Nama asli | Tari Piring |
---|---|
Asal usul | Sumatera Barat, Indonesia |
Tarian Piring atau Tari Piring (bahasa Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian kebudayaan orang Minangkabau. Tarian ini secara tradisionalnya berasal dari Solok, bahagian barat pulau Sumatera[1] dirangkum dalam Indonesia moden, namun ia kini didapati luar kawasan tersebut dalam kalangan masyarakat-masyarakat diaspora etnik ini termasuk penduduk Negeri Sembilan di Malaysia.
Tarian ini dilakukan di mana penari memegang (baik menadah atau menggenggam) piring di telapak tangan mereka[2] diiringi lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang; pergerakan sebegini berniat menyerupai perbuatan para petani semasa bercucuk tanam dan menuai dan sebagainya langkah-langkah dalam silek yakni silat diamalkan masyarakat Minangkabau.[3] Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut tanpa rasa takut, Malah, pemijakan sebegini tidak melukakan penari lalu menambah rasa takjub atau gerun dalam kalangan penonton selain berestetika, magis dan kejutan dalam tarian ini.
Sejarah
Pada awalnya, tarian ini merupakan ritual ucapan rasa syukur masyarakat setempat kepada dewa-dewa setelah mendapatkan hasil tanaman yang melimpah ruah. Ritual dilakukan dengan membawa sesaji dalam bentuk makanan yang diletakkan di dalam piring sembari melangkah dengan gerakan yang dinamis.[4]
Setelah masuknya agama Islam ke ranah Minangkabau, tradisi tari piring tidak lagi digunakan sebagai ritual ucapan rasa syukur kepada dewa-dewa[5] namun sebagai sarana hiburan bagi masyarakat banyak yang ditampilkan pada acara-acara keramaian termasuk majlis pernikahan dan perkahwinan.[6]
Gerakan
Gerakan tari piring pada umumnya adalah meletakkan dua buah piring di atas dua telapak tangan. Penari mengayunkan piring dalam gerakan-gerakan tari yang cepat, diselingi dengan mendentingkan piring atau dua cincin di jari penari terhadap piring yang dibawanya. Pada akhir tarian, biasanya piring-piring yang dibawakan oleh para penari dilemparkan ke lantai dan para penari akan menari di atas pecahan-pecahan piring.[7]
-
Penari melenggang-lenggok di hadapan longgokan piring pecah
-
Piring pecah dipijak-pijakkan penari
Kegiatan mengikut negara
Di Indonesia
Di Malaysia
Tarian ini biasa dilihat di kawasan Seremban, Kuala Pilah dan Rembau oleh kumpulan tertentu yang mempersembahkannya ketika majlis perkahwinan terutama bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Ada yang dipersembahkan dengan pakaian lengkap dan pakaian tarian tidak lengkap. Sedikit bayaran akan dikenakan jika menjemput kumpulan tarian ini mempersembahkan tarian piring. 10 - 20 minit diperuntukkan untuk persembahan tarian ini.
Tarian piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah. Majlis perkahwinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika diadakan tarian piring. Namun begitu, segelintir masyarakat tidak dapat menerima kehadiran kumpulan tarian kerana dianggap ada percampuran lelaki dan perempuan. Bagi mengatasi masalah itu, kumpulan tarian disertai hanya perempuan sahaja.
Rujukan
- ^ Tari Piring - Sumatera Barat
- ^ "Orang Rusia Tak Percaya Tari Piring Asli". detikNews. 16 Ogos 2011. Dicapai pada 27 Ogos 2019.
- ^ http://jati-dseas.um.edu.my/filebank/published_article/474/191%20-%20204%20%20Paul%20Mason.pdf
- ^ "Tari Piring". Wisata Melayu.
- ^ "Tari Piring – Seni Tari dari Minangkabau Sumatra Barat". RidwanAz.com. 29 Ogos 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-28. Dicapai pada 27 Ogos 2019.
- ^ Piliang, Edison (2013). Tambo Minangkabau, Budaya dan Hukum Adat di Minangkabau. Bukittinggi: Kristal Multimedia. m/s. 369–374. ISBN 978-979-18327-1-7.
- ^ Tari Piring dari Sumatra Barat