The Original Gangster | |
---|---|
Pengarah | Syamsul Yusof |
Lakon layar | Syamsul Yusof |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Madnor Kassim |
Disunting oleh | Syamsul Yusof |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan | 2025 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
The Original Gangster merupakan sebuah filem aksi gangster drama jenayah ngeri Malaysia yang akan datang arahan Syamsul Yusof terbitan syarikat produksi miliknya sendiri iaitu Syamsul Yusof Films dengan kerjasama dua lagi syarikat produksi yang lain iaitu Razor's Edge Pictures dan Primeworks Studios. Filem ini dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Rosyam Nor, Hairul Azreen dan ramai lagi. Filem ini dijangka akan keluar di pawagam seluruh negara pada tahun 2025.
Pelakon
- Sharnaaz Ahmad sebagai Ryan
- Beto Kusyairy sebagai Haq
- Rosyam Nor sebagai Tommy
- Hairul Azreen sebagai Que
- Shaheizy Sam sebagai Jim
- Yayan Ruhian sebagai Pablo
- Soffi Jikan sebagai Api
- Nas-T sebagai Bun
- Pablo Amirul sebagai Dario
- Niezam Zaidi sebagai Azam
- Syamsul Yusof sebagai Don
- Khir Rahman sebagai Carlos
- Fauzi Nawawi sebagai Ramlee
- Azlan Komeng sebagai Zambri
- Geoff Andre Feyaerts sebagai Paul
- Azliyuszaini Mohd Noor sebagai Khalid
- Ummi Nazeera sebagai Aina
- Rafique Iskandar sebagai Ryan (kecil)
- Mikael Noah sebagai Haq (kecil)
- Laura Olivia sebagai
Penerbitan
The Original Gangster ialah filem ke-12 arahan Syamsul Yusof dan juga filem pertama terbitan syarikat produksi miliknya iaitu Syamsul Yusof Films dan diterbitkan tanpa melibatkan syarikat produksi Skop Productions milik bapanya, Datuk Yusof Haslam. Ini merupakan francais terbaru filem Syamsul yang bergenre aksi, gangster, drama, jenayah dan ngeri. Filem ini juga tiada kaitan dengan francais dua filem yang diarahkan oleh Syamsul sebelum ini iaitu KL Gangster dan KL Gangster 2 yang diterbitkan pada tahun 2011 dan 2013.[1][2]
Rujukan
- ^ Sudirman Mohd Tahir (30 September 2022). "The Original Gangster atau KL Gangster 3?". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2023.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (8 Oktober 2022). "'The Original Gangster cerita baharu, tiada kena-mengena dengan KL Gangster 3' - Syamsul Yusof". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2023.