Bar ialah unit bukan SI untuk tekanan yang ditakrifkan oleh IUPAC sebagai bersamaan tepat dengan 100,000 Pa.[1] Ia hampir sama dengan tekanan atmosfera Bumi pada aras laut, dan sejak 1982, IUPAC telah mengesyorkan supaya piawai bagi tekanan atmosfera diharmonikan kepada 100,000 Pa = 1 bar ≈ 750.0616827 Torr.[2] Takrifan yang sama digunakan dalam industri mesin pemampat dan industri peralatan pneumatik (ISO 2787).
Asal-usul
Perkataan bar berasal daripada perkataan Yunani βάρος (baros), bermaksud berat. Simbol rasminya ialah "bar"; dahulunya "b" yang kini lapuk, namun masih digunakan khususnya "mb" yang menggantikan "mbar" untuk milibar.
Rujukan
Pautan luar
- Official SI website: Table 8. Non-SI units accepted for use with the SI
- Conversion factors from bar to various pressure units
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.