WISE | |
---|---|
Wide-field Infrared Survey Explorer
| |
Maklumat am | |
NSSDC ID | 2009-071A |
Organisasi | NASA/JPL |
Kontraktor utama | Ball Aerospace Lockheed Martin Space Dynamics Laboratory SSG Precision Optronics |
Tarikh pelancaran | 14 Disember 2009 14:09:33 UTC |
Dilancarkan dari | SLC-2, Pangkalan Tentera Udara Vandenberg Lompoc, California |
Kenderaan pelancar | Delta II 7320-10 |
Jisim | 750 kg (1,650 lb) |
Jenis orbit | Kutub segerak matahari Kecondongan: 97.5° |
Tinggi orbit | 525 km (326 mi) |
Tempoh orbit | 95 minit, 15 kali sehari |
Lokasi | Orbit rendah bumi |
Rejim panjangombak | 3.4, 4.6, 12, 22 μm jalur |
Diameter | 0.4 m |
Laman web wise.ssl.berkeley.edu |
Wide-field Infrared Survey Explorer (WISE; Melayu: Penjelajah Tinjauan Inframerah Medan-luas) ialah sebuah teleskop angkasa lepas astronomi panjang gelombang-inframerah NASA yang aktif antara Disember 2009 dan Februari 2011. Ia telah menemui bintang Kerdil Y dan asteroid trojan Bumi pertama, selain ribuan asteroid baharu.[1]
Ia dilancarkan pada 14 Disember 2009,[2][3][4] dan diletakkan dalam keadaan penghibernatan pada 12 Februari 2011 apabila pemancarnya ditutup.[1] Ia menjalankan tinjauan astronomi seluruh-langit dengan imej dengan jalur julat panjang gelombang 3.4, 4.6, 12 dan 22 μm, lebih 10 bulan menggunakan teleskop inframerah berdiameter 40 cm (16 in) di orbit Bumi.[5] Pada Oktober 2010 bahan pendingin hidrogennya habis, namun suatu misi lanjutan empat bulan dipanggil NEOWISE dijalankan bagi mencari badan kecil Sistem Suria berhampiran orbit Bumi (e.g. komet dan asteroid berbahaya) menggunakan kemampuan yang tinggal.[6]
NASA mengumumkan pada 27 Julai 2011, bahawa asteroid trojan Bumi pertama telah ditemui menggunakan data yang dikumpul WISE.[7][8] Seterusnya pada 23 Ogos 2011 NASA mengumumkan penemuan jenis baharu bintang yang dipanggil kerdil Y.[9][10] Data seluruh-langit termasuklah imej proses, katalog sumber dan data mentah, dikeluarkan kepada awam pada 14 Mac 2012.[11][12][13][14]
Pada Ogos 2013, NASA mengumumkan yang ia akan mengaktifkan semula teleskop WISE bagi misi baharu tiga-tahun untuk mencari asteroid yang mungkin menghentam Bumi.[15]
Jadual kerdil perang
Bintang kerdil perang yang ditemui dalam jarak 20 tahun-cahaya termasuklah:
Objek | ly | Jenis spektrum |
Buruj | Jarak hamal |
Keserongan |
---|---|---|---|---|---|
WISE 0254+0223 | 20 | T8 | Cetus | 02j 54m 09.62s | 02° 23′ 58.85″ |
WISE 0350-5658 | 12 | Y1 | Reticulum | 03j 50m 00.32s | −56° 58′ 30.2″ |
WISE 0359-5401 | 19 | Y0 | Reticulum | 03j 59m 34.06s | −54° 01′ 54.6″ |
WISE 0410+1502 | 14 | Y0 | Templat:Constel | 04j 10m 22.79s | 15° 02′ 47.47″ |
WISE 1049-5319 | 6.5 | L8 | Templat:Constel | 10j 49m 15.57s | −53° 19′ 06″ |
WISE 1405+5534 | 16 | Y0 | Ursa Major | 14j 05m 18.27s | 55° 34′ 21.22″ |
WISE 1506+7027 | 11 | T6 | Ursa Minor | 15j 06m 49.89s | 70° 27′ 36.23″ |
WISE 1541-2250 | 20 | Y0.5 | Templat:Constel | 15j 41m 51.57s | −22° 50′ 25.03″ |
WISE 1741+2553 | 19 | T9 | Templat:Constel | 17j 41m 24.22s | 25° 53′ 18.96″ |
Rujukan
- ^ a b "Wide-field Infrared Survey Explorer". Astro.ucla.edu. Dicapai pada 2013-08-24.
- ^ Justin Ray (14 Disember 2008). "Mission Status Center: Delta/WISE". Spaceflight Now. Dicapai pada 26 Disember 2009.
- ^ Rebecca Whatmore; Brian Dunbar (14 Disember 2009). "WISE". NASA. Dicapai pada 26 Disember 2009.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Whitney Clavin (14 Disember 2009). "NASA's WISE Eye on the Universe Begins All-Sky Survey Mission". NASA Jet Propulsion Laboratory. Dicapai pada 26 Disember 2009.
- ^ "Wide-field Infrared Survey Explorer (WISE)". Astro.ucla.edu. Dicapai pada 2013-08-24.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamawerner
- ^ "JPL – NASA's WISE Finds Earth's First Trojan Asteroid". Jpl.nasa.gov. 2011-07-27. Dicapai pada 2013-08-24.
- ^ "Berkeley – NASA's WISE Finds Earth's First Trojan Asteroid". Wise.ssl.berkeley.edu. Dicapai pada 2013-08-24.
- ^ "WISE Public Web Site – UCLA". Astro.ucla.edu. Dicapai pada 2013-08-24.
- ^ Jon Morse. "Discovered: Stars as Cool as the Human Body". Dicapai pada 24 Ogos 2011.
- ^ "WISE All-Sky Data Release". Wise2.ipac.caltech.edu. Dicapai pada 2013-08-24.
- ^ "NASA Releases New WISE Mission Catalog of Entire Infrared Sky". Nasa.gov. Dicapai pada 2013-08-24.
- ^ Whitney Clavin (18 Julai 2011). "Can WISE Find the Hypothetical 'Tyche'?". NASA.gov. Dicapai pada 19 Julai 2011.
- ^ "The Wide-field Infrared Survey Explorer All-Sky Data Release". The Wide-field Infrared Survey Explorer at IPAC. Dicapai pada 17 Mac 2012.
- ^ Reuters (22 Ogos 2013). "NASA space telescope rebooted as asteroid hunter". CBC News. Dicapai pada 27 Ogos 2013.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wide-field Infrared Survey Explorer |