Sistem Imperial atau lebih dikenali sebagai Sistem Inggeris atau Sistem British ialah salah sebuah sistem berat dan ukuran yang pernah digunakan di negara Britain dan Amerika Syarikat. Di Malaysia, Sistem ini masih digunapakai lagi sejak zaman penjajahan British hingga sekarang walaupun telah beralih kepada Sistem Metrik yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan pada 1 Januari1982.