Mohammad Barghusi | |
---|---|
محمد البرغوثي | |
Menteri Kerajaan Tempatan Palestin (di Gaza) | |
Dalam jawatan Jun 2007 – September 2012 | |
Presiden | Mahmud Abbas |
Perdana Menteri | Ismail Haniyeh |
Didahului oleh | dirinya (Palestin) |
Digantikan oleh | Mohammad Jawad al-Fara |
Menteri Kerajaan Tempatan Palestin | |
Dalam jawatan Mac 2007 – Jun 2007 | |
Presiden | Mahmud Abbas |
Perdana Menteri | Ismail Haniyeh |
Didahului oleh | Isa al-Jaabari |
Digantikan oleh |
|
Menteri Buruh Palestin | |
Dalam jawatan Mac 2006 – Mac 2007 | |
Presiden | Mahmud Abbas |
Perdana Menteri | Ismail Haniyeh |
Didahului oleh | Hasan Abu Libdeh |
Digantikan oleh | Mahmud Alul |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohammad Ibrahim Musa Barghusi محمد إبراهيم موسى البرغوثي 1968 (umur 56–57) Kobar, Ramallah dan Al-Bireh |
Parti politik | ![]() |
Mohammad Barghusi (Arab: محمد البرغوثي ) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Buruh dan Menteri Kerajaan Tempatan di bawah pemerintahan Hamas di Palestin.
Latar belakang
Beliau dilahirkan pada 1968 di Kobar di Ramallah, Palestin. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang matematik dan sains komputer dari Universiti al-Quds pada 1998. Beliau juga telah melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang pengurusan di Universiti al-Najah. Semasa belajar di Universiti al-Quds, beliau telah dipilih sebagai presiden Majlis Pelajar selama dua penggal berturut-turut.[1]
Beliau berkhidmat sebagai presiden Persatuan Kebajikan Islam di Al-Bireh, dan aktif dalam Jawatankuasa Dana Zakat di kegabenoran tersebut.
Beliau pernah ditangkap oleh tentera Israel beberapa kali. Beliau pernah menghabiskan kira-kira 5 tahun di penjara Israel dan cedera dalam Intifadah Pertama pada 1989.[1]
Pelantikan sebagai menteri
Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Buruh Palestin pada Mac 2006 hingga Mac 2007 di bawah kabinet pertama Ismail Haniyeh mewakili pertubuhan Hamas[2]. Dalam kabinet kedua, beliau dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan Palestin dari Mac 2007 sehingga dibubarkan oleh Presiden Mahmud Abbas pada Jun 2007.[3][4]
Walau bagaimanapun, Mohammad dikekalkan jawatan dalam pemerintahan Hamas di Gaza sebagai Menteri Kerajaan Tempatan pada 2007 hingga 2012.
Beliau ialah menteri termuda dalam barisan kabinet tersebut.[1]
Rujukan
- ^ a b c "مركز المعلومات الوطني الفلسطيني". web.archive.org. 2018-08-15. Dicapai pada 2023-12-20.
- ^ "The PA Ministerial Cabinet List March 2006 - March 2007". Dicapai pada 2 November 2023.
- ^ "Israel releases Hamas minister; 7,500 Palestinians remain under detention. - Free Online Library". www.thefreelibrary.com. Dicapai pada 2023-12-01.
- ^ "JMCC / Politics in Palestine /PA Cabinet / Government". web.archive.org. 2008-11-21. Dicapai pada 2023-11-03.