Vokal bundar belakang separuh sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara o dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan o dalam X-SAMPA. Aksara [o] juga merujuk kepada vokal bundar belakang tengah yang turut dibincangkan dalam rencana ini.
Dalam bahasa Melayu, vokal [e] dilambangkan oleh huruf o, contoh: olah, bodoh, video.
Kebelakangan vokalnya adalah belakang, iaitu lidah terletak di belakang sekali dalam mulut tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
Kebundaran vokalnya adalah terjulur, iaitu penjuru-penjuru bibir dirapatkan, lalu terdedah permukaan dalamannya.
Kebanyakan bahasa, seperti bahasa Sepanyol dan bahasa Jepun, ada vokal bundar belakang tengah yang nyata berbeza dengan vokal-vokal separuh sempit dan separuh luas. Bagaimanapun, disebabkan tiada bahasa yang diketahui membezakan ketiga-tiganya, maka tiadanya aksara IPA khusus untuk vokal tengah ini, sebaliknya digunakan pula [o]. Jika perlunya keperincian, maka boleh digunakan diakritik perendah: [o̞].
Carbonell, Joan F.; Llisterri, Joaquim (1992), "Catalan", Journal of the International Phonetic Association, 22 (1–2): 53–56
Cruz-Ferreira, Madalena (1995), "European Portuguese", Journal of the International Phonetic Association, 25 (2): 90–94
Fougeron, Cecile; Smith, Caroline L (1993), "Illustrations of the IPA:French", Journal of the International Phonetic Association, 23 (2): 73–76
Jones, Daniel; Dennis, Ward (1969). The Phonetics of Russian. Cambridge University Press.
Martínez-Celdrán, Eugenio; Fernández-Planas, Ana Ma.; Carrera-Sabaté, Josefina (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association, 33 (2): 255–259
Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquipan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association, 38 (1): 107–114
Roach, Peter (2004), "British English: Received Pronunciation", Journal of the International Phonetic Association, 34 (2): 239–245
Roca, Iggy; Johnson, Wyn (1999). A Course in Phonology. Blackwell Publishing.
Rogers, Derek; d'Arcangeli, Luciana (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association, 34 (1): 117–121