![]() | Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Mei 2024) |

Trampet (Jawi: ترامڤيت) ialah trampolin segi empat kecil yang digunakan dalam gimnastik. Dalam sukan TeamGym, trampet diletakkan di hujung laluan larian, di hadapan tilam. Trampet dilaraskan pada satu sudut, condong ke arah gimnas yang berlari ke arahnya. Gimnas melompat ke atas trampet lalu melakukan balik kuang, dan mendarat di atas tilam. Sebahagian daripada program trampet TeamGym dilakukan dengan menggunakan peti lombol yang diletakkan di antara trampet dan tilam.
Lihat juga
Rujukan
- European Union of Gymnastics, TeamGym Disciplines
- "Continental Sports Trampettes". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2012. Dicapai pada 4 Jun 2010.