Stings | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Arriesa (1988–1990) |
Berasal dari | Seremban, ![]() ![]() |
Genre | Rock progresif, pop rock, slow rock, balada |
Pekerjaan | Kugiran |
Tahun aktif | 1988–1990 1995–1997 1998–2000 2017–kini |
Syarikat rakaman | MSO |
Pengkarya berkait | Azam Dungun, Juwie, Lan Laga, LY & Baiduri, Saari Amri, dan lain-lain |
Ahli | Amar (vokal) Poey (vokal) Rushdie (gitar utama) Aleem (bass) Amy (keyboard) Azul (dram) |
Stings merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif pada era 90an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Berasal dari Negeri Sembilan, kumpulan ini terkenal menerusi lagu-lagu hit seperti Adakah Kau Setia, Dalam Diam Aku Mencintaimu, Kau Tetap Kuhajati, Kepadamu Kekasih Hati, Kusapu Air Mata Perpisahan, Seandainya Tuhan Mengizinkan, dan banyak lagi.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Sejarah awal Stings bermula pada tahun 1988 di Seremban dengan penubuhan sebuah kugiran muzik bernama Arriesa. Barisan keanggotaan Arriesa terdiri daripada dua orang adik-beradik iaitu Aleem selaku pemain bass dan Azul selaku pemain dram, bersama-sama Rushdie bin Shafie (TokDi) di posisi gitar utama dan dan Shah di posisi penyanyi, dan mereka aktif membuat persembahan di majlis-majlis kenduri di sekitar Seremban.[1][2][3][4][5]
Arriesa dijenamakan semula dengan nama baharunya, Stings pada tahun 1990 oleh Aleem dan mereka sempat bermain di majlis-majlis keramaian di sekitar Seremban. Pada tahun itu juga mereka telah mengikat kontrak bersama Musical Sound Organisation Sdn. Bhd. (MSO) dan terus merakamkan album pertama sekitar 1993. Ketika rakaman album sudah berbaki 50%, Shah menarik diri selaku orang hadapan atas sebab-sebab peribadi, menyebabkan kerja-kerja rakaman tergendala sementara waktu untuk mencari penyanyi gantian. Kekosongan itu kemudian telah diisi oleh Hasri Hashim (Poey), seorang penyanyi dari Sungkai, Perak yang merupakan bekas vokalis Terra Rossa setelah dilamar oleh komposer dan penerbit terkenal, Lan Laga. Rakaman untuk album sulung mereka, Hajat, akhirnya berjaya disiapkan dan diterbitkan pada tahun 1994, di mana salah satu daripada lagu-lagu dalam album tersebut, Kepadamu Kekasih Hati, menjadi hits yang berjaya melonjak nama Stings dalam persada industri muzik rock tanah air.
Perkembangan terkini
[sunting | sunting sumber]Setakat ini, Stings masih lagi bergiat aktif dalam industri muzik. Kumpulan ini masih mengekalkan anggota-anggota asal iaitu Aleem, Azul dan Rushdie, ditambah lagi dengan kemasukan Amar di kedudukan vokal dan Amy sebagai pemain keyboard.[6] Sementara itu, Poey juga sering mendapat undangan untuk membuat persembahan di sekitar Sumatera, Indonesia, sekaligus meraih ramai peminat dari negara jiran tersebut. [7][8]
Barisan keanggotaan
[sunting | sunting sumber]- Amar - penyanyi
- Poey - penyanyi
- Rushdie - gitar utama
- Aleem - bass
- Amy - keyboard
- Azul - dram
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album-album studio
[sunting | sunting sumber]- Hajat (1994)
- Ingatku Dalam Doamu (1995)
- Adakah Kau Setia (1996)
- Cinta Memerlukan Kesetiaan (1998)
- Rahsia Cinta (1998)
- Ku Sapu Air Mata Perpisahan (1999)
- Timang Timang (2000)
- Satukah Kita (2001)
Album-album kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Koleksi Hits (1997)
- Koleksi Hits 2 (2002)
- Memori Hits Stings 1994–2001 (2005)
- Memori Hits 3 - Kumpulan Pop Rock Terhebat (bersama kumpulan-kumpulan Scan dan Slam, 2009)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "STINGS ingin menyengat peminat". Buletin Utama. Mei 1994.
- ^ Mirsa Ismail (15 Mei 1994). "CARI 'TUAH' DENGAN NAMA STING". VariaPop.
- ^ "Stings meriahkan muzik rock negara". Berita Minggu. 15 Mei 1994.
- ^ Rubiana Ramli (Mei 1994). "Stings tak tiru Barat". Remaja.
- ^ Stings (13 Januari 2018). Stings (1993). Inilah anggota kumpulan Stings yang asal. Azul (drum), Tokdi (gitar), Aleem (bass), dan yg duduk itu Shah (vocal) (Status Facebook). Dicapai pada 12 September 2024.
- ^ Stings (25 Disember 2017). TokDi, Aleem, Amar, Amy, Azul (Status Facebook). Dicapai pada 12 September 2024.
- ^ Wan Siti Aminah (2 Februari 2024). ""Saya tak sebelah mana-mana pihak", Poey Stings banjir 'job' politik dari negara jiran". Malaysia Dateline. Dicapai pada 12 September 2024.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (17 Februari 2024). Utusan Malaysia. Missing or empty
|title=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan)