Dato' Haji Ismail @ Mansor bin Said | |
---|---|
Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Malaysia | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Didahului oleh | Dato' Awang Jabar |
Digantikan oleh | Shahrizat Abdul Jalil |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kemaman, Terengganu | |
Didahului oleh | Abdul Manan bin Othman |
Digantikan oleh | Ramli Taib |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Batu Rakit, Terengganu | 31 Ogos 1949
Parti politik | BN-UMNO |
Pasangan | To' Puan Wan Kamarias Sarip |
Kediaman | Ampang, Selangor |
Pekerjaan | Bekas Ahli Parlimen |
Dato' Haji Ismail @ Mansor bin Said merupakan ahli politik Barisan Nasional di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1949 di Batu Rakit, Terengganu. Mendapat pendidikan menengah di Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi pada tahun 1966 sehingga 1969 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan Ekonomi.
Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Kemaman, negeri Terengganu. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional mewakili parti UMNO.
Beliau menjadi ahli parlimen Kemaman sehingga tahun 1995. Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi MARA dari tahun 1987 sehingga 1990 sebelum dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan dari tahun 1990 sehingga 1995. Beliau pernah juga dilantik oleh Parlimen menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan berkhidmat dari tahun 1985 sehingga 1990.