Tunku Nadzaruddin تونکو ناذروددين | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar | |||||
Tunku Panglima Besar | |||||
Tempoh | 2008 - kini | ||||
Didahului oleh | Tunku Abdullah | ||||
Keputeraan | Tunku Nadzaruddin bin Tunku Ja'afar 26 Oktober 1959 Kuala Lumpur, Selangor, Malaya | ||||
Pasangan | Tunku Mimi Wahida (k. 1997) | ||||
Anakanda | Tunku Muhammad Hazimshah Raden Tunku Muhammad Mish’al Raden Tunku Ines Najihah Raden Puteri Iesha Mia Helena Raden | ||||
| |||||
Wangsa | Pagaruyung | ||||
Ayahanda | Tuanku Ja’afar | ||||
Bonda | Tunku Ampuan Najihah | ||||
Agama | Sunni Islam |
![]() |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar (diputerakan pada 26 Oktober 1959) ialah anak lelaki ketiga Almarhum Tuanku Ja’afar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan Almarhumah Tunku Ampuan Najihah.
Latar belakang
Tunku Nadzaruddin dilahirkan di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1959 sebagai anak bongsu lelaki kepada Tuanku Ja'afar ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman, dan permaisuri, Tunku Ampuan Najihah.
Perkahwinan dan keluarga
Beliau berkahwin di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 6 November 1997 dengan Tunku Mimi Wahida binti Raja Abdullah Wahman, seorang bekas personaliti televisyen. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan:
- Tunku Muhammad Hazim Shah Raden bin Tunku Nadzaruddin. dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor, 23 September 1999.
- Tunku Muhammad Mish'al Raden bin Tunku Nadzaruddin. dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor, 30 April 2001.
- Tunku Ines Najihah Raden binti Tunku Nadzaruddin. dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor, 23 September 2003.
Terasul dan gelaran
Gelaran hormat bagi Tunku Nadzaruddin | |
![]() | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tunku |
Gaya pilihan | Tunku Panglima Besar |
Gelaran penuh beliau ialah :
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, D.K.Y.R, S.P.T.J.
Darjah kebesaran
Beliau telah dikurniakan[1]:
Darjah kebesaran Negeri Sembilan
Negeri Sembilan:
Penerima Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (D.K.Y.R.) (1984)
Penerima Darjah Seri Paduka Tuanku Jaafar (S.P.T.J., 22.7.2000)
Rujukan
- Laman Web "Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd", pembentangan Lembaga Pengarah dengan gambar Tunku Nadzaruddin
- Laman menggunakan Templat:Script dengan input tidak dikenali
- Kelahiran 1959
- Orang hidup
- Orang dari Kuala Lumpur
- Orang Malaysia berketurunan Inggeris
- Orang Malaysia berketurunan Ireland
- Orang Malaysia berketurunan India
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Minangkabau
- Muslim Malaysia
- Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Kerabat Yam Tuan Raden
- Kerabat Tuanku Ja'afar