Profesor Dato' Sri Dr Zaleha Kamaruddin | |
---|---|
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | |
Dalam jawatan 2011–2018 | |
Canselor | Sultan Haji Ahmad Shah |
Didahului oleh | Syed Arabi Idid |
Digantikan oleh | Dzulkifli Abdul Razak |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 26 November 1961 |
Zaleha Kamaruddin ialah seorang profesor undang-undang di Malaysia. Beliau ialah HakimMahkamah Rayuan Syariah Terengganu sejak 2017. Beliau pernah menjadi Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kelima dari 11 Ogos 2011 hingga 2018. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Latar belakang dan pendidikan
Zaleha dilahirkan di Raub, Pahang. Beliau menamatkan ijazah sarjana muda undang-undang (LLB) dari Universiti Malaya pada 1985. Kemudian beliau memperoleh ijazah sarjana dalam undang-undang perbandingan pada 1988 dari UIAM dan memperoleh diploma lanjutan dalam undang-undang dan amalan syariah di universiti sama pada 1989. Kemudian,beliau menyambung pengajian lebih tinggi dan memperoleh Ijazah Kedoktoran (Undang-Undang) dari Universiti London pada 1994.[1]
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya sebagai peguam pada 1985. Beliau pernah menjadi Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM.
Beliau berkhidmat di IKIM selama dua tahun secara pinjaman berkuatkuasa 2 Ogos 2009 hingga 1 Ogos 2011 menggantikan Nik Mustapha Nik Hassan yang dilantik Ketua Pengarah IKIM.
Kerjaya bermula sebagai Penolong Pensyarah di Kuliyyah Undang-Undang UIAM pada tahun 1985 dan kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Kuliyyah yang sama pada tahun 1988. Beliau pernah menjadi Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan dekan Pusat Penyelidikan UIAM.
Rektor UIAM
Prof Dr Zaleha dilantik menggantikan Datuk Seri Prof Syed Arabi Idid yang tamat sebagai Rektor UIAM pada 1 Jun 2011.
Hasil penyelidikan
Beliau banyak menghasilkan buku, artikel dan penyelidikan berkaitan undang-undang dan juga memberi khidmat perundingan kepada kementerian, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).[2]
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu
Beliau telah dilantik sebagai wanita pertama sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu pada 16 Oktober 2017.[3]
Anugerah dan pengiktirafan
Pahang
- Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (2007)
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2011)
Selangor
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) - Datin Paduka (2007)
Rujukan
- ^ "PROF. DATO' SRI DR. ZALEHA KAMARUDIN" (PDF).
- ^ Zaleha Kamaruddin dilantik Rektor UIAM
- ^ Rektor UIAM dilantik Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Berita Harian 16 Oktober 2017