Warkah Terakhir: Rosli Dhoby | |
---|---|
![]() Intro dokudrama | |
Pengarah | Wan Hasliza |
Penulis | Wan Hasliza |
Lakon layar | Wan Hasliza |
Berdasarkan | kisah Rosli Dhoby, Rukun 13 |
Dihasilkan oleh | Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd KL Motion Pictures |
Dibintangi | |
Sinematografi | Pali Yasir |
Disunting oleh | Sugiharto & Johan Bahar |
Muzik oleh | Kye & Rudi Muhammad |
Syarikat penerbitan | Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd KL Motion Pictures |
Diedarkan oleh | Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd KL Motion Pictures |
Tarikh tayangan | Jun 2009, Rabu & Khamis 9.00 malam di Astro Citra |
Masa tayangan | 752 minit (digabungkan), 30 Minit / Lebih |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu (dialek Sarawak) |
Warkah Terakhir: Rosli Dhoby ialah dokudrama di Astro Citra telah ditayangkan pada 2009, drama kisah Rosli Dhoby.
Dan pada 25/7/2022 ia telah ditayangkan semula dengan Versi HD di TVS pada pukul 8:45 Malam.
Pengarah & Penerbit
- Pengarah: Wan Hasliza.
- Penerbit: Raam Punjabi.
- Penerbit Eksekutif: Rohayah Ibrahim
- Pengarah Fotografi: Pali Yasir
- Penata Seni: Mazalan Zulkifli (Black)
- Penyunting: Sugiharto & Johan Bahar
- Musik: Kye & Rudi Muhammad
- Penata Busana & Juruhias: Rohaizad & Md Shariff
Ringkasan
Mengisahkan tentang kehidupan dan perjuangan Rosli Dhoby yang menentang penyerahan Sarawak kepada Tanah Jajahan Mahkota British. Rosli Dhoby juga telah membunuh Sir Duncan George Stewart, Gabenor Sarawak yang pertama semasa ketibaannya di Sibu, Sarawak bersama Morshidi Sidek yang melakonkan ambil gambar kepada Gabenor Sarawak bersama para pegawai British yang lain. Ahli Rukun 13 telah di kejar oleh pihak polis Sarawak Constabulary dan satu persatu daripada mereka telah di tahan di tempat masing-masing. Penangkapan itu diketuai oleh Jerry, pegawai polis British Sarawak Constabulary. Kesemua ahli PPM Rukun 13 bersama Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek telah dibicarakan di mahkamah Negeri Sarawak. Akan tetapi beberapa unsur dan fakta telah direka dan diubah untuk menyesuaikan jalan cerita tapi tidak mengubah hakikat betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap sejarah wilayah Sarawak.
Pelakon utama
- Beto Kusyairy sebagai Rosli Dhoby (Seorang pelajar sekolah Methodist dan guru sementara di sekolah rakyat).
- Namron sebagai Awang Rambli Amit Mohd Deli (ketua PPM Rukun 13).
- Rosli Sako (Allahyarham Mohd Rosli bin Mohd Musa) sebagai Bujang Suntong
- Fikhree Bakar sebagai Morshidi Sidek (Seorang penoreh getah dan bapa kepada keluarganya demi mencari nafkah untuk keluarganya).
- Amerul Affendi sebagai Tajuddin. (Kawan kepada Rosli, seorang pelajar sekolah Methodist dan guru sementara di sekolah rakyat).
- Anita Baharom sebagai Norian (Gadis yang disukai Tajuddin dan guru sekolah rakyat).
- Melissa Maureen sebagai Ani (Kekasih kepada Rosli).
Pelakon tambahan
- Ramli Hassan sebagai Dhoby bin Buang (Ayah Rosli)
- Sherie Merlis sebagai Habibah Hj. Lamit (Ibu Rosli)
- Sazzy Falak sebagai Fatimah Dhoby (Kakak Rosli)
- ??? sebagai Ainnie Dhoby (Adik lelaki tunggal Rosli)
- Saifullah Ghaz sebagai Jamaludin (Kawan kepada Rosli, seorang pelajar sekolah Methodist dan guru sementara di sekolah rakyat).
- Ken Ridzuan sebagai Seman (Kawan kepada Rosli, seorang pelajar sekolah Methodist dan guru sementara di sekolah rakyat).
- Juliana Evans sebagai kawan Ani
- Kismah Johar sebagai Ibu Ani
- Sani Sudin sebagai Ayah Ani
- Adnan Trakic sebagai Sir Charles Noble Arden-Clarke (Gabenor Sarawak yang pertama dari tahun Julai 1946 sehingga Julai 1949)
- Mark Janson sebagai Sir Duncan George Stewart (Gabenor Sarawak yang kedua dari tahun November 1949 sehingga Disember 1949 tarikh kematian Sir Duncan George Stewart pada masa itu. Hanya 2 bulan sahaja beliau berkhidmat.)
- Craig Hobbs sebagai Arthur Pike (Peguam Bela British yang membantu Rosli dan Morshidi)
- Nick Lynos sebagai Yang Arif Hakim Sir DeLaselles (Hakim Mahkamah Negeri Sarawak)
- Nazeri Md Isa sebagai Pengawal Penjara Kuching dan Penceramah Agama.
- sebagai Pendakwa Raya Negeri Sarawak
- Megat Sulong Megat Abd Rahman
- Adeq Ameer Farhan
- Firdaus Marzuki
- Rizalnuddin
- Mohd Shahrul Azmi
- Mohd Hafizi Jibri
- Mohd Farabi Marimuthu
- Chai Koh Young
- Mohd Diniah Dahari
- Khairil Ridzuan
- Jefri Jefrizal
- Shahizwan Abd Latif
- Ahmad Phaziliah Kamaruddin
Pelakon kanak-kanak:
- Syahidayati Asyiqeen Mohd Rozlan
- Syaiqirul Ameer Mohd Rozlan
- Mohamad Shahroul Azuan Mohd Shahroni
- Fazli Daniah Ali
Serta barisan pelakon tambahan lain yang tidak dikreditkan dalam dokudrama ini.
Pegawai polis Sarawak Constabulary
- Brandon Anthony Jerry Cox sebagai Jerry (pegawai Polis British Sarawak Constabulary)
- Adiro Sokauwan A/L Khuang sebagai Sarjan polis singh Sarawak Constabulary
- Ahmad Faiz Amran sebagai Polis Sarawak Constabulary 1
- Ibrahim Amaran sebagai Polis Sarawak Constabulary 2
- Samsul Anuar Jamhari sebagai Polis Sarawak Constabulary 3
Serta barisan pelakon tambahan lain yang tidak dikreditkan dalam dokudrama ini.
Ahli Parti Pemuda Melayu (PPM) | Rukun 13
- Sahronizam Noor sebagai Abang Mat Sirat (Ahmad Sirat/Mohammad Sirat Hj Yaman)
- Tony Eusoff sebagai Amin Jenal
- Azhan Rani sebagai Abang Han Abang Ahmad
- Azlan Komeng sebagai Abang Ahmad Hj. Abu Bakar (Mat Rimo)
- Wan Azli Wan Jusoh sebagai Che Alias Osman (Che Osman)
- Jobot Maheran sebagai Osman Dollah
- Wanjie Aswandi sebagai Abang Mornie Junit
- Riz Ainuddin sebagai Jack Yusof
- Ayam Fared sebagai Wan Zin (Wan Zaid Wan Abdullah)
- ??? sebagai Awang Osman Awang Muhamad
- ??? sebagai Tambek bin Adun
Lokasi dirakamkan
Drama mini series melakukan penggambaran di sekitar Perak seperti Pekan Papan, Perak serta Taiping, di Seremban, Negeri Sembilan dan juga di Penjara Pudu, Kuala Lumpur
Babak yang disimpan atau dipotong
Babak dalam Dokudrama ini boleh lihat ia seperti sempurna tetapi tidak. Kerana drama ini mempunyai Deleted scene boleh rujuk di Suatu Ketika.
Lagu
Lagu Tema untuk dokudrama ini adalah Janji dengan Nyawa. Pencipta & Lirik: Kye Penyanyi: Cici
Penaja
- Power Root Marketing Sdn. Bhd
- Nibong Tebal Sdn Bhd (Premier Tissue)
- Fair Trade Paper & Hygiene Supply Sdn. Bhd (Mr Beh)
Salah fakta
Dalam drama ini tiada adegan yang menyolok mata. Waris kecewa drama Rosli Dhoby salah fakta.
1. Waris Rosli Dhoby yang dihukum gantung pada 1950 kerana menikam Gabenor kedua Sarawak Duncan Stewart, mendakwa drama siaran Astro mengenai nasionalis Sarawak itu mengandungi beberapa kesilapan fakta.
2. Lucas Johnny berkata, kesilapan fakta paling jelas ialah adegan yang menunjukkan Rosli melarikan diri selepas menikam perut gabenor itu sebelum ditahan oleh polis.
3. "Saya bersama abang saya pada ketika itu menyaksikan kejadian tersebut dia (Rosli Dhoby) tidak lari selepas menikam dengan badik, malah cuba untuk menikam kali kedua tetapi dihalang oleh polis berbangsa Sikh.
4. "Tindakan Rosli pada ketika itu menunjukkan sikapnya yang berani dan bersedia menghadapi segala kemungkinan," katanya.
5. "Dalam drama itu, "Warkah Terakhir", Rosli Dhoby lari dan ini amat mengaibkan kerana menggambarkan Rosli sebagai pengecut. Itu bukan sifatnya.
6. "Kalau sesiapa tak percaya sila datang jumpa saya serta abang saya dan saya akan tunjuk semua bukti," katanya.
7. Beliau berkata sebelum penggambaran drama itu produser tidak berusaha untuk menghubungi beliau dua beradik untuk mendapatkan cerita sebenar nasionalis Sarawak itu.
8. Beliau berkata, kesilapan fakta tersebut perlu diketahui generasi masa sekarang kerana jika dibiarkan akan mengubah fakta sejarah secara keseluruhan.
9. "Saya masih ingat kejadian tersebut ibarat berlaku semalam sahaja kerana setelah Rosli Dhoby ditangkap saya terus balik ke rumah takut ditangkap oleh polis dan sehingga ramai yang tidak tahu pasal itu," katanya.
10. Johnny, 70, yang menghadiri satu forum khas Rosli Dhoby Rabu lepas bersama abangnya, Tahar, berkata sehingga kini segala dokumen berkaitan dengan Rosli termasuk surat terakhir sebelum dihukum gantung masih dalam simpanannya.
11. "Apa yang dipaparkan hanya 60 peratus tepat...sebagai sepupu yang rapat dengan Allahyarham dan saksi masa kejadian bersama dengan abang saya Tahar, kebanyakan yang dipaparkan dalam drama tersebut silap dan satu adegan menggambarkan dia (Rosli) pengecut," kata Johnny kepada Bernama.
12. Tahar, 74, turut mengakui drama tersebut mempunyai kesilapan fakta dan enggan menonton episod seterusnya selepas menonton beberapa episod awal.
13. Drama lapan episod itu kali pertama disiarkan di Astro Citra pada 2009, dan berikutan permintaan ramai, diulang siar beberapa kali.
14. Selepas ditikam, Stewart telah dikejarkan ke Singapura untuk mendapat rawatan namun gagal diselamatkan.
15. Rosli telah dihukum gantung sampai mati pada 2 Mac 1950 setelah didapati bersalah kerana menikam Stewart dengan badik pada pagi 3 Disember 1949 di Sibu.
16. Forum tersebut, "Sembang Kemerdekaan: Berani Mati Demi Tanah Air, Wira Muda Bernama Rosli Dhoby" dianjurkan oleh Pustaka Miri.
- Keturunan Rosli Dhoby kepada Bernama.
Lihat juga
- Rukun 13
- Pergerakan Pemuda Melayu/Persatuan Pemuda Melayu Sarawak
- Parti Gerakan Melayu Sarawak
Rujukan
- Suatu Ketika : Rosli Dhobi - Pejuang Atau Pembunuh
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5 (Akhir)
Rosli Dhoby - Pejuang Atau Pembunuh
"Dihukum gantung usia 17 tahun" | TIKAM GABENOR GUNA PISAU DISALUT RACUN di Youtube
Pautan Luar
Warkah Terakhir (drama penuh) di Youtube.
Trailer Rasmi Warkah Terakhir: Rosli Dhoby di Youtube.
Treler Rasmi Warkah Terakhir: Rosli Dhoby di Saluran Youtube Pali Yasir.
Waris kecewa drama Rosli Dhoby salah fakta di Malaysiakini