Fatin Afeefa | |
---|---|
فطن عفيفة | |
Kelahiran | Fatin Nur Afifah binti Shamsudin 13 Julai 1994 |
Pekerjaan | Pelakon, Peragawati, Penyanyi |
Tahun aktif | 2002–2024 |
Pasangan |
|
Anak-anak | 2 |
Fatin Nur Afifah Shamsudin lahir 13 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Fatin Afeefa merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, dan terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem.[1]
Kehidupan dan kerjaya
Fatin dilahirkan pada 13 Julai 1994 di Kuala Lumpur, Fatin Afeefa memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur 8 tahun. Drama pertama beliau ditayangkan di TV3, bertajuk Maksimum. Beliau membintangi filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi oleh Erin Malek, Nik Adruce dan Aedy Ashraf.
10 tahun kemudian, Fatin berlakon bersama Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip dalam filem Kampung Drift. Beliau muncul dalam drama adaptasi novel, Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar. Kemudian disusuli drama adaptasi Korea “The Womans Room” yang bertajuk “Monalisa” lakonan Zara Zya dan Nazim Othman.
Beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun perkahwinan pertamanya tidak didedahkan [2]. Pada 21 Disember 2012, Fatin telah berkahwin dengan pelakon Adam Shah dan anak pertama Afeefa dari perkahwinan pertama manakala anaknya yang kedua hasil perkahwinan beliau bersama Adam [3]. Pada 30 Mei 2017, pasangan ini telah memfailkan perceraian dan berpisah dengan baik.[4] Pada tahun 2022, Fatin telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Aliff Awang yang merupakan seorang usahawan muda yang dikenali sebagai opai. [1]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Tentang Bulan | Shahila | |
2007 | 9 September | Pelajar Sekolah | |
2008 | Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib | Fatin | |
2016 | Kampung Drift | Julia | |
Volkswagen Kuning | Nek Jah Muda | ||
2017 | Hospital | Amira | |
2020 | Showtime 1958 | Rosnani |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Pembancuh Kopi Mr. Vampire | Nurin Filzah | Hypp TV | |
Red Velvet | Sophie | Astro Ria | ||
Semusim Rindu | Husna | Astro Prima | ||
Kekasih Paksa Rela | Zilla | TV3 | ||
2018 | Bimbi & Bonni Misi 007 | Ramona | Astro Warna | |
Monalisa | Suraya | Astro Prima | ||
2019 | Geng Mak-Mak | Rose | Astro Gempak | |
Bintang Di Kalbu | Rina | TV1 | ||
Jodoh-Jodoh Annisa | Sheila | Astro Prima | ||
Asalkan Dia Bahagia | Anna | TV3 | ||
Cindai | Mikayla | |||
2020 | The Gadis | Nad | ||
You Kat...? | Jamilah | Awesome TV | ||
2021 | Ganjil | Sally | Viu | |
2024 | Misi Cinta Cik Cupid | Alesya | IQIYI |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Korban Penunggu Hospital | Ira | Astro Citra | |
2019 | Aku Raja Lawak | Milah | ||
2020 | Ara | Sherry | TV3 | |
Kisah Seram Hospital | Nurse Sarah | Astro Citra | ||
2021 | Asam Manis Gulai Cinta | Daria | TV2 | |
2022 | Nafsu Mental | Maria | Astro Citra |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Sepahtu Reunion Live 2019 | Zara | Astro Warna | Artis Jemputan Episod 9: Masihkah Ada Percaya |
2020 | Vokal Mania | Peserta (Rookie) | TV3 |
Diskografi
Single
Tahun | Tajuk | Kolaborasi | Catatan |
---|---|---|---|
"Tentang Bulan" | – | Ost Tentang Bulan | |
"Ke Pangkal Kasih" | – | Ost Seharum Mawar | |
"Cinta Terhenti" | – | ||
"Satu Jam Saja" | – | ||
"Demi Cinta Ini" | Tomok | Ost Shakira | |
"Tanda-Tanda Cinta" | The Colors | Ost Tundukkan Playboy Itu |
Rujukan
- ^ Fatin Afeefa okey, tidak tertekan[pautan mati kekal] Kosmo! (17 Disember 2017). Dicapai pada 19 Mei 2018.
- ^ Kahwin 2013, Tapi Anak Dah 6 Tahun Pada 2018. Fatin Afifah Dedah Kisah Silam. Diarkibkan 2019-02-28 di Wayback Machine rilekslah. Dicapai pada 12 Jun 2018.
- ^ Anak lelaki Fatin Afeefa tidak ada kaitan dengan Adam Shahz! mstar. Dicapai pada 11 Disember 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (3 Ogos 2017). Adam, Fatin bercerai bukan kerana orang ketiga Berita Harian. Diperoleh pada 23 April 2018.
Pautan luar
- Fatin Afeefa di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Fatin Afeefa di Instagram