Tiada Sempadan | |
---|---|
Genre | Dokumentari |
Pengarah | Mohd Shahrizal Abd Rahim |
Pengacara | Zaleha Khairene Ismail |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 13 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit | Mohd Shahrizal Abd Rahim |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Siaran asal | 4 November 2007 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Tiada Sempadan ialah sebuah siri televisyen dokumentari Malaysia yang meliputi kisah hidup, perasaan dan pengalaman para pekerja asing di Malaysia. Siri 13 episod ini diterbitkan oleh penyiarnya TV9 dengan usahasama DiGi, dan diacarakan oleh Zaleha Khairene Ismail yang juga dinyatakan sebagai "perantara" pihak .
Objektif rancangan ini adalah untuk menitikberatkan kisah-kisah harapan, keberanian dan ketabahan semangat insani. Keunikan rancangan ini terletak pada objecktifnya, iaitu bukan untuk mengajar, sebaliknya setakat berkongsi pengalaman individu-individu ini serta mengilhamkan yang lain.[1]
Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, dokumentari ini diwujudkan tepat pada masanya kerana masyarakat tempatan kian memandang hina individu-individu berkenaan dan mengaitkan mereka dengan gejala sosial, tambah beliau; bukan semua mereka bersalah atas perkara-perkara sebegiitu, sebaliknya berniat ikhlas dan terus menumpu perhatian mereka agar mencerahkan masa hadapan keluarga mereka di tanah air masing-masing.[1]
Penerbitan
Penggambaran Tiada Sempadan bermula pada 20 Ogos. Episod pertama disiarkan pada 4 November 2007. Pasukan penerbitan Tiada Sempadan terdiri daripada Mohd Shahrizal Abd Rahim (penerbit), Anida Atan @ Sujang (Pembantu penerbit), Zaleha Khairene Ismail (wartawan penyiaran dan hos) dan Zaimie Anizah Zainuddin (wartawan penyiaran). Apa yang menariknya ialah segala aspek teknikal rancangan ini, termasuk penggambaran dan penyunting, dikendali oleh keempat-empat individu ini. Mereka juga menerjah ke negara asal masing-masing pekerja asing yang ditemu bual untuk menemui sanak saudara mereka. Penggambaran juga dibawa ke negara luar untuk menemui sanak saudara warga asing di ditemubual.[1]
Buat musim pertama, hanya warga-warga dari empat negara: Indonesia, Filipina, Nepal dan Bangladesh, yang diliputi.
Episod
# | Tarikh penyiaran | Warga | Ringkasan |
---|---|---|---|
1 | 4 November 2007 | Indonesia | Desa Kristianto menjadi pelayan resotran di sini demi menyara hidup adik-beradiknya di desa Sleman, dekat Yogyakarta. |
2 | 11 November 2007 | Indonesia | Muhasin, majikan sebuah bengkel yang merantau dari Jawa Tengah, hendak meningkatkan mutu hidupnya, manakala seorang anak buahnya, Agus Dwi Priwanto yang juga dari Jawa Tengah, hendak menjayakan adik-adiknya dengan pendapatan di sini. |
3 | 18 November 2007 | Indonesia | Siti Rahmatin dari Jawa Timur perlu menangkis cerita kawan-kawannya mengenai pengalaman ngeri di perantauan untuk menjadi pembantu rumah orang kaya di sini. |
4 | 25 November 2007 | Indonesia | Anak watan Jawa Tengah yang cuma bernama Wahyono diambil bekerja di kilang cetak untuk mencari rezeki dan kini adalah salah seorang pekerja paling mahir. |
5 | 2 Disember 2007 | Filipina | Pilar de la Cruz Sangaran tiba dari Manila pada tahun 1986 sebagai suri rumah tetapi lambat laun membuka dan menguruskan kedainya sendiri untuk menyara anak-anaknya di tanah airnya. |
6 | 9 Disember 2007 | Filipina | Nerly Bacolcol meninggalkan empat orang anak yang masih muda di Manila untuk membantu di sebuah kedai runcit demi membela masa depan anak-anaknya. |
7 | 16 Disember 2007 | Filipina | Aliza Alma Abdullah meninggalkan Cebu untuk menyanyi di kelab malam ibu kota sebelum ketentuan hidup mengubah haluannya ke bidang kecantikan. |
8 | 23 Disember 2007 | Nepal | Khedar Bosnet menggunakan pengalaman ketenteraanya di negara asalnya sebagai penjaga keselamatan bangunan ibu pejabat DiGi. |
9 | 30 Disember 2007 | Nepal | Neil Prasat berpisah dari keluarganya di Bhaktapur, datang ke sini untuk menjaga kebersihan bangunan pejabat demi menyara anak-anaknya. |
10 | 6 Januari 2008 | Bangladesh | Hamid Hussein, pemegang diploma dari Gazipur, Dhaka yang kecewa kerana tiada peluang pekerjaan di tanahair, terpaksa mencuba nasib di ladang ayam di Sungai Siput. |
11 | 13 Januari 2008 | Bangladesh | Mohammed Malek dari Matlab, tertarik oleh peluang meraih gaji lumayan di tapak pembinaan di Bandar Utama. |
12 | 20 Januari 2008 | Bangladesh | Abdul Haie meninggalkan bidang pertanian di Narayangong demi mengubah nasib keluarganya dengan membersihkan dan menyelenggara padang golf kita. |
13 | 27 Januari 2008 | Imbasan kembali kesemua warga asing yang ditemubual sepanjang musim ini. |
Rujukan
- ^ a b c "TIADA SEMPADAN — TV9 and DiGi Reaches Out in New Documentary". DiGi. 30 Oktober 2007. Check date values in:
|date=
(bantuan)