Siulan [siul-an] difahamkan sebagai perilaku menghasilkan bunyi bernada sangat tinggi dengan menghembuskan udara melalui rongga mulut yang sengaja disempitkan[1] menggunakan bibir, lidah,[2] gigi atau jari sebagai penghadang laluan udara (yakni bersiul atau menyiul).
Tujuan
Untuk berkomunikasi
Penghasilan bunyi ini sering dipakai untuk tujuan mengisyarat haiwan jinak tertentu agar melakukan tugasan tertentu diberikan tuan mereka (misalnya anjing gembala)
Terdapat seberapa cara yang menggunakan gaya siulan tertentu lalu membentuk sistem tersendiri seakan bahasa. Masyarakat yang menghuni pulau La Gomera dalam gugusan Kepulauan Canaria misalnya mempunyai suatu bahasa siul tertentu yang mempunyai turutan bermakna tertentu agar pesanan dapat disampaikan selancarnya sesama penghuni yang menduduki muka bumi pulau La Gomera yang berjurang dalam dan bergunung-ganang.
Dalam bidang muzik
Perilaku ini pernah lazim dipersembahkan dalam seberapa gaya hiburan Barat lama termasuk music hall dan vaudeville. Ia masih ada diterapkan dalam oenggubahan muzik moden sama ada untuk tujuan tertentu seperti runut bunyi dalam pembikinan filem mahupun dalam penghasilan muzik pop.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "'siul' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. (Rujuk maksud III)
- ^ "How to Whistle With Your Fingers". The Art of Manliness. April 8, 2012. Dicapai pada March 7, 2017.
Pautan luar
- Stekelenburg, A.V. van. "Whistling in Antiquity", Akroterion, vol. 45, pp. 65–74 (2000).
- Kahn, Ric. "Finally, whistling is cool again", Boston Globe (27 Ogos 2007)
- "History of Musical Whistling" given by Linda Parker Hamilton at the 2012 International Whistlers Convention (YouTube)