Steroid ialah sejenis sebatian organik dari jenis lipid terpenoid. Ia mempunyai dua peranan biologikal yang penting: sesetenganh steroid tertentu (seperti kolesterol) merupakan komponen utama membran plasma. Ada juga banyak jenis steroid yang berfungsi sebagai molekul pengisyarat yang mengaktifkan penerima hormon steroid dalam sel-sel.
Struktur teras steroid terdiri daripada tujuh belas atom karbon yang bergabung menjadi bentuk yang seakan-akan cincin yang bercantum: tiga gelungan enam-atom sikloheksana (gegelang A, B dan C di rajah yang bersebelahan) dan satu gegelang siklopentana (gegelung D). Jenis-jenis steroid bergantung kepada kelompok berfungsi yang bercantum pada gegelang asas ini serta keadaan oksidasi geglung tersebut. Steroid-steroid yang mempunyai kumpulan hidroksil di posisi ketika dan rerangka yang dihasilkan daripada kolestan dikenali sebagai sterol.[2][3] Steroid-steroid juga boleh dipelbagaikan dengan ketaranya mengikut perubahan pada struktur gegelang mereka.
Jenis-jenisnya
Steroid-sterioid diklasifikasikan mengikut fungsi mereka masing-masing. Antara kelas-kelas utama hormon steroid tersebut, bersertakan bahagiannya dan fungsi yang berkaitan adalah:[perlu rujukan]
- Progestogen:
- Progesteron, mengawal perubahan kitaran dalam endometrium (laputan pembuluh darah) rahim serta mengekalkan kehamilan.
- Kortikosteroid (kortikoid):
- Aldosteron, sejenis mineralokortisoid membantu mengawal tekanan darah
- Kortisol, sejenis glukokortisoid yang berfungsi menahan proses pelalian dalam badan
- Androgen:
- Testosteron, menyumbangkan kepadapembentukan dan penyengaraan ciri-ciri seks sekunder lelaki
- Estrogen:
- Estrogen, menyumbangkan kepada pembentukan dan penyengaraan ciri-ciri seks sekunder wanita
Kepentingannya dalam biologi
Steroid serta metabolit-metabolit mereka sering berfungsi sebagai molekul pengisyarat. Steroid dan fosfolipid turut menjadi komponen utama membran sel.
Steroid juga memainkan peranan kritikal dalam beberapa penyakit tertentu. Pada kanser prostat misalnya, penghasilan steroid yang berterusan dari luar serta dalam ketumbuhan boleh mengalakkan perebakan agresif ketumbuhan tersebut.[4]
Rujukan
- ^ Moss GP, the Working Party of the IUPAC-IUB Joint Commission on Biochemical Nomenclature (1989). "Nomenclature of steroids, recommendations 1989" (PDF). Pure & Appl. Chem. 61 (10): 1783–1822. doi:10.1351/pac198961101783. Also available with the same authors at Carlson P, Bull JR, Engel K, Fried J, Kircher HW, Loaning KL, Moss GP, Popják G, Uskokovic MR (Dec 1989). "IUPAC-IUB Joint Commission on Biochemical Nomenclature (JCBN). The nomenclature of steroids. Recommendations 1989". European Journal of Biochemistry / FEBS. 186 (3): 429–58. doi:10.1111/j.1432-1033.1989.tb15228.x. PMID 2606099.; Also available online at "The Nomenclature of Steroids". London, GBR: Queen Mary University of London. m/s. 3S-1.4. Dicapai pada 10 May 2014.

- ^ Also available in print at Hill, R.A.; Makin, H.L.J.; Kirk, D.N.; Murphy, G.M. (1991). Dictionary of Steroids. London, GBR: Chapman and Hall. m/s. xxx–lix. ISBN 0412270609. Dicapai pada 20 June 2015. Unknown parameter
|name-list-format=
ignored (bantuan) - ^ Lubik AA, Nouri M, Truong S, Ghaffari M, Adomat HH, Corey E, Cox ME, Li N, Guns ES, Yenki P, Pham S, Buttyan R (2016). "Paracrine Sonic Hedgehog Signaling Contributes Significantly to Acquired Steroidogenesis in the Prostate Tumor Microenvironment". Int. J. Cancer. doi:10.1002/ijc.30450. PMID 27672740.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.