drama ini juga telah berjaya menambat hati penonton dengan meraih 10 juta tontonan.
Lakonan Zee Zainal dicungkil lagi menerusi beberapa lagi telemovie di bawah Media Prima seperti:
| Stesen TV | Tajuk Drama | Senarai Pelakon | Watak |
|---|---|---|---|
| TV3 | Inikah Cinta | Farah Nabilah, Niezam Zaidi, Aweera, Kazar | Muzammil (Pembantu) |
| TV3 | Abang Sado Boleh Beres | Sabhi Saddi, Julia Ziegler, Ezzaty Abdullah | Fariz (Utama) |
| TV3 | Misteri Wan Peah | Normah Damanhuri, Sweet Qismina, Usop Wilcha | Lie Kelubi (Utama) |
| TV3 | Wan Peah Balik Beraya | Normah Damanhuri, Janna Nick, Bell Ngasri | Lie Kelubi (Utama) |
| TV9 | Telemovie Bini Muda | Aishah Azman, Nina Iskandar | Man Loya (Utama) |
| TV3 | Cikgu Papa Kirim Salam | Amar Asyraf, Liyana Jasmay | Paan (Pembantu) |
| TV3 | Penunggu Simpang | Aiman Tino, Jaja Ilyes, Kazar | Pekerja Kontrak 2 (Pembantu) |
| TV3 | Kariah Cak Pong | Razak Ahmad, Kazar Saisi, Shamsul Ghau Ghau | Murad Mikael (Pembantu) |
| TV3 | Telemovie Tragedi Balik Kampung | Syazwan Zulkifly, Ku Hariz | Pian (Utama) |
Pengacaraan
Selain bergiat aktif dalam bidang lakonan, Zee Zainal juga dikenali ramai sebagai pengacara atau emcee untuk Karnival Jom Heboh anjuran TV3 berturut-turut dari tahun 2015 hingga 2019. Zee dan pasangannya, Acap Jamaludin sering digandingkan untuk menghiburkan booth 'Cerekarama' di setiap lokasi Jom Heboh. Mereka juga pernah mengelolai Drama Sangat Bus Tour yang juga dianjurkan oleh TV3.
Teater
Zee Zainal dilihat turut menceburi bidang teater dimana beliau telah menyertai pertandingan Festival Teater Kuala Lumpur & Selangor. Melalui watak Pian dalam teater "Ter ...", pasukan teater BAKAT MY telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan tersebut yang telah diadakan di JKKN KL.
Anugerah Skrin 2017: Mencipta Fenomena
| Tahun | Anugerah | Kategori | Karya Tercalon | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2017 | Anugerah Skrin 2017 | Pelakon Komedi Terbaik | Misteri Wan Peah | Tercalon |
Belakang Tabir/Produksi
Mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam industri belakang tabir, Zee Zainal kini sedang bergiat aktif sebagai seorang pengarah, director of photography juga penulis skrip di bawah syarikat produksi bernama Film Cartel Empire Sdn. Bhd.
Antara salah satu hasil kreatif Zee Zainal dapat dilihat dalam travelog Mosaics of Balkan di TV OKEY yang dihoskan oleh Anwaf Afiq. Selain itu, Film Cartel Empire juga bergiat aktif dalam menerbitkan pelbagai iklan tv, video muzik, program tv dan drama tv.
| Tajuk Projek | Jawatan | Pautan |
|---|---|---|
| TV Okey - Mosaics of Balkan | Pengarah | Mosaics of Balkan TV Okey |
| MV Syurgaku - Balan Kash ft. Faizal Tahir | MV Balan Kash ft, Faizal Tahir - Syurgaku | |
| MV Cinta Kayangan - Razzuan Rosli | MV Razzuan Rosli - Cinta Kayangan | |
| Pusat Pungutan Zakat MAIWP- Iklan Raya Alisya | Iklan Raya PPZ - Alisya | |
| FINAS Malaysia - Iklan Pemerdagangan Kanak-Kanak | Iklan Kempen Kesedaran Pemerdagagan Kanak-Kanak | |
| Tourism Pahang - Iklan Raya Sebenar | Iklan Tourism Pahang - Raya Sebenar | |
| Petaling Jaya City Counsil (MBPJ) - Iklan Raya Untuk Mak | FIlem Pendek Raya Untuk Mak |



Rujukan
- Respons positif, Khalid Nadzri puas hati
- Niezam-Zee Seri Slot Dahlia
- BH Plus - Impak Misteri Wan Peah
- Niezam & Zee (Muzammil & Muammar)
- Misteri Wan Peah catat 10 juta penonton
- Misteri Wan Peah bersambung








