Vedat Dalokay | |
---|---|
Datuk Bandar Ankara | |
Dalam jawatan 10 Disember 1973 – 12 Disember 1977 | |
Didahului oleh | Ekrem Barlas |
Digantikan oleh | Ali Dinçer |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 10 November 1927 Elazığ, Turkey |
Mati | 21 Mac 1991 Kırıkkale, Turki | (umur 63)
Parti politik | Parti Rakyat Republikan |
Tempat belajar | Universiti Teknologi Istanbul |
Pekerjaan | Arkitek Ahli politik |
Vedat Ali Dalokay (10 November 1927 - 21 Mac 1991) ialah seorang arkitek terkenal Turki serta bekas Datuk Bandar Ankara. Beliau dilahirkan di Elazığ, Turki pada tahun 1927 kepada İbrahim Bey dari Pertek. [1] Beliau menamatkan sekolah rendah dan menengahnya di bandar yang sama. Kemudian, beliau berangkat ke Istanbul untuk melanjutkan pelarajan dalam ijazah universiti dan lulus dari Fakulti Seni Bina Universiti Teknikal Istanbul pada 1949. Kemudian, pada 1952, beliau menamatkan pengajian pascasiswazah di Institut Urbanisme dan Pembangunan Bandar Universiti Sorbonne di Paris, Perancis.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Vedat Dalokay". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-18. Dicapai pada 2011-07-16.