YBhg Tan Sri Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz | |
---|---|
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam | |
Menyandang jawatan 9 Januari 2024 | |
Didahului oleh | Dato' Seri Dr. Zulkapli Mohamed |
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan | |
Dalam jawatan 20 Februari 2023 – 8 Januari 2024 | |
Didahului oleh | Ruji Ubi |
Digantikan oleh | Azman Ibrahim |
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 15 Julai 2020 – 19 Februari 2023 | |
Didahului oleh | Jamil Rakon |
Digantikan oleh | Ruji Ubi |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kelantan, Malaysia | 20 November 1966
Tempat belajar | Airlangga Universiti (Bachelor of Arts in Communication (Honours)) Universiti Malaya (Master's degree in Strategic and Defence Studies) |
Pekerjaan | Penjawat awam |
Tan Sri Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz (lahir 20 November 1966) merupakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia yang telah dilantik berkuatkuasa pada 9 Januari 2024. [1]
Kerjaya awam
Wan Ahmad Dahlan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 1995. Pada 3 November 2014, Wan Ahmad Dahlan berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. [2] Pada 14 Disember 2016, Wan Ahmad Dahlan berkhidmat sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara. [3] Pada 15 Julai 2020, beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. [4] Pada 20 Februari 2023, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan. [5]
Pada 9 Januari 2024, beliau menggantikan Zulkapli Mohamed, menjadi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu. [6] Sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan berikrar untuk memberi perhatian kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan Program Penempatan Silang bagi memastikan pelaksanaannya segera dan berkesan. Selain itu, Wan Ahmad Dahlan juga menjadikan aspek digital dan daya saing penjawat awam sebagai keutamaannya selaras dengan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan kecerdasan buatan supaya penjawat awam dapat menyesuaikan diri mereka dengan revolusi digital. [7] Pada 19 Januari 2024, Laporan Interim 1 mengenai Semakan SSPA telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim oleh Wan Ahmad Dahlan dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali selepas mesyuarat jawatankuasa induk Kajian SSPA yang dipengerusikan oleh Anwar. [8]
Anugerah
- Malaysia :
- Panglima Setia Diraja (PSD) – Datuk (2019) [9]
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2024) [10]
- Pahang :
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato' (2011)
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2021) [11]
- Kelantan :
- Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) – Dato' (2016)
- Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) – Dato' (2018)
- Wilayah Persekutuan :
- Panglima Mahkota Wilayah (PMW) – Datuk (2019) [12]
Rujukan
- ^ "Wan Ahmad Dahlan dilantik KPPA baharu". Astro Awani. 8 Januari 2024. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ [https:// www.jpa.gov.my/en/civil-servant/deployment-of-jusa/723-deployment-of-jusa-november-2014 "Deployment of JUSA : November 2014"] Check
|url=
value (bantuan). www.jpa .gov.my (dalam bahasa Inggeris). - ^ "Deployment of JUSA : Disember 2016" (dalam bahasa Inggeris). Unknown parameter
|laman web=
ignored (bantuan) - ^ gov.my/ms/penjawat-awam/deployment-of-jusa/1331-deployment-of-jusa-july-2020 "Deployment of JUSA : Julai 2020" Check
|url=
value (bantuan). www.jpa.gov.my. - ^ /deployment-of-jusa/2910-deployment-of-jusa-february-2023 "Deployment of JUSA : Februari 2023" Check
|url=
value (bantuan). www.jpa.gov.my. - ^ /01/08/wan-ahmad-dahlan-lantik-dg-jabatan-perkhidmatan-awam "Wan Ahmad Dahlan dilantik KP Jabatan Perkhidmatan Awam" Check
|url=
value (bantuan). Unknown parameter|tarikh=
ignored (bantuan); Unknown parameter|laman web=
ignored (bantuan); Unknown parameter|tarikh akses=
ignored (bantuan) - ^ -kppa-baharu "Segerakan baharu SSPA fokus utama KPPA" Check
|url=
value (bantuan). Harian Metro. 9 Januari 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024. - ^ interim-report-on-public-service-gaji-review-submitted-to-anwar "JPA: Laporan interim semakan gaji perkhidmatan awam diserahkan kepada Anwar" Check
|url=
value (bantuan). Unknown parameter|tarikh=
ignored (bantuan); Unknown parameter|laman web=
ignored (bantuan); Unknown parameter|tarikh akses=
ignored (bantuan) - ^ "Senarai Penerima Panglima Setia Diraja Tahun 2019" (PDF). www.istiadat.gov.my.
- ^ "Chief secretary leads recipients of federal awards in conjunction with King's birthday". New Straits Times. 7 September 2024. Dicapai pada 7 September 2024.
- ^ "Hamzah, Saifuddin dahului senarai penerima darjah, pingat Pahang". www.astroawani.com. 14 December 2021.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2019" (PDF). www.jwp.gov.my.