Vittorio Ambrosio | |
---|---|
Kelahiran | Turin, Kerajaan Itali | 28 Julai 1879
Meninggal dunia | 19 November 1958 Alassio, Itali | (umur 79)
Kesetiaan | Kerajaan Itali (1861–1946) |
Perkhidmatan | Tentera Darat Diraja Itali |
Tahun perkhidmatan | 1896–1944 |
Pangkat | Jeneral |
Arahan | Tentera Darat Kedua Inspektor-Jeneral Tentera Darat Ketua Turus Tentera Darat Ketua Comando Supremo |
Pertempuran | Perang Itali-Turki Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Order of Saints Maurice and Lazarus Military Order of Savoy |
Hubungan | Ante Nikšić (bapa mertua) |
Vittorio Ambrosio (28 Julai 1879 – 19 November 1958)[1][2] adalah seorang jeneral Itali yang berkhidmat dalam Perang Itali-Turki, Perang Dunia I, dan Perang Dunia II. Semasa fasa terakhir Perang Dunia II Ambrosio menyokong kejatuhan Benito Mussolini dan pembatalan pakatan Itali dengan Jerman.[2]
Sebelum Perang Dunia II
Ambrosio berasal dari Turin. Pada tahun 1896 beliau memasuki Maktab Tentera Modena; selepas tamat pembelajaran beliau ditauliahkan sebagai pegawai kavalri. Semasa Perang Itali-Turki (1911-1912) beliau berkhidmat sebagai tenente (Leftenan) dalam rejimen Cavaleggeri di Lucca. Ambrosio bertugas sebagai ketua staf divisyen semasa Perang Dunia I. Pada tahun 1935 beliau dilantik Panglima, Kor XII. Menjelang tahun 1939 beliau naik pangkat untuk memerintah Tentera Darat Kedua, bertempat di sempadan Yugoslavia.[1]
Perang Dunia II
Aksi awal Ambrosio dalam Perang Dunia II ialah memimpin penyerangan Itali di Yugoslavia pada tahun 1941. Selepas pertempuran sengit yang singkat, Tentera Darat Ke-2 dibawah pimpinannya menyerang dari arah utara menghampiri Ljubljana dan pinggiran Zadar menjelang 11 April. Pada 15 April Ambrosio menakluk Split dan Kotor. Pada 17 April Ambrosio menguasai pantai Dalmatian. Mussolini menghargai kejayaannya dengan melantik Ambrosio sebagai Ketua Turus Tentera Darat Itali pada Januari, 1942.[2]
Selaku Ketua Turus, Ambrosio merancang untuk memulangkan askar Itali dari Ukraine dan Balkan. Pada Februari 1943, beliau menjadi Ketua Comando Supremo yang memerintah seluruh angkatan tentera. Pada Mei 1943, selepas kekalahan dahsyat di Tunis dan penyerbuan Bersekutu ke atas Sicily, Ambrosio cuba menyakinkan Mussolini untuk menarik Itali keluar dari peperangan dan menamatkan pakatan dengan Jerman.[1][3] Apabila Mussolini tidak mampu melawan Adolf Hitler, Ambrosio menyokong penyingkirannya dari kuasa. Selepas kejatuhan Mussolini pada bulan Julai, Ambrosio terus menjadi Ketua Comando Supremo dalam kerajaan tentera Pietro Badoglio. Pada bulan September, Ambrosio membantu merundingkan peletakan senjata dengan pihak Sekutu. Rundingan mengambil masa lebih lama dari yang dijangkakan dan memberi Jerman masa untuk menduduki sebahagian besar Itali.[1]
Ambrosio diturunkan pangkat ke Inspektor-Jeneral Tentera Darat oleh Badoglio pada November 1943 atas desakan pihak Sekutu, kerana tidak mempercayainya.[1][2]
Kehidupan peribadi
Ambrosio mengahwini anak Menteri Dalam Negeri Croatia, Ante Nikšić, pada tahun 1942.[4]
Lihat juga
- Tentera Darat Diraja Itali semasa Perang Dunia II|Tentera Darat Diraja Itali (1940–1946)
- Tentera Darat Rakan Perang Itali
Rujukan
- Petikan
- ^ a b c d e Tucker, Spencer C. (2001). Who's Who In Twentieth-Century Warfare. Routledge. m/s. 6. ISBN 0-415-23497-2.
- ^ a b c d Baudot, Marcel (1980). The Historical Encyclopedia of World War II. Facts on File Inc. m/s. 11. ISBN 0-87196-401-5.
- ^ Gallo, Patrick (February 28, 2003). For Love and Country. Lanham, Maryland: University Press of America. m/s. 46. ISBN 978-0-7618-2496-1. Dicapai pada 2007-06-13.
- ^ Dizdar dll. 1997, m/s. 239.
- Bibliografi
- Dizdar, Zdravko; Grčić, Marko; Ravlić, Slaven; Stuparić, Darko (1997). Tko je tko u NDH (dalam bahasa Croatia). Minerva. ISBN 953-6377-03-9.