Suhail Shaheen | |
---|---|
![]() Shaheen pada 2019 | |
Kelahiran | Muhammad Suhail Shaheen Wilayah Paktia, Afghanistan |
Pusat pendidikan | Universiti Islam Antarabangsa Islamabad Universiti Kabul |
Parti politik | ![]() |
Muhammad Suhail Shaheen (Pashto/Dari : محمد سهیل شاهین) ialah seorang anggota Taliban yang kini berkhidmat sebagai jurucakap rasmi Emiriah Islam Afghanistan di pejabat mereka di Qatar.[1][2][3][4] Beliau menjadi penyunting akhbar Afghanistan milik negara berbahasa Inggeris The Kabul Times semasa pemerintahan Emiriah Islam Afghanistan yang pertama (1996–2001), sebelum dilantik sebagai timbalan duta di Kedutaan Afghanistan di Pakistan.[5]
Pada 20 September 2021, kerajaan Emiriah Islam Afghanistan pimpinan Taliban mencalonkannya menjadi utusan rasmi Afghanistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Namun, Ghulam Isaczai, duta kerajaan Republik Islam Afghanistan yang kini digulingkan, akan dikekalkan kerusinya sebagai wakil rasmi Afghanistan ke PBB, melainkan Jawatankuasa Tauliah PBB menerima pelantikan Shaheen.[6]
Kehidupan awal

Suhail dilahirkan di Wilayah Paktia di Afghanistan.[5] Dia berpendidikan di Pakistan, dan terkenal sebagai seorang penulis prolifik dan fasih berbahasa Inggeris dan Urdu di samping bahasa asalnya, Pashto.[7] Suhail belajar di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad[7] dan Universiti Kabul.[8]
Kerjaya
Semasa era Emiriah Islam permerintahan Taliban yang pertama (1996–2001), Suhail berkhidmat sebagai Timbalan Duta Besar Afghanistan di Kedutaan Afghanistan di Pakistan.[8] Semasa fasa terakhir pemberontakan Taliban (2013–2021), beliau berkhidmat sebagai salah seorang jurucakap rasmi Taliban di pejabat politik mereka di Doha, di mana beliau menyampaikan banyak temubual kepada saluran media antarabangsa.[9]
Pada 20 September 2021, sebulan selepas Taliban mengambil alih Afghanistan secara menyeluruh, Suhail telah dicalonkan oleh kerajaan Afghanistan untuk menjadi duta Afghanistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[6]
Pada Oktober 2021, Shaheen menolak bantuan Amerika Syarikat dalam memerangi kumpulan Negara Islam (Daesh) Wilayah Khorasan, dengan berkata, "Kami dapat menangani Daesh secara bebas."[10]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Afghanistan: All foreign troops must leave by deadline - Taliban". BBC News. 5 July 2021.
- ^ "Taliban says has right to react if US troops stay in Afghanistan - Conflict News". Al Jazeera. 25 June 2021. Dicapai pada 15 August 2021.
- ^ "Won't target any embassy or diplomat in Afghanistan: Suhail Shaheen Taliban Spokesperson". The Economic Times. 14 August 2021. Dicapai pada 15 August 2021.
- ^ Mir, Hamid (28 July 2021). "The Taliban is playing a double game". Washington Post. Dicapai pada 15 August 2021.
- ^ a b "Database". www.afghan-bios.info. Dicapai pada 16 July 2021.
- ^ a b Nichols, Michelle (21 September 2021). "Exclusive: Taliban names Afghan U.N. envoy, asks to speak to world leaders". Reuters. Dicapai pada 22 September 2021.
- ^ a b "Database". www.afghan-bios.info.
- ^ a b "Suhail Shaheen". Conciliation Resources. Dicapai pada 15 August 2021.
- ^ "Meet Suhail Shaheen: Taliban's 'soft-spoken, calm' spokesperson named as UN envoy". Firstpost. 22 September 2021. Dicapai pada 24 September 2021.
- ^ "Taliban say they won't work with US to contain Islamic State". PBS NewsHour (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-09. Dicapai pada 2021-10-13.