![]() Aras platform stesen. | |||||||||||
Lokasi | Jalan Zhongguancun Utara, Haidian, Beijing China | ||||||||||
Koordinat | 39°59′26.96″N 116°18′34.75″E / 39.9908222°N 116.3096528°E | ||||||||||
Dikendalikan oleh | Beijing MTR | ||||||||||
Laluan | Laluan 4 | ||||||||||
Platform | Dua (1 platform pulau) | ||||||||||
Trek | Dua | ||||||||||
Sambungan | Bas, teksi | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bawah tanah | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Beroperasi | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | September 28, 2009 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
![]() |
Stesen Beijing Daxue Dongmen (Cina ringkas: 北京大学东门站; Cina tradisional: 北京大學東門站; pinyin: Běijīng Dàxué Dōngmén zhàn; harfiah: Stesen Pintu Timur Universiti Peking) ialah sebuah stesen kereta api di Haidian, dalam kawasan perbandaran Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan 4.[1]
Sejarah
Stesen Beijing Daxue Dongmen dibuka kepada awam dan memulakan operasinya bersama-sama stesen di sepanjang Laluan 4 pada 28 Sepetember 2009.[2]
Lokasi
Stesen Beijing Daxue Dongmen terletak di bawah tanah Jalan Zhongguancun Utara (Cina ringkas: 中关村北大街; pinyin: Zhōngguāncūn Běi Dàjiē), dekat simpang tiga Jalan Chengfu (Cina ringkas: 成府路; pinyin: Chéngfǔ Lù).[3]
Ciri-ciri stesen
Pelan stesen
Aras Jalan | Pintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi | |
Aras Bawah Aras Legar |
Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis ![]() | |
Aras Platform | → | 4 Laluan 4 menuju ke Tiangongyuan (Laluan Daxing) (Zhongguancun) |
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan
![]() | ||
← | 4 Laluan 4 menuju ke Anheqiaobei (Yuanmingyuan) |
Dalaman stesen
Terdapat dua aras legar stesen yang terletak di aras bawah tanah, di utara dan selatan stesen. Aras legar utara menyediakan pintu keluar A dan B manakala aras legar selatan menyediakan pintu kelaur C dan D. Pusat perkhidmatan pelanggan dan mesin tiket tambang disediakan di kedua-dua aras legar stesen. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis terletak di aras legar utara berdekatan dengan pintu keluar A. Namun, kedua-dua aras legar tidak dihubungkan dengan laluan pejalan kaki tidak berbayar. Stesen Beijing Daxue Dongmen dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri dan kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, PSBC, dan CCB.[3] Stesen Beijing Daxue Dongmen mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan 4 dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[3]
Pintu masuk dan keluar

Empat pintu stesen yang dibina di stesen Beijing Daxue Dongmen, pintu A, B, C dan D. Pintu D mempunyai landasan landai untuk orang kurang upaya (OKU).[3]
Pintu | Lokasi | Destinasi | Kemudahan | |
---|---|---|---|---|
A | Jalan Zhongguancun Utara (中关村北大街) | Pintu masuk timur Universiti Peking, Boya Pagoda, Perpustakaan Universiti Peking, Hospital Universiti Peking | — | |
B | Jalan Chengfu (成府路) | Sekolah Rendah Universiti Peking, Tadika Yandong Universiti Peking, Sekolah Fizik Universiti Peking | — | |
C | Jalan Chengfu (成府路) | Sekolah Kimia Universiti Peking, Academic Hall of Chinese Academy of Sciences, Pejabat Pos China Post | — | |
D | Jalan Zhongguancun Utara (中关村北大街) | Pintu masuk tenggara Universiti Peking, Wusi Sports Activity Center, Gimanasium Khoo Teck Puat | Lif untuk OKU |
Rujukan
- ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ Wang Yutong (16 Disember 2019). "Flit about Beijing by subway: Line 4" (dalam bahasa Inggeris). CGTN News. Dicapai pada 15 Januari 2022.
- ^ a b c d "Peking University East Gate – Beijing MTR" [Pintu Timur Universiti Peking – Beijing MTR] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
Pautan luar
Kategori berkenaan Stesen Beijing Daxue Dongmen di Wikimedia Commons