| Tunku Yaakob | |
|---|---|
| Yang Teramat Mulia | |
| Keputeraan | 27 Disember 1899 Kota Kanchut, Alor Setar, Kedah |
| Kemangkatan | 28 Disember 1990 (umur 91) |
| Pemakaman | Makam Diraja Langgar Kedah |
| Ayahanda | Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah |
| Bonda | Sharifah Fatimah binti Syed Idrus |
Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah (27 Disember 1899 - 28 Disember 1990) ialah putera kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26, serta abang kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pendidikan
Berikut pendidikan beliau;[1]
| Tahun | Pendidikan |
|---|---|
| 1905 | Mengaji Al-Quran |
| 1909 | Goverment English School |
| 1912 | Malay College, Kuala Kangsar |
| 1924 | University of Cambridge (jurusan sains pertanian) |
| 1929 | - Imperial College of Agriculture Trinidad
- Ijazah B.A |
| 1949 | Ijazah M.A |
Pengasas Pekan Rabu
Tunku Yaakob telah menubuhkan Pekan Nat atau Pekan Sehari yang masih berjalan dengan maju hingga hari ini. Hasil kesedaran seorang Putera Diraja Kedah YTM Tunku Yaakob tentang kemunduran orang Melayu dalam perniagaan telah ditubuhkan Pekan Nat di Tanjung Chali, Alor Setar. Sempena hari kelahirannya pada hari Rabu, Pekan Nat itu dinamakan Pekan Rabu yang khususnya dibuka pada tiap-tiap hari rabu sahaja.[2]
Duta di Perancis
Tunku Yaakob menjadi duta besar Malaysia di Perancis pada tahun 1965. [3]
Majlis Montri Sabha
Pada bulan Disember 1943, pihak berkuasa Thailand yang menguasai Kedah memutuskan untuk memulihkan sebahagian model pentadbiran pra-perang British selepas menyedari bahawa Pihak Berikat akan memenangi Perang Dunia II. Selepas peranan tentera di dalam pentadbiran negeri dihapuskan, Sultan Kedah dikembalikan sebagai Ketua Negeri yang memerintah dengan bantuan penasihat Thailand. Pihak berkuasa Thailand juga memulihkan pentadbiran negeri kepada Majlis Montri Sabha yang dahulu dikenali sebagai Majlis Negeri, dengan Sultan Kedah merupakan Presiden majlis tersebut. Tunku Yaakob dijadikan Naib Presiden Majlis Montri Sabha. [4]
Rujukan
- ^ "Ketokohan Tunku Yaakob - Ringkasan Riwayat Hidup". www.memori-kedah.com. Dicapai pada 2025-10-19.
- ^ "Ketokohan Tunku Yaakob - Ketokohan YTM. Tuanku Yaacob". www.memori-kedah.com. Dicapai pada 2025-10-19.
- ^ Laman web Kedutaan Perancis di Malaysia
- ^ Laman web Jelsoft Enterprises Ltd.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.








