Tanggang Ayu adalah merupakan sebuah drama arahan pengarah Michael Ang yang diterbitkan oleh Darkwave Pictures dan telah disiarkan sebanyak 28 episod bermula pada 18 Februari 2013 iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 5 petang dan siaran ulangan pada jam 9 malam hanya di saluran Astro Prima.[1]
Tanggang Ayu | |
---|---|
Genre | Drama Keluarga Konflik |
Pencipta | Rafiena Ezanee Ramli Michael Ang |
Pengarah | Michael Ang |
Dibintangi oleh | Izreen Azminda Amar Baharin Lia Natalia Riz Amin Aripah Damanhuri |
Lagu pembukaan | "Kini" nyanyian Rossa |
Lagu penutup | "Kini" nyanyian Rossa |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Rafiena Ezanee Ramli |
Penerbit | Rafiena Ezanee Ramli Nurjannah Mohd Salleh Jamal Haji Ismail |
Pemasangan kamera | Tetapan multi kamera |
Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Darkwave Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 18 Februari 2013 – 4 April 2013 |
Sinopsis
Drama ini mengisahkan kelahiran seorang bayi bernama Ayu pada ketika bapa kandungnya mati ditembak kerana merompak telah menyebabkan ibunya Marlia mengalami kesukaran membesarkan Ayu. Namun Marlia berjanji untuk menjaganya dengan penuh kasih sayang. Keadaan ini menyebabkan orang kampung memandang serong dan Marlia terpaksa keluar dari kampung merantau ke tempat lain. Kemudian Marlia menemui sepasang suami isteri Tini dan Ramli tetapi sikap Ramli yang terlalu mengambil berat terhadap Marlia telah menimbulkan perasaan cemburu di hati Tini
Pelakon
Pelakon utama
- Izreen Azminda sebagai Ayu
- Amar Baharin sebagai Khalid
- Lia Natalia sebagai Tini
- Riz Amin sebagai Ramli
- Aripah Damanhuri
- Zoey Rahman
- Syazwan Zulkifly
- Zulin Aziz
- Kamal Adli sebagai Haziq
Pelakon kanak-kanak
Rujukan
- ^ Drama Tanggang Ayu mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.