Tindak balas klik merupakan penemuan oleh Rolf Huisgen dan dipopularkan Dr Karl Barry Sharpless pada tahun 1999 dan semenjak itu telah mula digunakan untuk pelbagai aplikasi terutamanya dalam sains polimer.[1]
Secara asasnya, tindak balas klik adalah tindak balas di antara kumpulan azida dan terminal asetilena yang menghasilkan 1,2,3 triazola. Tindak balas ini menggunakan kuprum (I) sebagai pemangkin tindak balas.[1][2]

Kelebihan-kelebihan teknik ini:
- Hasil yang tinggi
- Boleh digunakan secara pukal ataupun dengan pelarut
- Tidak dipengaruhi oleh sifat pelarut samada bersifat kutub ataupun bukan kutub
- Reagen ataupun bahan untuk memulakan tindak balas mudah didapati
- Bahan sampingan tindak balas mudah ditulenkan
- Tindak balas yang tidak sensitif kepada kewujudan air ataupun udara (oksigen).[1][3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Hein, C.D; Liu, X.M; Wang, D (2008). "Click Chemistry, A Powerful Tool for Pharmaceutical Sciences". Pharm. Res. 25: 2216.
- ^ Fournier,D; Hoogenboom, R; Schubert,S.S (2007). "Clicking polymers: a straightforward approach to novel macromolecular architectures". Chem. Soc. Rev. 36: 1369. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ Brant C. Boren; Sridhar Narayan; Lars K. Rasmussen; Li Zhang; Haitao Zhao; Zhenyang Lin; Guochen Jia; Valery V. Fokin (2008). "Ruthenium-Catalyzed Azide−Alkyne Cycloaddition: Scope and Mechanism". J. Am. Chem. Soc. 130 (28): 8923–8930. doi:10.1021/ja0749993. PMID 18570425.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Click Chemicals - sebuah laman web untuk membantu pengkaji-pengkaji kimia klik.