Asal usul | Orang Ulu, Kenyah, Sarawak, Malaysia dan Suku Dayak, Kalimantan Timur, Indonesia |
---|
Tarian Burung Enggang atau biasa disebut Tarian Datun Julud adalah sebuah tarian Suku Dayak Kenyah di Kalimantan Timur, Indonesia dan Sarawak, Malaysia. Tari Burung Enggang menjadi tarian wajib dalam setiap upacara adat Suku Dayak Kenyah. Tari Burung Enggang menggambarkan kehidupan sehari-hari burung enggang yang biasanya dibawakan oleh wanita-wanita muda Suku Dayak Kenyah.[1]
Sejarah
Datun Julud dikatakan telah dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan bernama Nyik Selung, untuk melambangkan kebahagiaan dan rasa syukur kepada Maha Dewa atas kelahiran cucunya. Selepas peristiwa tersebut, tarian Datun Julud terus diminati dalam kalangan masyarakat sekitarnya dan terus berkembang ke kawasan daerah lain di Sarawak.[2]
Cara menari
Seorang penari solo, seorang wanita yang berkaki ayam, biasanya memulakan tarian, bergerak secara spontan untuk mencontohi burung enggang yang sedang terbang. Dengan perlahan-lahan, penari menggerakkan tangannya, kaki dan tubuh, memberi tumpuan supaya kepala kekal tegak dan bergerak supaya mengekalkan anting-antingnya; perhiasan tembaga berat yang rebeh dari paras bahu panjang - daripada bergoyang terlalu banyak.[3]
Selepas selesai menari, wanita lain mengambil tempat, dan ini berterusan sehingga semua wanita di rumah panjang masing-masing telah mengambil giliran mereka. Setiap kali, tarian itu dilakukan oleh sekumpulan sehingga empat wanita.
Dipersembahkan
Pada masa dahulu, tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Kini, tarian ini dipersembahkan pada hari-hari kebesaran atau untuk meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang terutamanya pelancong dari luar negeri. Kebiasaanya, tarian Datun Julud ini dipersembahkan pada waktu petang oleh sekumpulan wanita.[2]
Peralatan muzik
Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh penari-penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.[4][2]
Pakaian
Penari biasanya memakai kain sarung berwarna-warni dan topi tradisional yang panjang, yang dihiasi dengan bulu yang menonjol yang melambangkan dewa. Untuk melambangkan sayap burung enggang itu, penari memegang kipas tangan yang diperbuat daripada bulu burung suci.[2]
Di Long Busang pada masa kini, aksesori wanitanya telah diubah mengikut syariat Islam yakni para penari wanitanya bertudung dan mengenakan baju yang menutup bahagian lengan tetapi masih mengekalkan ciri-ciri anggun penari Datun Julud.
Rujukan
- ^ "Tari Burung Enggang". warisanbudayaindonesia.info. Warisan Budaya Tak Benda. Dicapai pada 17 Februari 2015.
- ^ a b c d Pejuang Seni: TARIAN DATUN JULUD
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamathestar
- ^ Traditonal Dance - AN EXOTIC ENSEMBLE OF ENCHANTING EXPERIENCES