Toyota RAV4 | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Toyota Motor Corporation |
Pengeluaran | 1994–kini |
Kelas | Compact Crossover SUV 1994–sekarang |
Reka letak | Front engine, front-wheel drive / all-wheel drive |
Toyota RAV4 adalah kereta Sport Utility Vehicle (SUV) yang dihasilkan oleh Toyota dari tahun 1994 hingga sekarang. Walaupun berbentuk SUV, RAV4 menggunakan casis monocoque seperti sedan sehingga handling-nya mantap.
Pesaing Toyota RAV4 adalah Nissan X-Trail, Ford Escape, Honda CR-V, Hyundai Santa Fe, dan Subaru Forester.
Generasi Pertama (Kode Bodi XA10, 1994-2000)
[sunting | sunting sumber]First generation (XA10) | |
---|---|
Maklumat | |
Pengeluaran | 1994–2000 (RAV4) 1997–2003 (RAV4 EV) |
Tahun model | 1995–2000 |
Pemasangan | Japan: Toyota, Aichi and Tahara, Aichi |
Gaya badan |
|
Enjin |
|
Penghantaran | |
Jarak roda |
|
Panjang |
|
Lebar | 1,695 mm (66.7 in) |
Tinggi |
|
RAV4 dibuat berdasarkan pada platform Corolla, dan dijual dalam dua jenis: versi dua pintu dan empat pintu. Toyota RAV4 yang dijual di AS, dilengkapi enjin 4 silinder segaris yang menghasilkan tenaga 89 kW (120 hp) .RAV4 yang dijual di AS mempunyai 2 sistem penggerak iaitu front wheel drive dan all-wheel drive, dan dijual dalam transmisi manual lima kelajuan atau transmisi automatik empat kelajuan. RAV4 diberikan penghargaan sebagai Automobile of The Yearpada tahun 1997 oleh majalah Automobil. Pada tahun 1998, RAV4 sedikit dibenahi pada sektor Fascia depan dan belakang, dan Soft-Top dua pintu pun dibuat. Pada tahun itu tenaganya meningkat sedikit menjadi 95 kW (127 hp). Pada tahun 1999, hardtop dua pintu tidak di jual lagi dari lineup kereta Toyota Amerika, meninggalkan model 5-pintu dan soft-top. Di Jepun, enjin 3S-GE BEAMS 2.0 L dengan tenaga 132 kW (177 hp) tersedia.
Generasi Kedua (2000-2005)
[sunting | sunting sumber]Second generation (XA20) | |
---|---|
Maklumat | |
Juga dikenali |
|
Pengeluaran | 2000–2005 |
Tahun model | 2001–2005 |
Pemasangan |
|
Gaya badan | |
Enjin | |
Penghantaran | |
Jarak roda |
|
Panjang |
|
Lebar | 1,735 mm (68.3 in) |
Tinggi | 1,650–1,680 mm (65.0–66.1 in) |
Berat Curb | 1,150 kg (2,535 lb) |
Model awal menggunakan enjin 1800cc dan 2000cc, dan model facelift dilengkapi enjin 2400 cc. Di Jepun RAV4 terdiri dari RAV4 J and RAV4 L yang hadir dalam bentuk body 3 pintu short jarak roda dan 5 pintu long jarak roda. Untuk Australia RAV4 tersedia dalam trim level Edge dan Cruiser.
Generasi Ketiga (2005-kini)
[sunting | sunting sumber]Third generation (XA30) | |
---|---|
Maklumat | |
Juga dikenali | Toyota Vanguard (Japan, LWB) |
Pengeluaran |
|
Tahun model | 2006–2012 |
Pemasangan |
|
Gaya badan | 5-door wagon |
Pelantar | Toyota New MC platform |
Enjin | |
Penghantaran | |
Jarak roda | 2,560–2,660 mm (100.8–104.7 in) |
Panjang | 4,395–4,620 mm (173.0–181.9 in) |
Lebar | 1,815–1,855 mm (71.5–73.0 in) |
Tinggi | 1,685–1,755 mm (66.3–69.1 in) |
RAV4 generasi ketiga lebih besar dari pendahulunya. Walaupun body yang tersedia hanya SUV Wagon 5 pintu, tetapi dibuat dalam versi short dan long jarak roda. Model casis pendek (short wheelbase) dijual di Jepun dan Eropah. Ini adalah versi yang masuk ke Indonesia melalui pengimport umum. Sedangkan model casis panjang (long wheelbase) dijual di Amerika dan Australia, serta dipasarkan dengan nama Vanguard di Jepun yang mempunyai bahagian depan yang berbeza dan pedalaman yang lebih mewah.
RAV4 casis pendek menggunakan mesin bensin 2000 cc, 2400 cc atau mesin diesel 2200 cc. Pilihan mesin untuk RAV4 casis panjang adalah 2400 cc 4 silinder segaris 2AZ-FE dan 3500 cc V6 2GR-FE.
Di Amerika, RAV4 dijual dalam model Standard, Sport, dan Limited. Kedua-dua enjin petrol serta penggerak roda depan (front wheel drive) dan 4WD tersedia untuk semua model. Model facelift untuk tahun 2009 mempunyai bumper dan grille baru serta enjin 2500 cc 2AR-FE. RAV4 untuk Japanese Domestic Market (JDM) boleh didapati dalam model X, G, dan Sport yang semuanya dilengkapi enjin 2400 cc.
- ^ "Japanese Production Sites" (Siaran akhbar). Japan: Toyota. 2015-03-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-18.