Sivaji | |
---|---|
Pengarah | S. Shankar |
Dihasilkan oleh | AVM Productions |
Dibintangi | Rajinikanth Shriya Saran Vivek Suman |
Muzik oleh | A.R. Rahman |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 189 Minit |
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Sivaji (Tamil: சிவாஜி ) adalah sebuah filem politik ngeri yang diarahkan oleh S. Shankar dan diterbitkan oleh AVM Productions. Rajinikanth dan Shriya Saran menjadi teraju utama di dalam filem ini manakala Suman, Vivek dan Raghuvaran memainkan watak penting di dalam filem ini. Muzik latar dan runut bunyi filem ini dihasilkan oleh A. R. Rahman. Pada Tahun 2013 AVM Productions Mengeluarkan Filem Ini Dalam Bentuk 3D Visual
Pelakon
Filem ini turut disertai oleh beberapa orang pelakon terkenal, antaranya adalah Rajnikanth, Shriya Saran, Suman
Ringkasan
Polis rasuah dan ahli politik menyasarkan seorang jurutera komputer untuk cuba untuk memperbaiki kehidupan rakyat yang kurang bernasib baik.
Filem ini berkisar tentang kisah hidup seorang arkitek sistem perisian, Sivaji, yang baru sahaja pulang ke kampung halamannya di India setelah puas merantau mencari rezeki di Amerika Syarikat. Sekembalinya, beliau berazam untuk membantu masyarakat kampung halamannya dengan memberikan pendidikan dan kesihatan percuma. Namun, pelbagai halangan terpaksa beliau tempuhi dalam mengecapi hasrat murni beliau. Halangan beliau yang utama adalah datangnya dari Adiseshan, antagonis utama filem ini.
Rujukan