Mohd Zuki Ali | |
---|---|
محمد ذوكي علي | |
Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja | |
Memegang jawatan 1 September 2024 | |
Didahului oleh | Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir |
Ketua Setiausaha Negara ke-15 | |
Dalam jawatan 1 Januari 2020 – 10 Ogos 2024 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah (2020-2024) Sultan Ibrahim (2024-kini) |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad (2020) Muhyiddin Yassin (2020-2021) Ismail Sabri Yaakob (2021-2022) Anwar Ibrahim (2022-kini) |
Didahului oleh | Ismail Haji Bakar |
Digantikan oleh | Shamsul Azri Abu Bakar |
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia | |
Dalam jawatan 18 April 2019 – 31 Disember 2019 | |
Yang di-Pertuan Agong | |
Menteri | Mohamad Sabu |
Didahului oleh |
|
Digantikan oleh |
|
Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia | |
Memegang jawatan 7 Oktober 2021 | |
Canselor | Tuanku Muhriz |
Didahului oleh | Ahmad Sarji Abdul Hamid |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kuala Terengganu, Terengganu, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 11 Ogos 1962
Kerakyatan | Malaysia |
Pasangan | Puan Sri To' Puan Seri Norizam Che Mohd Nor |
Alma mater | Universiti Nanyang, Singapura Universiti Kebangsaan Malaysia |
Anugerah | Senarai |
Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali (Jawi: محمد ذوكي بن علي; lahir 11 Ogos 1962) merupakan Ketua Setiausaha Negara Malaysia ke-15 dari 2020 sehingga 2024. [1] Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia dari April 2019 sehingga Disember 2019. [2] Beliau dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berkuatkuasa 1 September 2024.
Pendidikan
Beliau telah memperolehi ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1986. Kemudian, beliau menyambung pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Nanyang, Singapura dan memperolehi ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan pada tahun 1999.[3]
Pengalaman Kerja
Pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan pengalaman sebanyak 28 tahun dalam perkhidmatan awam sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara.[1]
Anugerah
- Malaysia :
- Johan Setia Diraja (JSD) (2007) [4]
- Panglima Setia Diraja (PSD) - Datuk (2011) [5]
- Panglima Mangku Negara (PMN) - Tan Sri (2020) [6]
- Wilayah Persekutuan :
- Seri Utama Mahkota Wilayah (SMW) - Datuk Seri (2018) [7]
- Selangor :
- Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) – Dato' Seri (2021) [9]
- Pahang :
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2008) [10]
- Terengganu :
- Darjah Ahli Mahkota Terengganu (AMT)
- Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) - Dato' Seri (2021) [11]
- Sarawak :
- Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) - Datuk Amar (2020) [12]
- Sabah :
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2021) [13]
Rujukan
- ^ "Datuk Seri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara". Astro Awani. 31 Disember 2019. Dicapai pada 4 Mac 2020.
- ^ "Mohd Zuki mula tugas KSU Kementerian Pertahanan". Sinar Harian. 18 April 2019. Dicapai pada 4 Mac 2020.
- ^ "Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali". Sinar Harian. 1 Januari 2020. Dicapai pada 4 Mac 2020.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2007" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-10-25. Dicapai pada 2020-03-04.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2011" (PDF).[pautan mati kekal]
- ^ Tengku Maimun, Dr Arshad Ayub dahului senarai penerima darjah kebesaran, pingat
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2018" (PDF).[pautan mati kekal]
- ^ "Zuki Ali leads honours list in conjunction with Perak Sultan's birthday". New Straits Times. 4 November 2022. Dicapai pada 4 November 2022.
- ^ "87 individuals receive awards, medals in conjunction with Sultan Selangor's birthday". BERNAMA. 11 December 2021. Dicapai pada 11 December 2021.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2008" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-03. Dicapai pada 2020-03-04.
- ^ Azizulhasni, lima doktor dikurnia gelaran Datuk
- ^ Bernama (10 Oktober 2020). "Manyin dahului senarai penerima pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak".
- ^ "Norainee, Bung Moktar, Chong Wei antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat TYT Sabah". Astro Awani. 1 October 2021. Dicapai pada 1 October 2021.