Mohd Tamrin bin Tun Abdul Ghafar | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Batu Berendam (P112) | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Digantikan oleh | Mohd Ali bin Mohd Rustam |
Dalam jawatan 15 Januari 1991 – 12 Januari 1993 | |
Didahului oleh | Ismail bin Said |
Digantikan oleh | Mohamed Nazri bin Abd. Aziz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 10 Ogos 1947 |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (2012-2014) (1982-2012) |
Pertalian | Muhammad Zahid Md Arip (anak saudara) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Mohd Tamrin bin Tun Abdul Ghafar adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi MARA dari tahun 1991 hingga 1993.
Beliau turut bersama menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka dengan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Bujang Ulis, Datuk Mazlan Harun dan Datuk Seri Daniel Tajem.[1]
Pada 12 Ogos 2012, beliau secara rasminya menyertai PAS. Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama.[2]
Latar Belakang
Beliau merupakan anak kedua daripada 11 orang adik beradik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar Baba. Ibunya Toh Puan Asmah binti Alang. Adiknya Sally Ghafar @ Salmah Abdul Ghafar. Beliau bersekolah di Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak (1963-1966).
Politik
Di dalam UMNO
Beliau pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua pergerakan itu.
Beliau pernah bertanding dan menang menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka selama dua penggal berturut-turut iaitu dari 1986 hingga 1995 (Pilihan raya umum 1986 dan 1990)
Ketika kempen Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 di Bandar Sungai Buaya beliau turut bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pentas. Perkara ini agak menghairankan kerana Anwar pernah ‘ membungkus' bapanya dari jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993. [3] Anak saudaranya, Muhammad Zahid Md. Arip mendesak agar UMNO memecatnya kerana khianat kepada parti.[4]
Pada 23 April 2012, Tamrin yang berucap bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih lagi ahli UMNO dan menyokong Perhimpunan Bersih 2012.
Di dalam PAS
Akhirnya 12 Ogos 2012 beliau secara rasminya menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS. Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama. Beliau berkata, beliau kini bersedia "mewakafkan masa dan batang tubuhnya" untuk perjuangan PAS.[5]
Pengerusi MARA
Dato' Tamrin pernah menjadi pengerusi MARA dari 15 Januari 1991 hingga 12 Januari 1993.
Isu dan kontroversi
Dakwaan menculik adik sebapa
Pada 9 Januari 2003, bekas isteri bapanya, Toh Puan Dayang Heryati binti Abdul Rahim membuat dakwaan di dalam permohonan habeas corpus difailkan di mahkamah melalui peguam Karpal Singh mendakwa beliau menculik anaknya Kartika Sri, 6 tahun dan mengeluarkan kata-kata kesat dan memukulnya semasa berlakunya pertengkaran.[6]
Rujukan
- ^ "Siapa di keliling Ku Li...?", Utusan Malaysia, 3 Ogos 2011.
- ^ "Tamrin Ghafar wakaf masa, tubuh untuk PAS", Malaysiakini.com. 11 Ogos 2012
- ^ Alahai Tamrin…
- ^ Ahli keluarga mahu UMNO pecat Tamrin
- ^ "Tamrin Ghafar wakaf masa, tubuh untuk PAS", Malaysiakini.com. 11 Ogos 2012
- ^ "Isteri Ghafar ke mahkamah untuk dapat semula anaknya", Malaysiakini.com.
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Muslim Malaysia
- Anak ahli politik Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Bekas anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Pengerusi MARA