Terraforming (daripada perkataan Latin: Terra "Bumi dan kata kerja bahasa Inggeris: form "membentuk" - "membentuk menjadi bumi") ialah suatu konsep kerekayasaan di mana adanya kebarangkalian bahawa atmosfera, suhu, topografi permukaan ataupun ekologi sesebuah planet, satelit semulajadi atau sebarang jasad angkasaboleh diubah dan diolah menyerupai sekitaran Bumi yang membolehkan ia dihuni hidupan Bumi.
Konsep pengubahan persekitaran ini telah lama wujud dalam cereka sains serta teori sains, namun ia tidak dapat diungkapkan dengan tepatnya sehingga tahun 1940-an; istilah "terraforming" dicipta Jack Williamson dalam suatu cerita pendek berjudul "Collision Orbit" dalam majalah Astounding Science Fiction pada tahun 1942.[1]
Aspek yang disentuh
Kaedah ini dilaksanakan bergantung kepada tahap kemampuan sesebuah jasad angkasa atau planet menampung hidupan yang bakal menghuninya (planetary habitability). Tahap ini mengambil kira keberadaan sumber tenaga, tetapi faktor lain yang menyentuh aspek geofizik, geokimia dan astrofizik akan dipertimbangkan juga berkaitan kemampuan menyokong kehidupan. Syarat suatu planet bisa mendukung kehidupan adalah:
- Memiliki bintang yang jaraknya cukup dengan perbandingan dengan tenaga yang dikeluarkan bintang tersebut.
- Sudah ada selama berbilion-bilion tahun untuk memberi kesempatan pada planet tersebut membentuk keadaan yang sedikit sebanyak mampu menyokong kehidupan, serta berkemungkinan ada kehidupan yang tersendiri.
- Cukup sinar ultraungu untuk memulakan dinamik atmosfera yang memungkinkan pembentukan ozon namun tidak terlalu banyak ionisasi yang bisa membunuh kehidupan.
- Air - sumber utama kehidupan - ada pada permukaannya.
- mempunyai nisbah jisim dan isipadu planet yang cukup: nisbah jisim dan isipadu yang terlalu kecil menghasilkan graviti yang terlalu rendah lalu meustahilkan keberadaan atmosfera.
- Kandungan atmosfera - berperanan penting menciptakan bahan biokimia dasar. Penebatan dan perpindahan kalori dari permukaan planet dikehendaki untuk mengekalkan suhu sebahagian planet ketika ia tidak disinari cahaya bintang. Keadaan atmosfera juga penting untuk sebagai suatu bentuk perlindungan mengekang serangan luar angkasa baik dalam bentuk ketara (seperti meteor) ataupun tenaga (seperti radiasi).
- Memiliki empat unsur yang vital bagi kehidupan Bumi yang menghuninya: karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.
Jasad yang disasarkan
Pihak yang berminat terhadap pemengubahan ini menyasarkan banyak planet atas sebab-sebba tertentu:
Marikh sering menjadi perhatian kerana ia merupakan satu-satunya planet yang mempunyai ciri-ciri sekitaran menghampiri keadaan seakan Bumi dalam Sistem Suria.[2]
Marikh mungkin pernah memiliki persekitaran yang tersendiri seperti Bumi, dengan atmosfera yang lebih tebal serta keberadaan air melimpah ruah yang telah lama menghilang sejak ratusan juta tahun; mekanisme yang pasti tentang kehilangan itu belum diketahui, meski sejumlah mekanisme berhipotesis telah diajukan. Teras planet Mars juga mengndungi ferum sepertimana Bumi lalu memnungkinkan suatu magnetosfera yang wujud, namun kekuatan magnetosfera ia yang jauh kurang membolehkan angin suria menerobosi atmosfera planet tersebut, ditambah lagi dengan tarikan graviti yang relatif lebih rendah mempercepatkan penipisnan [[atmosfera jasad tersebut. Kekurangan kegiatan plat tektonik dikhuatiri juga antara sebab mencegah proses pengitaran semula atmosfera dengan gas yang terkurung di dalam perut planet ini.
Para pengkaji yang memerhati dan menyelidiki bintang ini sejak zaman dahulu banyak membayangkan kemungkinan sama ada keadaan di planet tersebut mapan untuk penghunian manusia, lagi-lagi dengan keterbatasan meneliti di sebalik atmosferanya yang tebal sehingga Disember 1970 di mana pendarat Venera 7 dilancarkan pihak Soviet menemukan bahawa persekitaran yang terbenam dalam atmosfera planet tidak selamat diduduki manusia.[3][4] Bitang Kejora ini mempunyai beberapa faktor utama yang menyumbang kepada keadaan membahayakan ini - atmosferanya yang tumpat dengan karbon dioksida sebanyaj 9 MPa serta suhu permukaan planet tersebut yang disukat sebanyak 450 °C (723.15 K).[5][6] kedua-duanya merupakan hasil kesan rumah hijau berlarutan dalam planet itu yang menjadi cabaran utama.
Jasad lain dalam Sistem Suria
Ada juga beberapa jasad yang dilihat berpotensi untuk diolah sebegini sama ada secara sepenuhnya mahupun separa termasuk satelit-satelit milik Musytari (Callisto, Ganymede), Zuhal (Titan, Europa dan Enceladus malah juga planet kerdil (misalnya Ceres).
Permasalahan yang diungkit
Ada banyak perselisihan yang dihdapai antara mereka yang menyokong dan membantah konsep ini atas dasar-dasar etika, politik, dan ekonomi.
Pihak yang menyokong rekayasa pengubahan ini berpendapat ia membantu meneruskan kelangsungan hidup semua flora dan fauna di Bumi di mana planet ini bisa cenderung berubah beransur-ansur sehingga ia tidak lagi mampu menampung kehidupan sedia ada lalu pupus. Perekayasaan sebegini dilihat sebagai harus selagi persekitaran atau jasad baru yang diasasarkan untuk pelaksanaan pengubahan ini kontang dan tiada hidupan yang boleh diancam kegiatan pengubahan tersebut. Pihak yang menentang pula berpendapat bahawa ia merupakan suatu penggangguan alam sekitar yang tidak beretika serta dikhuatiri mengulangi salah laku manusia yang memusnahkan Bumi untuk keuntungan sendiri jika pengubahan tersebut dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Rujukan
- ^ "Science Fiction Citations: terraforming". Dicapai pada 16 Jun 2006.
- ^ Read and Lewis 2004, p.16; Kargel 2004, pp. 185–6.
- ^ Reeves, Robert (1994). The Superpower Space Race: An Explosive Rivalry through the Solar System. Plenum Press. m/s. 211–215. ISBN 0-306-44768-1.
- ^ "Итоги работы станции "Венера-7"" (dalam bahasa Rusia). Galspace. Dicapai pada 26 Mei 2019.
- ^ Fogg, Martyn J. (1987). "The Terraforming of Venus". Journal of the British Interplanetary Society (40): 551–564.
- ^ Landis, Geoffrey (2011). "Terraforming Venus: A Challenging Project for Future Colonization" (PDF). doi:10.2514/6.2011-7215. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) Paper AIAA-2011-7215, AIAA Space 2011 Conference & Exposition, Long Beach CA, Sept. 26–29, 2011.