| Yakshi | |
|---|---|
| Gabungan | Dewi |

Yakshinis atau Yakshis ( Sanskrit: यक्षिणी , IAST: Yakṣinī or Yakṣī) ialah kelompok makhluk gaib atau sejenis roh alam semula jadi perempuan dalam mitologi agama Hindu, Buddha, dan Jain .Mahkhluk ini berbeza daripada Dewa dan Asura dan Gandarwa atau Bidadari . Yakshini dan pasangan lelakinya iaitu , Yaksha, merupakan antara kumpulan makhluk paranormal yang dikaitkan dengan hutan suci India yang berusia berabad-abad. Yakshi juga ditemui dalam legenda tradisional suku kaum India Timur Laut, legenda kuno Kerala, serta dalam cerita rakyat Muslim Kashmir . Sikhisme turut menyebut Yakshi dalam teks sucinya. [3]
Yakshi yang berkelakuan baik dan bersifat jinak dipuja sebagai dewa penaung, [4] mereka adalah pengirim kepada Kubera, bendahara para dewa, dan juga dewa kekayaan Hindu yang memerintah kerajaan Himalaya Alaka . Terdapat juga yakshinis yang jahat dan nakal dengan tingkah laku seakan-akan poltergeist, [4] yang boleh menghantui dan mengutuk manusia . [5]
Pohon ashoka mempunyai kait rapat dengan yakshinis. Gadis muda di kaki pohon itu merupakan motif kuno yang melambangkan kesuburan di benua kecil India . [6] Salah satu elemen berulang dalam seni India,ia sering dijumpai sebagai penjaga pintu di kuil Buddha dan Hindu kuno, ialah yakshini dengan kakinya di atas batang pokok dan tangannya memegang dahan pohon ashoka berbunga yang bergaya atau kadang-kadang juga pokok lain yang mempunyai bunga atau buah.
Dalam agama Hindu
Dalam Uddamareshvara Tantra, tiga puluh enam yakshini dihuraikan, termasuk dengan mantra dan tata cara ritualnya. Senarai serupa mengenai yaksha dan yakshinis turut diberikan dalam Tantraraja Tantra, yang menyatakan bahawa makhluk ini adalah pemberi apa sahaja yang diinginkan . Mereka merupakan penjaga harta yang tersembunyi di dalam bumi .
36 Yakshini
# Vichitra (Si Jelita)
# Vibhrama (Si Penuh Asmara)
# Hamsi (Yang bersama angsa)
# Bhishani (Si Menakutkan)
# Janaranjika (Yang Mempersona)
# Vishala (Si Bermata Besar)
# Madana (Si bernafsu)
# Ghanta
# Kalakarni
# Mahabhaya (Amat Menakutkan)
# Mahendri (Amat Perkasa)
# Shankhini
# Chandri (Gadis Bulan)
# Shmashana (Gadis Tanah Kubur)
# Vatayakshini
# Mekhala (Ikatan CInta)
# Vikala
# Lakshmi (Kekayaan)
# Malini (Gadis Bunga )
# Shatapatrika
# Sulochana
# Shobha
# Kapalini
# Varayakshini
# Nati
# Kameshvari
# Dhana yakshini
# Karnapisachi
# Manohara
# Pramoda (Harum/Wangi)
# Anuragini
# Nakhakeshi
# Bhamini
# Padmini
# Svarnavati:
# Ratipriya (Pencinta Kasih)
Dalam Jainisme
Dalam Jainisme, terdapat dua puluh lima yakshi, termasuk Panchanguli, Chakreshvari, Ambika, dan Padmavati, yang sering diwakili di kuil Jain. [7] Masing-masing dianggap sebagai dewi penjaga.
yakshi lagenda dari selatan India

Dalam kesusasteraan dan cerita rakyat Kerala, yakshi secara umumnya tidak dianggap mahkluk yabg baik hati. Banyak cerita rakyat memaparkan wanita yang dibunuh dilahirkan semula sebagai yakshi yang pendendam [3]
Chempakavally Ammal dan Neelapilla Ammal
Menurut sebuah legenda dari Thekkalai, Nagercoil di Tamil Nadu, sepasang adik-beradik perempuan yang cantik bernama Chempakavally dan Neelapilla bertukar menjadi yakshi yang pendendam selepas menjadi mangsa pembunuhan kehormatan oleh ayah mereka. Disebabkan ayah mereka membunuh mereka untuk menghalang raja yang bernafsu di wilayah itu memiliki mereka. Yakshi bersaudara itu menyeksa dan membunuh semua orang di istana itu termasuk ayah mereka juga. Kedua-dua yakshi itu menghantui tempat di mana mereka dibunuh sehingga mereka ditenangkan oleh banyak pooja dan ritual dan kuil yang dibina di tapak tersebut. Arca kedua dua yakshis masih ada dalam kuil tersebut. Kakak perempuan, Chempakavally, akhirnya berubah menjadi dewa yang baik hati dan mengembara ke Gunung Kailash untuk menyembah Dewa Shiva, manakala adik perempuan, Neelapilla, kekal ganas.[3]
Kalliyankattu Neeli
Salah satu kisah paling terkenal tentang Yakshis legenda di Kerala ialah mengenai Kalliyankattu Neeli, seorang syaitan wanita yang perkesa dan akhirnya berjaya dihentikan oleh paderi legenda Kadamattathu Kathanar . Tema Yakshi menjadi subjek kisah-kisah rakyat popular di kerala, serta turut dijadikan tema dalam beberapa filem dalam pawagam Malayalam moden .

Di Luar India
Di China, Taiwan, dan Jepun, Yakshi terkenal dan dikenali, seperti Hariti, salah seorang daripada Dua Puluh Empat Dewa Pelindung yang dihormati sebagai pembela dharma Buddha dalam Buddhisme Mahayana . Kuil Kishimojin (Hariti) di Zoushigaya, Tokyo didedikasikan untuknya. [9] [10]
Di Thailand, Yakshi dikenali dan dipuja sebagai dewi penjaga dalam agama Rakyat Tai dan cerita rakyat Thai, yang memperlihatkan pengaruh agama Buddha dan Hindu terhadap budaya Thai . Yakshini mempunyai rumah roh dan kuil yang didedikasikan untuk mereka sebagai dewa penaung dalam agama rakyat Thai. Contohnya termasuk Nang Phisuea Samudra , dianggap sebagai dewa Penaung Kubu Phisuea Samut, Daerah Phra Samut Chedi, wilayah Pantai Samut Rayong di Mue, Wilayah Samut Rayong, dan Wilayah Pantai Rayong Samut Prakan ; [11] [12] [13] [14] [15] Nang Suphanapsron chomtevi di daerah Mueang Samut Songkhram, dan wilayah Samut Songkhram.[16] [17] [18] [19]
Di Myanmar, yakshni dikenali dan disembah sebagai dewa penjaga dalam agama rakyat Myanmar Contohnya termasuk Popa Medaw, dewa penjaga gunung Popa, dan dewa yakshni penjaga Pagoda Shwedagon .
Di Indonesia, Candi Jawa (contohnya Candi Borobudur dan Candi Prambanan), terdapat arca Yaksha dan Yakshi yang berfungsi sebagai penjaga pintu (dvarapala) serta simbol kesuburan.Dalam mitologi Jawa dan Bali, roh-roh penjaga alam semula jadi sering disamakan dengan Yaksha/Yakshini, misalnya Banaspati Raja (roh hutan berapi-api), atau Leak di Bali.
Rujukan
- ^ Huntington, John C. and Susan L. The Huntington Archive. Ohio State University, accessed 30 August 2011.
- ^ A History of Ancient and Early Medieval India: From the Stone Age to the 12th Century by Upinder Singh, Pearson Education India, 2008 [1]
- ^ a b c Bhairav, J. Furcifer; Khanna, Rakesh (2021). Ghosts, Monsters, and Demons of India (dalam bahasa English). India: Blaft Publications Pvt. Ltd. m/s. 418–421. ISBN 9789380636474.CS1 maint: unrecognized language (link) Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "Yaksha | Hindu mythology".
- ^ Magee, Mike (2006). "Yakshinis and Chetakas". Shiva Shakti Mandalam. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2009. Dicapai pada March 2, 2016.
- ^ Zimmer, Heinrich Robert (1972). Campbell, Joseph (penyunting). Myths and Symbols in Indian Art and Civilization. Delhi: Princeton University Press. ISBN 978-81-208-0751-8.
- ^ Vasanthan, Aruna. "Jina Sasana Devatas". Tamil Jain. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 October 2009. Dicapai pada March 2, 2016.
- ^ "Anecdote 3: Of Art, Central Banks, and Philistines". Reserve Bank of India. Dicapai pada March 2, 2016.
- ^ "Zōshigaya Kishimojin – Ikebukuro's Deity of Childcare & Childbirth".
- ^ "Kishimojin Temple - Tokyo". 17 September 2019.
- ^ "เหนือฟ้าใต้บาดาล : ศาลนางผีเสื้อสมุทร พลังศรัทธาที่มีแต่รัก". 24 November 2019.
- ^ "ชม 'ป้อมผีเสื้อสมุทร' หนึ่งในปราการต้านศึก ร.ศ.112".
- ^ "ป้อมผีเสื้อสมุทร (เกาะ) สมุทรปราการ สถานที่ทางประวัติศาสตร์ ป้อมปืน".
- ^ "[CR] เที่ยวไปกินไป by laser @ สมุทรปราการ : 1 อำเภอพระสมุทรเจดีย์ : 1 พระสมุทรเจดีย์".
- ^ "ขนลุก'บ๊วย และ อ.เรนนี่'พามาสัมผัสความศักดิ์สิทธิ์ ณ ป้อมผีเสื้อสมุทร". September 2022.
- ^ ""ยักษ์แม่ใหญ่" จมใต้น้ำ 100 ปี ขึ้นมาให้โชคลาภ วัดนางตะเคียน". 29 May 2022.
- ^ "กราบขอพร "ยักษ์แม่ใหญ่" พระนางสุวรรณอัปสรจอมเทวี วัดนางตะเคียน จ.สมุทรสงคราม".
- ^ "แม่ยักษ์ใหญ่ อายุร้อยปี วัดนางตะเคียน แห่งลุ่มน้ำแม่กลอง". 21 April 2022.
- ^ "ตามรอยวรรณคดีสังข์ทองที่ "วนอุทยานเขานางพันธุรัต" UNSEEN New Series ของเมืองไทย". 14 November 2021.








