Volkswagen Kuning | |
---|---|
Pengarah | Shadan Hashim |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 83 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Volkswagen Kuning merupakan filem seram Malaysia 2016 tulisan dan arahan Shadan Hashim terbitan Metrowealth Pictures. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 22 September 2016.[1]
Plot
Mengisahkan tentang Fuad (Pekin Ibrahim) dan tunangnya Sarah (Atikah Suhaime) dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Sebelum sampai ke kampung, Fuad bercadang untuk berhenti makan di sebuah kedai ikan patin yang dikatakan sedap. Mereka menggunakan Waze untuk sampai ke sana tetapi tersesat disebabkan capaian internet tiada. Mereka sampai juga ke kedai tersebut tetapi sudah malam dan tempat yang dikatakan tidak seperti apa yang mereka bayangkan. Mereka berdua mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Mungkin disebabkan lapar dan ada perasaan yang dipendam oleh Sarah, mereka berdua bergaduh dalam perjalanan.
Ketika sedang bergaduh itu mereka diganggu oleh Volkswagen Kuning dan menyebabkan mereka terlibat dengan kemalangan. Fuad kemudiannya ditahan di wad, manakala Sarah mengalami kecederaan ringan. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang 'sesuatu' bersamanya. Pak Ayob, bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil penyiasatan itu, telah membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di kampung itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Pelakon
- Pekin Ibrahim sebagai Fuad
- Atikah Suhaime sebagai Sarah
- Maimunah Ahmad sebagai Nek Jah
- Fatin Afeefa sebagai Nek Jah muda
- Sahronizam Noor sebagai Halim
- Azman Hassan sebagai Pak Ayob
- Aida Othman sebagai Raudhah
- Mohd Rafe Ghazali sebagai Saleh tua
- Anak Kamarudin sebagai Saleh muda
- Hanif Safuan sebagai ijak (Suami inur)
- Dayang Areeda sebagai inur (Isteri ijak)
- Zalfa Zin sebagai Nisya
- Nor Amisah Abdullah sebagai Mak Som
Penerbitan
Volkswagen Kuning diinspirasikan dari kisah benar lagenda yang paling hangat diperkatakan sekitar 1956. Ia diarahkan oleh Shadan Hashim yang sebelum ini mengarahkan siri animasi Anak-anak Sidek dan filem Haru Biru.[2]
Keluaran dan sambutan
Volkswagen Kuning dikeluarkan pada 22 September 2016 di pawagam seluruh Malaysia.
Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Nurezzatul Aqmar Mustaza dari Sinar Harian memberikan pandangannya tersendiri mengenai filem ini: "...ia tampil dengan sesuatu yang menarik kerana jika ada pun filem Volkswagen Kuning ia sudah dipadatkan di dalam satu filem. Secara keseluruhan, filem ini masih menarik ditonton jika anda ingin mengetahui kisah di sebalik misteri Volkswagen kuning ini."[3] Di dalam ulasan positif untuk mStar Online, Kemalia Othman menulis "...nama filem ini sahaja sudah mampu menarik penonton untuk ke pawagam dan menyaksikan sendiri bagaimana ia digarap dan kesudahannya."[1] Diary Mama pula berkata: "...jalan cerita yang mudah difahami dan lebih santai. Walaupun cerita seram tapi ia turut menyelitkan unsur kekeluargaan, cinta dan pengajaran."[4]
Rujukan
- ^ a b Kemalia Othman (1 Oktober 2016). "Volkswagen Kuning Rungkai Kisah Misteri Popular". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-06. Dicapai pada 18 Mei 2017.
- ^ "Volkswagen Kuning: Filem Seram Inspirasi Dari Kisah Benar". Khir Khalid. 22 September 2016. Dicapai pada 19 Mei 2017.
- ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (24 September 2016). "Misteri Volkswagen kuning". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Mei 2017.
- ^ "Filem Seram Dari Kisah Benar – Volkswagen Kuning". Diary Mama. 22 September 2016. Dicapai pada 19 Mei 2017.