Tuan Nuruman (meninggal dunia 1810), dikenali juga dengan sebutan Belanda Paay Schapie atau Nurman ialah salah satu Imam besar masyarakat Melayu Cape dan ulama paling berpengaruh dalam perkembangan Islam di Afrika Selatan.[1] Dia adalah murid daripada Tuan Sayeed Alawie dan Tuan Guru.[2]
Biografi
Tidak banyak yang diketahui secara pasti mengenai beliau sebelum kedatangannya ke Cape Town sebagai seorang remaja yang merupakan penduduk asli Batavia pada tahun 1779.[3] Beliau berasal daripada keluarga biasa, suatu hari ia ditangkap. Dijadikan sebagai hamba dan dipaksa menuju ke Loji tempat mereka berkumpul. Tuan Nuruman sejak sebelum kedatangannya secara fasih mampu berbahasa Melayu dan dia mengajarkannya pada anak-anak muridnya di madrasah.
Beberapa tahun selepas hidup sebagai seorang hamba, dia dibebaskan oleh Tuan Sayeed Alawie dan berkhidmat untuk belajar ilmu agama kepadanya. Nurman, muridnya mempunyai kepandaian di atas murid-muridnya yang lain terutama dalam hal berbahasa. Pada satu ketika, Belanda mensyaki bahawa ia menyebarkan jimat-jimat pembawa kesaktian dan merancangkan sebuah pemberontakan seperti Alexander de West Kust dari Sumatra sekitar 20 tahun sebelumnya.
Nuruman menentang tuduhan itu, dia berkata bahawa ia tidak mampu berbicara dalam bahasa Bugis maupun menulis lontara seperti yang tertulis dalam jimat itu.[4] Meski demikian, Belanda tetap memenjarakannya di Pulau Roubben pada 1786.[5] Beliau baru dibebaskan sejak Belanda hengkang digantikan Inggeris. Dia menjadi salah satu pemimpin komuniti dan mendapat gelaran Tuan. Nada bicaranya kharismatik dan halus, meski bukan berasal daripada keturunan bangsawan.[6]
Pengaruh dalam masyarakat Cape Town
Tuan Nuruman dikenal sebagai penyayang haiwan. Dia menggali beberapa sumur agar haiwan-haiwan yang sedang kehausan dapat minum. Beliau membantu pembuatan jalan untuk kereta kuda dan tidak jemu mengingatkan pekerja agar jangan lupa beribadah. Gabenor Janssen ketika itu mengenalnya dengan baik. Dia dibolehkan untuk menubuhkan tempat pemakaman, kelak dikenal masyarakat Cape sebagai Jirat Tana Baru.
Sepeninggal Tuan Guru pada 1807, Tuan Nuruman menggantikan peran beliau sebagai pemimpin umat Islam di Cape Town. Tiga tahun selepasnya, Tuam Nuruman wafat. Beliau memiliki beberapa anak perempuan. Tuan Nuruman berwasiat kalau dia ingin agar makamnya sederhana. Dia tidak ingin dinding, batu nisan yang berlebihan ataupun dorgah ditubuhkan di atasnya.[7]
Rujukan
- ^ Ward, Kerry (2009-07-30), Forced Migration and Cape Colonial Society (dalam bahasa Inggeris), Cambridge University Press, m/s. 239–282, dicapai pada 2025-04-30
- ^ e.yurdakul (2021-10-11). "TİKA, Güney Afrika'daki Ortak Tarihi ve Kültürel Mirasımıza Sahip Çıkıyor - TİKA". TİKA (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 2025-04-30.
- ^ Leow, H. M. A. (2024-12-07). "Recovering the Malay Manuscripts of South Africa". JSTOR Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-30.
- ^ Koolhof, Sirtjo; Ross, Robert (2005). "Upas, September and the Bugis at the Cape of Good Hope. The Context of a Slave's Letter". Archipel. 70 (1): 281–308. doi:10.3406/arch.2005.3982.
- ^ "Tuan Nuruman – Tana Baru" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-30.
- ^ "Kramat Guide". Boorhaanol Islam Movement (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-30.
- ^ "The Assimilation: Muslim Prisoners (1700 – 1790)". Cape Malays... (dalam bahasa Inggeris). 2009-12-02. Dicapai pada 2025-04-30.