Zarya (Rusia: Заря́ ; harfiah fajar), juga dikenali sebagai Blok Kargo Fungsional, FGB (daripada bahasa Rusia: "Функционально-грузовой блок ", [Funktsionalno-gruzovoy blok] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) atau ФГБ), ialah modul Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) International Space Station]] yang pertama dilancarkan.[1] FGB membekalkan tenaga elektrik, tempat penstoran, kuasa pendorong dan pandu arah untuk ISS pada tahap pembinaan permulaan. Dengan pelancaran dan pembinaan modul-modul lain memiliki fungsi lebih khusus, Zarya sekarang digunakan untuk penstoran di dalam runag dalam dan juga tangki bahan api diluar. Zarya terbitan daripada Kapal angkasa TKS yang direka untuk program Salyut Rusia. Nama "Zarya" diberikan kepada FGB kerana nama itu membayangkan fajar baru dalam kerjasama antarabangsa di angkasa lepas. Walaupun modul ini dibina sebuah syarikat Rusia, ia dimiliki Amerika Syarikat.[2]
Rujukan
- ^ NASA, International Space Station, Zarya module (accessed 27 Sept. 2010)
- ^ Zak, Anatoly (15 October 2008). "Russian Segment: Enterprise". RussianSpaceWeb. Dicapai pada 4 August 2012.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.