

Dalam konteks bidang arkeologi di kawasan Timur Dekat Kuno, tal (Arab: تَلّ, rumi: tall 'anak bukit'[1] diserap kepada bahasa Inggeris: tell[2][3]) atau timbunan (bahasa Ibrani: תל tel[4]) mengkhusus kepada binaan seperti bukit buatan manusia terhasil apabila endapan, debu, sampah, tanah dan sebagainya hasil kegiatan penduduk sesebuah penempatan terkumpul menimbun-nimbun berlanjutan secara turun-temurun sehingga muka bumi asal menjadi tinggi.[5][6][2][7]
Tal biasanya dikaitkan dengan rantau Barat Jauh Asia kuno tetapi ia juga ditemui di tempat lain, seperti Eropah Selatan dan sebahagian Tengah, dari Yunani dan Bulgaria ke Hungary dan Sepanyol[8][9] dan Afrika Utara.[6][10][11][12] Di Barat Jauh, tal paling banyak di kawasan yang kurang gersang, seperti Mesopotamia Hilir, Syam Selatan, Anatolia dan Iran, yang semuanya diduduki dengan agak lama.[13] Tal-tal Eurasia berasal dari zaman Neolitik,[14] Tembaga, Gangsa dan Besi.[15] Di Syam Selatan, zaman tal terhenti apabila Alexander Agung datang menakluk, yang memulakan zaman Helenistik dengan corak membina penempatan yang berbeza.[perlu rujukan] Banyak tal di seluruh Barat Jauh terus diduduki dan digunakan hari ini.[16]
Etimologi
"Timbunan" ini mula terakam khusus dalam Kitab Ulangan[4] sekitar 500–700 SM.[17] Tal mempunyai banyak kata seasal dalam bahasa Semitik lain, seperti bahasa Akkadia tīlu(m) dan Ugarit tl.[18] Bentuknya dalam bahasa Akkadia serupa dengan DUL Sumeria, yang juga boleh merujuk kepada apa-apa longgokan, seperti bijirin, tetapi tidak diketahui jika persamaan itu kerana ia dipinjam daripada bahasa Sumeria atau jika perkataan Sumeria itu dipinjam daripada satu bahasa substrat Semitik yang lebih lama.[19] Jika tīlu dalam Akkadia berkait dengan perkataan lain dalam bahasa itu, til'u, yang bermaksud 'payudara wanita', terdapat perkataan yang hampir sama dalam bahasa Habsyah klasik Semitik Selatan, Geʽez, iaitu təla, 'payudara'.[18]

Dalam bahasa-bahasa Asia Barat Daya yang lain, terdapat perkataan berbeza yang maksudnya sama dengan "bandar timbunan" walaupun tidak serupa dari segi makna asasnya. Antaranya termasuk kom dalam bahasa Arab Mesir,[6] tepe atau tappeh (Turki/Parsi: تپه), hüyük atau höyük(Turki) dan chogha (Parsi: چغا, daripada çokmak Turki dan terbitan çoka, dll.).[20] Ini semua sering muncul dalam nama tempat,[21] dan ia salah satu awalan yang paling lazim untuk nama tempat di Palestin.[22] Perkataan Arab khirbet, juga dieja khirbat (خربة), yang bermaksud 'runtuhan', juga terdapat dalam nama banyak tal arkeologi, seperti Khirbet et-Tell (lebih kurang bermaksud 'timbunan runtuhan').[23]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 53. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ a b Negev, Avraham, penyunting (2001). "Tell". Archaeological Encyclopedia of the Holy Land. New York and London: Continuum. m/s. 497. ISBN 0-8264-1316-1. Dicapai pada 9 October 2021.
- ^ Lihat:
- Kirkpatrick, E. M., penyunting (1983). Chambers 20th Century Dictionary (ed. New). Edinburgh: W & R Chambers Ltd. m/s. 1330. ISBN 0550102345.
- "tell". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
- ^ a b Kitab Ulangan 13:16 (Borneo dan SABDA). Juga rujuk:
- ^ Orengo&al 2020.
- ^ a b c Shaw 2002.
- ^ Matthews (2020), Introduction and Definition
- ^ Bailey&al 1998.
- ^ Blanco-González & Kienlin 2020, see map.
- ^ MacDonald 1997.
- ^ Davidson&al 2010.
- ^ Kotsakis 1999.
- ^ Wilkinson 2003.
- ^ Blanco-González & Kienlin 2020.
- ^ Chapman, John. In Blanco-González & Kienlin 2020.
- ^ "TerraWatchers, UCSD, and ASOR CHI Partner to Monitor Archaeological Sites". American Society of Overseas Research (ASOR) (dalam bahasa Inggeris). 17 January 2019. Dicapai pada 2021-10-13.
- ^ Bos, James M. (2013). Reconsidering the Date and Provenance of the Book of Hosea. Bloomsbury. ISBN 978-0-567-06889-7.
- ^ a b Leslau 1958.
- ^ Suriano 2012.
- ^ Matthews 2020.
- ^ Hirst 2019.
- ^ Warfield 1885.
- ^ Wagemakers 2014.
- Pustaka
- Albright, William Foxwell (1949). The Archaeology of Palestine. Penguin Books. m/s. 7–22.
- Bailey, Douglass; Tringham, Ruth; Bass, Jason; Stevanović, Mirjana; Hamilton, Mike; Neumann, Heike; Angelova, Ilke; Raduncheva, Ana (Winter 1998). "Expanding the Dimensions of Early Agricultural Tells: The Podgoritsa Archaeological Project, Bulgaria". Journal of Field Archaeology. 25 (4): 373–396. JSTOR 530635.
- Bintliff, John (2012). The Complete Archaeology of Greece: From Hunter-Gatherers to the 20th Century A.D. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-118-25520-9.
- Blanco-González, Antonio; Kienlin, Tobias L., penyunting (2020). Current Approaches to Tells in the Prehistoric Old World: A cross-cultural comparison from Early Neolithic to the Iron Age. Oxbow Books. ISBN 9781789254877. Dicapai pada 9 October 2021.
- Chapman, John (2000). Fragmentation in Archaeology: People, Places, and Broken Objects in the Prehistory of South-eastern Europe. Psychology Press. ISBN 978-0-415-15803-9.
- Davidson, Donald A.; Wilson, Clare A.; Lemos, Irene S.; Theocharopoulos, S. P. (2010-07-01). "Tell formation processes as indicated from geoarchaeological and geochemical investigations at Xeropolis, Euboea, Greece". Journal of Archaeological Science. 37 (7): 1564–1571. Bibcode:2010JArSc..37.1564D. doi:10.1016/j.jas.2010.01.017. hdl:1893/16434.
- Hirst, K. Kris (22 March 2019). "What Is a Tell? The Remnants of Ancient Mesopotamian Cities". ThoughtCo.
- Kotsakis, Kostas (1999). "What Tells can Tell: Social Space and Settlement in the Greek Neolithic". Dalam Halstead, Paul (penyunting). Neolithic Society in Greece. Sheffield Academic Press. ISBN 978-1-850-75824-2.
- Lapp, Paul W. (1975). Lapp, Nancy L.; Hadidian, Fikran (penyunting). The Tale of the Tell: Archaeological Studies by Paul W. Lapp. Wipf and Stock Publishers. ISBN 978-1-725-24234-0.
- Leslau, Wolf (1958). Ethiopic and South Arabic Contributions to the Hebrew Lexicon. XX. University of California Publicans in Semitic Philology.
- MacDonald, Kevin C. (23 November 1997). "More forgotten tells of Mali: an archaeologist's journey from here to Timbuktu" (PDF). Archaeology International. 1 (1): 40–42. doi:10.5334/ai.v1i0.216.
- Matthews, Wendy (2020). "Tells in Archaeology". Dalam Smith, Claire (penyunting). Encyclopedia of Global Archaeology. Springer. m/s. 7259–7262. doi:10.1007/978-3-030-30018-0_1512. ISBN 978-3-030-30016-6. S2CID 241215415 Check
|s2cid=
value (bantuan). - Orengo, Hector A.; Conesa, Francesc C.; Garcia-Molsosa, Arnau; Lobo, Agustín; Green, Adam S.; Madella, Marco; Petrie, Cameron A. (4 August 2020). "Automated detection of archaeological mounds using machine-learning classification of multisensor and multitemporal satellite data" (PDF). PNAS. 117 (31): 18240–18250. Bibcode:2020PNAS..11718240O. doi:10.1073/pnas.2005583117. PMC 7414161. PMID 32690717.
- Shaw, Ian (2002). "Tell". Dalam Shaw, Ian; Jameson, Robert (penyunting). A Dictionary of Archaeology. John Wiley & Sons. m/s. 566–567. ISBN 978-0-631-23583-5.
- Suriano, Matthew J. (2012). "Ruin Hills at the Threshold of the Netherworld: The Tell in the Conceptual Landscape of the Ba'al Cycle and Ancient Near Eastern Mythology". Die Welt des Orients. 42 (2): 210–230. doi:10.13109/wdor.2012.42.2.210. JSTOR 23342127.
- Wagemakers, Bart (2014). "Khirbet Et-Tell (Ai?)". Archaeology in the 'Land of Tells and Ruins': A History of Excavations in the Holy Land Inspired by the Photographs and Accounts of Leo Boer. Oxbow Books. ISBN 978-1-782-97245-7.
- Warfield, Benjamin (1885). "The Scenes of the Baptist's Work". Dalam Nicoll, W. Robertson (penyunting). The Expositor. Hodder and Stoughton. m/s. 267–282.
- Wilkinson, Toby J. (2003). Archaeological Landscapes of the Near East. University of Arizona Press. m/s. 100–127. ISBN 978-0-816-52173-9.
Bacaan lanjut
- Lloyd, Seton (1963). Mounds of the Near East. Edinburgh University Press.
- Small, David B. (2019). The Ancient Greeks: Social Structure and Evolution. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-89505-7.
Pautan luar
Kategori berkenaan Tel (arkeologi) di Wikimedia Commons