Wasfi Kabha | |
---|---|
وصفي قبها | |
Menteri Hal Ehwal Tahanan Palestin | |
Dalam jawatan Mac 2006 – Mac 2007 | |
Presiden | Mahmud Abbas |
Perdana Menteri | Ismail Haniyeh |
Didahului oleh | Sufian Abu Zaidah |
Digantikan oleh | Taisir Abu Sunainah |
Menteri Negara Palestin | |
Hal Ehwal Penempatan dan Tembok Pemisah | |
Dalam jawatan Mac 2007 – Jun 2007 | |
Presiden | Mahmud Abbas |
Perdana Menteri | Ismail Haniyeh |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Wasfi Mustafa Izzat Kabha وصفي مصطفى عزت قبها 19 Jun 1959 Bartaah |
Mati | 11 November 2021 Bartaah | (umur 62)
Parti politik | Hamas |
Wasfi Kabha (Arab: وصفي قبها ) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Mac 2006 hingga Mac 2007 di bawah kabinet pertama Ismail Haniyeh mewakili pertubuhan Hamas[1] , sebelum diganti oleh Taisir Abu Sunainah, dari Fatah dalam kabinet perpaduan pimpinan Ismail Haniyeh. Dalam kabinet kedua, beliau dilantik sebagai Menteri Negara bagi Hal Ehwal Penempatan dan Tembok Pemisah.[2]
Wasfi meninggal dunia pada November 2021 akibat COVID-19.[3]
Rujukan
- ^ "The PA Ministerial Cabinet List March 2006 - March 2007". Dicapai pada 2 November 2023.
- ^ "Israel releases Hamas minister; 7,500 Palestinians remain under detention. - Free Online Library". www.thefreelibrary.com. Dicapai pada 2023-12-01.
- ^ "Palestinians bid farewell to former Minister of Prisoners Wasfi Qabha - [İLKHA] Ilke News Agency". ilkha.com. Dicapai pada 2023-11-03.