| |||||||
Ditubuhkan | 1925 (sebagai Western Air Express) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Operasi ditamatkan | Disember 2001 | ||||||
Hab | |||||||
Bandar tumpuan | |||||||
Program kesetiaan | Aviators | ||||||
Perikatan | - | ||||||
Pesawat | 190 | ||||||
Destinasi | 132 | ||||||
Syarikat induk | Transworld Corporation | ||||||
Ibu pejabat | Bandar Kansas, Missouri | ||||||
Orang penting |
| ||||||
Laman web | twa.com |
Trans World Airlines (TWA) adalah syarikat penerbangan utama di Amerika Syarikat dengan hab di St. Louis, New York (JFK), dengan bandar utama, Bandar Kansas, Missouri; San Juan, Puerto Rico; and Los Angeles, California. Syarikat penerbangan ini telah mula beroperasi pada tahun 1930 sehingga ia diambil alih oleh American Airlines pada tahun 2001. Sebelum dibeli, TWA adalah salah satu syarikat penerbangan domestik terbesar di bandar-bandar utama di Amerika Syarikat. Ia juga adalah pembekal terbesar operasi di bandar-bandar kecil di barat tengah. Di luar Amerika Syarikat, TWA telah mengadakan jaringan di Eropah dan Timur Tengah yang memberikan perkhidmatannya terutamanya di hab utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy. Bersama-sama dengan Pan American World Airways, secara tidak rasminya, ia dianggap menjadi duta yang kedua untuk Amerika Syarikat, dan ia adalah duta bagi Amerika Syarikat pada tahun 1990-an, disebabkan kejatuhan Pan Am.
Sejarah
1930-an
Pengasasan - TWA
Tarikh sejarah korporat TWA bermula pada 16 Julai 1930, ia dipaksa bergabung di dalamTranscontinental Air Transport (T-A-T) dan Western Air Express untuk membentuk Transcontinental & Western Air (T&WA). Syarikat ini bergabung atas desakan Jeneral Ketua Posmen Walter Folger Brown, yang mencari syarikat penerbangan yang besar untuk mengadakan kontrak Mel Udara.