Sungai Meruan | |
---|---|
Anak sungai kepada Sungai Gigis | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kira-kira 0.8 km (0.5 bt) ke timur dari Rumah Tedong |
• koordinat | 2°32′15″N 112°15′27″E / 2.537414°N 112.257557°E |
• ketinggian | kira-kira 20–30 m (66–98 ka) |
Muara | Sungai Gigis |
• lokasi | kira-kira 0.7 km (0.4 bt) ke barat laut dari Rumah Santok |
• koordinat | 2°33′40″N 112°14′38″E / 2.56108°N 112.24379°E |
• ketinggian | kira-kira 20–30 m (66–98 ka) |
Panjang | 3.5 km (2.2 bt)[1][2] |
Aliran | |
• lokasi | Batang Mukah |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Gigis → Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Mukah[3] |
Anak sungai | |
• kanan | Sungai Sadandi |
Peta topografi | JUPEM Nanga Tamin (DNMM5201) |
Sungai Meruan merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai Meruan merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Daerah Selangau, satu daripada tiga daerah yang membentuk Bahagian Sibu. Sungai Meruan juga merupakan anak sungai kepada Sungai Gigis dalam Bahagian Sibu.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Latar belakang
Nama sungai ini telah didokumentasikan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 berskala satu nisbah 50, 000 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Meruan".[3] Sungai Meruan turut mempuyai nama lain iaitu Sungei Meruan. Perkataan sungei telah digantikan kepada sungai disebabkan oleh perubahan dalam sistem ejaan Bahasa Melayu menjelang tahun 1972.
Ciri-ciri fizikal
Sungai Meruan berpunca di sekitar kawasan perladangan kelapa sawit yang mempunyai nama yang sepadan dengan sungai ini iaitu Ladang Meruan— di dalam Daerah Selangau, Sarawak. Kawasan punca sungai ini terletak kira-kira 0.8 km (0.5 bt) ke arah timur dari kawasan perkampungan Rumah Tedong. Ketinggian di punca bagi Sungai Meruan adalah di antara 20 dan 30 m (65.6 dan 98.4 ka) dari atas permukaan laut. Aliran sungai ini membentang panjang ke utara dalam beberapa meter, sebelum berliku ke arah barat laut berhampiran Rumah Santok. Terdapat beberapa liku sungai yang terbentuk secara semula jadi dan anak sungai di sepanjang lembah Sungai Meruan, seperti Sungai Sadandi.[1][2]
Seterusnya, Sungai Meruan akan bersambung dengan Sungai Gigis sebagai penamat, kemudian mengalir ke Batang Mukah dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan di Kuala Mukah. Muara sungai ini terletak kira-kira 0.8 km (0.5 bt) ke arah barat laut jika diukur daripada kawasan perkampungan Rumah Santok dalam daerah yang sama. Ketinggiannya pula terletak di antara 20 dan 30 m (65.6 dan 98.4 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Aliran sungai ini merentang sejauh 3.5 km (2.2 bt) dari selatan ke utara secara puratanya.[1][2]
Ciri-ciri lembangan
Sungai Meruan merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Gigis terletak di antara Hulu Sungai Gigis dan Sungai Empang.[2][4]
Guna tanah
Data pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Meruan.[5] Daripada data yang sama, kebanyakan kawasan lembah Sungai Meruan dilitupi dengan kawasan perhutanan, semak belukar, dan pertanian.[5]
Dalam peta bertajuk Nanga Tamin (lembaran 186) siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pula, lembah sungai ini dilitupi oleh sebahagian besar Ladang Meruan yang menjalankan pertanian berasaskan kelapa sawit. Terdapat juga beberapa rumah yang dibina di sepanjang lembah sungai ini— salah satunya Rumah Santok.[2] Dalam peta Malaysia siri T735 pula, lembah Sungai Meruan dilitupi oleh sebahagian besar kawasan pertanian pindah yang diusahakan oleh penduduk setempat dan sebahagian kecil merupakan kawasan hutan dipterokarpa pamah. Rumah Lidang hanya satu-satunya kawasan petempatan manusia yang berada di lembah sungai ini.[3]
Lihat juga
- Sungai Empang, anak sungai Sungai Gigis berikutnya menuju ke hilir sungai
Rujukan
- ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
- ^ a b c d e f g Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Nanga Tamin (186). Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2004. Diperolehi pada 28 April 2025.
- ^ a b c d Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. 1960. Diperolehi pada 28 April 2025.
- ^ a b "Sungai Meruan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 28 April 2025. Dicapai pada 28 April 2025.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.