Amaterasu (天照 ), Amaterasu-ōmikami (天照大神/天照大御神/天照皇大神 ), atau Ōhirume-no-muchi-no-kami (大日孁貴神 ) ialah dewi kitaran mitos Jepun dan juga dewi utama (kami) agama Shinto. Dia dilihat sebagai dewi matahari dan alam semesta. Nama Amaterasu terbit daripada Amateru yang bermakna "bersinar di syurga". Makna penuh namanya, Amaterasu-ōmikami, ialah "dewi yang maha agung yang bersinar di syurga".[N 1] Menurut babad Kojiki dan Nihon Shoki dalam mitologi Jepun, Maharaja Jepun dianggap keturunan langsung Amaterasu.
Lihat juga
- Himiko
- Shinto dalam budaya popular
- Sól
- Surya
- Vairocana
- Zalmoxis
- Ōkami Amaterasu, watak fiksyen dari permainan video Ōkami
Nota
Cari Amaterasu dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |