Yōkai (妖怪 , bermaksud "curiga", "misteri", atau "tidak masuk akal") merupakan makhluk dan semangat halus dipercayai dalam kalangan masyarakat Jepun yang berupa pelbagai rupa baik menyerupai haiwan mahupun manusia.
Secara umum, Yōkai mempunyai kuasa ghaib atau spiritual yang mana pertembungan mereka dengan manusia dianggap merbahaya. Yōkai juga memiliki perwatakan berbeza daripada manusia yang seringkalinya sukar untuk difahami.
Gambaran umum
Sesetengah yōkai cuba untuk mengelak daripada bertemu dengan manusia; mereka umumnya menduduki kawasan-kawasan terpencil yang jauh daripada kediaman manusia. Yōkai yang lain pula, malangnya, memilih untuk tinggal berdekatan kawasan petempatan manusia atas sifat mereka yang tertarik kepada manusia; mereka mungkin tertarik kepada ciri-ciri kediaman manusia yang selesa dan panas, ataupun minyak yang digunakan manusia untuk mencipta api. Yōkai secara tradisionalnya dikaitkan dengan api, arah timur laut serta musim panas, ketika mana waktu ini dunia manusia adalah paling dekat dengan dunia ghaib. Yōkai dan obake seringkali digambarkan dalam penyamaran yang melucukan namun tetap mengerikan.
Ahli pengkaji budaya rakyat Jepun dan sejarawan menggunakan istilah yōkai sebagai "fenomena ajaib atau ghaib kepada pemberi maklumat".
Sejarah
Catatan pertama mengenai keberadaan makhluk halus ini mula muncul dalam Shoku Nihongi menerangkan upacara penyucian istana disebabkan yōkai (大祓、宮中にしきりに、妖怪あるためなり), namun ia ditafsirkan umum sebagai "fenomena ajaib".
Pada Zaman Edo, ramai artis, seperti Toriyama Sekien, telah mencipta yōkai yang dirujuk daripada budaya rakyat ataupun menerusi buah fikiran mereka sendiri, dan pada masa kini kebanyakan daripada yōkai ciptaan mereka ini (misalnya Kameosa dan Amikiri) tidak dianggap sekadar legenda.[perlu rujukan]
Perkembangan teknologi percetakan mewujudkan terbitan-terbitan yang memberikan gambaran jelas terhadap raksasa dan makhluk yang sebelum ini hanya disebutkan dalam tulisan; buku bergambar seperti kibyoshi (黄表紙)[1] amat dikenali pada waktu ini. Gambaran-gambaran yokai turut menghiasi permainan seperti karuta sehingga dibiasakan dalam kalangan masyarakat luar lingkungan kuil lalu terkurangnya rasa gerun seperti yang dialami generasi-generasi sebelumnya[2]
Jenis
Yokai sering juga dikelaskan kepada beberapa kelompok termasuk:
Lihat juga
- Yaoguai
- Kappa
- Tengu
- Yūrei
- Oni
- Obake
- Shigeru Mizuki
- Kijimunaa dan makhluk-makhluk legenda lain dari Kepulauan Ryukyu
- Onryō
- Senarai makhluk-makhluk legenda dalam mitologi Jepun
Rujukan
- ^ 草双紙 といわれる 絵本 で、ジャンルごとにより表紙が色分けされていた。黄表紙は大人向けのもので、その他に赤や青がある。
- ^ 湯本豪一 (2008). "遊びのなかの妖怪". Dalam 講談社コミッククリエイト編 (penyunting). DISCOVER妖怪 日本妖怪大百科. KODANSHA Official File Magazine. VOL.10. 講談社. m/s. 30–31頁. ISBN 978-4-06-370040-4.
|volume=
has extra text (bantuan) - ^ 北原保雄他編 (1976). 日本国語大辞典. 第12巻 (ed. 第2版). 小学館. m/s. 1361. ISBN 978-4-09-522012-3.
- ^ 松村明編 (2006). 大辞林 大辞林 (ed. 第3版). 三省堂. m/s. 2531. ISBN 978-4-385-13905-0.
Pautan luar
- (Inggeris) Youkai dan Kaidan (Fail PDF)
- (Inggeris) The Obakemono Project